Wed 21 May 2008
Uh.. sudah lama tidak mencoretkan pendapat atau luahan di sini. Jadi, apa khabar kepada semua pembaca PerfectExcel? Di harap semua segar ceria di samping keluarga tersayang. Bukan tiada idea untuk menulis di sini, malah banyak sangat yang hendak ditulis sehingga tidak tahu topik mana yang harus saya tulis, tambahan pula masa amat mencemburui saya untuk menulis di sini pada minggu lepas. Sebab maklumlah banyak sangat agenda di tempat kerja, deligasi syarikat besi dari korea la, pertandingan bola baling pantai la, mesyuarat department Technical Service la, macam-macam aktiviti lagi. Cukup! Saya bukan hendak tulis pasal kerja kali ini, tetapi satu cerita yang baru ditayangkan di TV3.
Lepas balik dari kerja, lepas makan, rasa penat saja rehatkan badan atas sofa sambil mengodeh internet. Tengok kat bookmark, ada disimpan website Tv3. Sudah lama juga tak meng’update’kan diri dengan cerita-cerita baru, apatah lagi menonton Buletin Utama, lebih baik baca sahaja berita di utusan.com.my. Berita sama sahaja, berita mana yang dah muak, berat sebelah, remeh senang sahaja.. tak payah baca. Kalau tengok Buletin Utama nanti, kena tengok satu segmen ke satu segmen. Banyak masa yang abis.. Opss.. melalut lagi saya nih..
Cerita yang saya tonton ialah Mr. Mama, termasuk hari ini sudah 4 episod ke udara. Cerita yang berunsurkan komedi famili. Seorang bapa, lakonan Rashidi Ishak yang mempunyai pekerjaan sebagai peguam di sebuah firma guaman, berhenti kerja untuk menjaga anak-anak yang nakal, sehinggakan tiada seorang pun yang ingin menjaga mereka.
Tertarik dengan episod yang ketiga iaitu ‘BUAT DUIT’. Berpunca daripada tiada pekerjaan dan masa terluang, si bapa ini mencari peluang untuk menambah kewangan sendiri sambil menampung kos hobinya sebagai mat motor. Bukan motor kapcai, motor berkuasa tinggi =) Setelah puas melayari internet, si bapa telah berjumpa dengan satu laman web pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Dengan hasrat ingin mencuba dahulu, lama-lama beliau termakan hasil tipu daya agen pelaburan tersebut dengan melaburkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar wang pinjaman kereta isterinya. Sebulan kemudian, beliau mendapati skim itu adalah penipuan dan kereta isterinya ditarik. Demi untuk membayar balik wang tersebut, beliau telah berusaha menyertai MLM. Hasil bantuan jiran depan rumahnya, beliau berjaya membayar balik wang pinjaman kereta selama 3 bulan tersebut.
Nilai moral: Tiada jalan senang untuk berjaya dan mencapai kesenangan. Semuanya kita perlu berusaha. Jika anda ingin melabur, anda perlu mempunyai ilmu tentang pelaburan. Anda perlu tahu membezakan pelaburan mana yang sah disisi undang-undang dan agama. Jika anda ingin berniaga, anda perlu mempunyai ilmu tentang perniagaan. Supaya anda dapat membina empayar perniagaan anda dengan lebih besar bukan sekadar bekerja sendiri. Jika anda ingin bekerja, anda perlu mempunyai tentang perkerjaaan yang anda ingin ceburi. Jangan pula anda memohon jawatan doktor perubatan, sedangkan anda seorang graduan kejuruteraan =)
Soalan Cepu Emas: Apa pandangan anda jika seorang lelaki menjadi suri rumah macam cerita Mr. Mama ini? Berikan pandangan anda.
May 21st, 2008 at 9:55 am
haiii..apa khabar??yupp..zaman dah banyak berubah, suami jadi surirumah bukan perkara asing lagi..saya dah jumpa beberapa pasangan yang begitu, memandangkan si isteri berjawatan lebih tinggi dari suami. Adanya tolak ansur tentu tak menjadi masalah, ternyata pasangan yang saya jumpa happy2 je..ehe..
Pada pandangan peribadi saya, saya lagi suka kalau saya yang jadi surirumah..melayan suami dan anak2..(^_^)
April 18th, 2011 at 5:43 pm
Cita2 saya nak berpencen tapi tak kesampaian kerana permohonan nak sambung tak lulus sebab BMI lebih…kini jadi mr mama sepenuh masa…sambil jual burger,air soya,tau fu fah..ternak ayam…disamping hantar & ambil anak ke sekolah…nak ambil indon? dulu dah rasa,nak suruh org jaga anak? pun dah rasa…biar ape org kata,saya lebih rela saya yg marah/rotan anak sendiri dari pembantu indon/jiran yg saya bayar gaji/upah tapi pura2…