Mon 27 Jul 2009
Assalamualaikum semua, Apa khabar pada hari ini? Hari isnin, Moday Blue… Hari ini, saya ingin coretkan apa yang tersimpan di lubuk mata hati saya mengenai beberapa kejadia yang berlaku sejak kebelakangan ini. Mungkin ini tidak ada kena mengena dengan perniagaan, MLM atau sebagainya, tetapi sekadar untuk membawa pembaca berfikir mengenainya.
Nasib Islam di bumi Allah…
Baru-baru ini di Malaysia, kita gempar dengan kematian Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik Selangor. Kematiannya masih menjadi tanda tanya. Tetapi kenapa tiga parti politik Cina, MCA, DAP, Gerakan serta parti pembangkang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menunding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu siasatan. Mereka semua patut bertenang, Suruhanjaya Bebas Diraja telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Kenapa seorang Cina meninggal (masih dalam siasatan punca kematian), Malaysia seolah-olah seperti mahu kiamat atau dilanda tsunami. Kenapa jika seorang Melyu Islam dengan nasib yang sama, tiada Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan, tiada siasatan lanjut dan akhirnya kes itu senyap sampai sekarang tiada orang yang memperingatinya. Mungkin anda pernah mendengar nama, Mustakizah Jaafar,seorang eksekutif wanita syarikat pengedar video, ditemui mati di hadapan rumahnya dengan beberapa liang luka kesan tetakan di tengkuk, manakala bahu kirinya ditembusi peluru.
Apakah nasib kita?
Kejadian baru-baru ini di German, seorang jururawat hospital, Marwa El-Sherbini, ditikam 18 kali dan mati di dalam mahkamah akibat seorang warga German, Alex tidak puas hati kerana beliau memakai tudung. Suaminya, Elwi yang ingin menghalang Alex pula dikatakan penyerang. Kejadian tersebut berkesudahan begitu sehingga kumpulan warga Mesir bertindak, membuat bantahan dan tuntutan keadilan terhadap kematian Marwa. Nasib Marwa lambat dibela dan mungkin tidak akan dibela serta dilupakan.
Saya ingin bertanya, adakah anda sudah mengetahui cerita atau nasib malang yang ditimpa oleh Marwa? Saya pasti ramai yang tidak tahu. Media kita telah dikuasai oleh barat. Berita mengenai kesalahan orang Islam dibesar-besarkan.
Apa nasib kita?
Tahun lepas juga, negara kita kecoh mengenai perebutan jenazah seorang saudara baru. Sewaktu itu juga, agama Islam dan juga mahkamah syariah dikecam habis-habisan.
Apa nasib kita?
Penganut Islam Cina Uighur pula perlahan-lahan di’lenyap’kan oleh kerajaan China. Mana pembelaan nasib mereka? Mana sifat berperikemanusiaan penduduk dunia? Hanya orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina tidak Islam, sudah tentu mereka naik berang dan terus melompat.
Allah berfirman di dalam Al-Quran: Jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.