Mon 17 Nov 2008
Hujung minggu adalah hari yang sangat bertuah kerana saya terserempak dengan seorang ilmuwan yang sangat terkenal di Malaysia iaitu Dr. Mohd. Shukri Abdullah (pencipta modul Seminar Bijak Belajar) yang sering keluar di stesen televisyen dalam rancangan motivasi. Bila bertemu secara live rasa macam tergamam pulak sebab dia nak beli jus 23 herba (Intra) yang kami jual. Kebetulan masa tu group saya dan Dr Juhari sedang buat taklimat jus 23 herba Intra di salah sebuah hotel di Pahang. Sempatlah berbual dengan beliau dan anak perempuannya dan yang paling saya kagum mereka sangat humble dan berlagak seperti orang biasa walaupun terkenal. Macam-macam yang kami ceritakan dalam masa yang singkat tu. Anak perempuan beliau juga sedang melanjutkan pelajaran dalam PhD di University of Cambridge dan sekarang sedang bercuti. Dr. Shukri yang nampak garang pada awalnya tu rupa-rupanya peramah dan cerita macam-macam tentang pengalaman-pengalaman beliau. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan keluarga Dr Shukri kerana saya bertemu dengan orang bijak pandai yang hanya bercakap hal-hal yang bagus sahaja dan bermotivasi tinggi. Keesokan harinya apabila saya ceritakan hal ini pada ummi, dia juga terkejut besar dan tumpang gembira (sebab ummi saya peminat setia rancangan Dr. Mohd. Shukri Abdullah). Alhamdulillah, thank you Allah kerana mempertemukan saya dengan mereka (berkat saya jual jus intra ni). Pertemuan itu telah meningkatkan motivasi dalam diri saya sendiri. Ia adalah kenangan yang indah dalam hidup saya.
p/s: saya dengan Najib pernah terjumpa dengan artis wanita yang tak berapa glamour ni di kedai perabot dalam Mid Valley dan masyaallah dia buat muka sombong macam lah kita ni nak serbu dia dan minta autograf. Agaknya itulah bezanya kot orang yang educated macam Dr Shukri dengan yang kurang sikit macam artis ni. Kesian.
February 21st, 2009 at 2:57 pm
assalamualaikum doktor , ni syafiq daripada pelajar kolej antarabangsa ikip . nk bertanya .. knapa doktor shukri terbitkan lagu2 untuk blajar tu dalam kaset jeww .. knapew x dalam vcd @ dvd . saye nk beli laa kalo doktor shukri terbit kan dalam vcd @ dvd . sebab lagu die best sangat … syer dan kawan sayer yang 10 orang ni nk beli laaa … terbit kan la pulak dalam vcd @ dvd doktor shukrii . kami ni dduk kat asrama , jadi kami x bawak radio , jadi kalo beli nk dengar kat manew kalo beli kaset tuu … hehehe . kami harap sangat doktor shkri dapat terbitkan ia dalam vcd @ dvd pulak lepaz nii …..
February 21st, 2009 at 3:03 pm
assalamualaikum doktor , ni syafiq lagiii .. hehe . doktor nk beritahu ni , adew masew datang laa lagi kolej kami ini dekat kolej antarabangsa ikip kuantan . datang tau , dan apabila datang tu jangan lupew bawak lagu lagu tu yek . yang dalam vcd @ dvd tau ……. hehehe . jangan x datang pulak , tu pon kalo doktor shukri sudi laaaa … n kalo adew masew lapang . kami tunggu kedatangan doltor shukri tau ……