Thu 24 Sep 2009
Motivasikan diri anda dan juga orang lain. Bagaimana?
Posted by Najib Mohamed under Blog Seharian[2] Comments
Diam tak diam dah 5 Syawal dah. So macam mana dengan hari lebaran anda? Gembira? Seronok? Kami masih lagi di kampung tetapi semua urusan perniagaan tetap dijalankan seperti biasa. Sesiapa yang sudah habis cuti, sudah bekerja, kami ucapkan SELAMAT BEKERJA, jangan malas-malas. Sesiapa yang hendak balik ke ibu kota, jangan malas-malas juga! Biasalah, sudah makan macam-macam selama 5 hari ini, bersenang lenang tak perlu fikir pasal kerja yang memboringkan dan macam-macam lagi, membuatkan kita kurang motivasi.
Kurang motivasi walaupun anda dulu seorang yang bermoivasi? Di sini saya bagi satu tips yang mana saya selalu amalkan. Saya suka menonton klip-klip video yang memberikan motivasi kepada kita. Bukan untuk saya sahaja, tetapi saya suka untuk berkongsi klip-klip ini kepada ahli kumpulan saya agar mereka juga sentiasa bersemangat.
Baru-baru ini saya banyak menontokn klip-klip video dari filem yang berunsurkan sukan yang mana jurulatih memberikan kata-kata semangat yang ringkas, memberi impak di dalam bilik persalinan. Saya sentiasa mencatat apa yang mereka katakan, kadang-kadang meniru gaya mereka dan nada suara mereka. hehe.. macam berangan pula. Agar saya boleh praktikkan di kemudian hari. Saya rasa anda pun begitu juga.
Ambil catatan tidak memadai. Kalau boleh ikut gaya mereka. Kajian Prof. Albert Mehrabian menunjukkan 55% komunikasi bergantung kepada body language, 38% nada suara dan 7% adalah ayat.
Jika anda ingin memberikan semangat kepada rakan kongsi anda atau ahli kumpulan anda, pastikan anda tahu untuk memberikan kata-kata semangat. Jika tidak, kata-kata tidak memberikan sebarang kesan. Kebanyakan CEO mempunyai penulis professional untuk menulis syarahan mereka. Kata-kata tersebut bagus, tetapi jika tidak disampaikan dengan berkesan, seluruh syarahan menjadi hambar dan tidak berkesan.
Antara klip video yang menarik untuk dikongsi kepada anda semua!
September 28th, 2009 at 7:17 pm
haiii najib he2
October 29th, 2009 at 1:42 pm
Salam najib & ain.Baru terjumpa blog ini. Wow, inspirational. Keep up the good work. Like this DJ said, if life gives you LEMON, you made LEMONADE. Life is what you define, then it is. I wish you guys all the good things in the world.
Teruskan usaha anda. :-)
Ps: Ain, sikap terus terangmu, saya amat kagumi.
Najib: Thanks, normie! Bookmark this page. Kalo ade ape2 cadangan, bagitau ok!>