Wed 6 Jan 2010
“It is hard to hate others but not hate yourself “ – Oprah Winfrey
Assalamualaikum,
Apa khabar rakan-rakan di tahun 2010 ni? Tahun yang menjanjikan harapan baharu dan kejayaan kepada rakan-rakan yang ada kesedaran dan sedia berubah. Insyaallah.
Sepertimana yang saya sertakan di atas tadi, adalah quote dari hos wanita berkulit hitam paling terkenal dan terkaya di dunia iaitu Oprah Winfrey yang sekarang sudah berusia 56 tahun! Simple sahaja quote tersebut tetapi maksudnya cukup berharga untuk sesiapa yang mahu berjaya. Sebenarnya ramai orang-orang yang luar biasa hebat menerapkan quote yang lebih kurang sama dengan Oprah Winfrey ni seperti Irfan Khairi (Jutawan Melayu pada usia 26 tahun) kerana beliau pernah menulis, ”So, sekiranya ada orang take advantage on you, put your chin up and smile. Sabar dan redha kerana tak lama lagi anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda”. Lihat, mereka dah biasa dengan prinsip hidup yang satu ni iaitu ”Jangan sekali-kali membenci orang lain”. Kerana orang yang asyik benci membenci ni sebenarnya dia paling bencikan dirinya sendiri tanpa dia sedar! Ha, macam mana tu?
Kebanyakan orang yang suka menerapkan perasaan benci dan tak senang dengan kesenangan/kejayaan orang lain, tanpa disedari mereka akan mensabotaj mental dan jiwa mereka sendiri. Sampai suatu tahap, mereka tak sedar yang mereka membenci diri mereka sendiri. Orang yang mereka benci tu tak terjejas apa-apa pun (kadangkala semakin hebat pula tu) tetapi orang yang menyimpan perasaan benci dan hasad dengki ni yang akhirnya semakin terseksa jiwanya dan mudah jatuh sakit. Sungguh kasihan kan? Tetapi percaya tak orang yang bersikap seperti ini tak sedar bahawa perasaan bencinya itu memakan diri. Apatah lagi kalau perasaan benci dan tidak puas hatinya dituturkan kepada orang-orang lain di sekelilingnya. Semakin pantaslah sel-sel jiwa dan mentalnya rosak. Oh, kasihan betul (sambil menggelengkan kepala).
So, mari abaikan orang-orang macam ni. Apa yang kita boleh buat, contohi orang-orang yang hebat di sekeliling kita. Orang-orang yang hebat dalam perniagaan, kerjaya dan kehidupan sebenarnya tidak ambil pusing hal orang lain tetapi sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri dan paling penting menghargai dan mengalu-alukan kejayaan orang-orang di sekelilingnya. Sikap macam ni lah yang kita nak. Percayalah, kalau kita gembira dan berlapang dada kawan-kawan kita naik pangkat, saudara mara kita jadi kaya raya, adik beradik naik gaji, jiran-jiran kita dapat durian runtuh, insyaallah kalau kena gayanya kita akan dapat benda yang sama macam orang-orang tu suatu hari nanti. Kenapa? Sebab inilah yang dinamakan Hukum Alam!
So, bersangka baik tu amat penting untuk jadi jutawan macam Oprah Winfrey dan ramai lagi jutawan dari seluruh dunia. Bukan harta dunia sahaja yang kita nak, tetapi jiwa yang bersih dan berlapang dada tu lebih penting lagi untuk kejayaan kita dunia & akhirat.
Regards & wassalam.
- THE PRICE OF GETTING RICH IN MULTI-LEVEL MARKETING
- MILLIONAIRE’S MIND – do not hate others
- Krew Dari Kosong Sampai Jutawan di Jom Heboh, Bukit Jalil
- Newsletter & Laporan: Cara Membina Perniagaan Multi Billion Ringgit di mana sahaja dalam masa 7 hari!
- Motivasikan diri anda dan juga orang lain. Bagaimana?


January 28th, 2010 at 9:41 am
Salam untuk Najib & Ain. Another good input :-). Kebanyakan orang yang menjadi ‘millionaire’ selalunya tidak mempunyai masa yang banyak untuk dibuang ke arah yang tidak produktif- salah satunya dengan mempunyai perasaan negatif. Quote yang saya amalkan : ‘Great minds talk about great ideas, medium minds talk about themselves, small minds talk about other people’. Pilihlah untuk mempunyai pemikiran yang hebat, insya-allah, berjaya dunia & akhirat.
February 10th, 2010 at 4:18 pm
Salam bro dan sis..
baru terjumpa blog ini walaupun sudah lama rupanya wujud..
terima kasih dengan info ini.. memang benar, jangan kita bencikan orang lain..
ini banyak terjadi kepada rakan2 sy yg mula bercakaran, tersentap, bermasam muka kerana kedunguan mereka (YA, sy berpendapat mereka itu ada 1% cecair dungu dalam kepala mereka)kerana perbezaan ideology parti politikus UMNO, PAS dan PKR..
input nilai positif terhadap diri sendiri, kerja semakin kurang.. ‘membenci’ sehingga ke mati kerana pemahaman politik a.k.a politaik..
baru sy faham kenapa org berjaya sentiasa senyum dan sentiasa ‘ceria’..
terima kasih dengan info ini sekali lagi.