Saya dan Najib sangat risau dengan keadaan politik dan ekonomi negara kita..Saya kurang gemar bercakap soal politik sebab saya yakin diluar sana ada ramai lagi ‘bloggers’ yang sangat arif bab politik (ya saya yakin!). Itu tak termasuk lagi cakap-cakap di kedai kopi. Bulan lepas semasa saya dan Najib melancong ke sebuah negeri, pemandu limo (pakcik) yang membawa kami tak henti-henti bercakap tentang politik. Yang jadi mangsa adalah penumpang sebelah pemandu (lelaki berbangsa Cina) yang disangkakan orang melayu oleh ‘pakcik’(sebab saya dan Najib memang dah berpakat untuk menjauhi isu-isu sensasi politik). Lelaki Cina yang seakan-akan melayu itu ‘layannn..’ sahaja ‘pakcik’. Saya dan Najib agak cuak kalau-kalau lelaki Cina yang sangat penyabar tu lambat laun hilang sabar dan mengamuk kerana ‘pakcik’ ada juga menyentuh isu perkauman. Kami yakin lelaki tersebut berbangsa Cina kerana semasa dah sampai ke destinasi lelaki tersebut menghulurkan kad bisnes dengan penuh mesra kepada kami (patutnya dia hulur juga kad bisnes pada ‘pakcik’ supaya ‘pakcik’ lebih berhati-hati di lain hari untuk bercakap tentang politik). Oh tolonglah ‘pakcik limo’, pelancong datang nak bercuti bukan nak bertekak tentang politik dan janganlah mengutuk bangsa lain. Tanpa bantuan mereka negara kita tak akan maju seperti sekarang… Yang penting kita kena majukan diri kita dahulu!

Kami tetap AMBIL TAHU tentang politik semasa kerana ia mempengaruhi EKONOMI negara dan BANGSA MELAYU…..

Melihatkan kepada keadaan yang ‘agak kalut’ sekarang, ramai juga rakan-rakan saya (yang mempunyai kesedaran tinggi) mula mencari-cari alternatif untuk memulakan bisnes atau menambahbaik bisnes yang sedia ada bagi bersedia menghadapai masa mendatang (ekonomi) yang tak tentu lagi cerah atau sebaliknya. Tahniah kepada rakan-rakan sebangsa saya yang kuat berniaga kerana anda ada kesedaran! Malahan yang mempunyai pekerjaan tetap juga mula mencari-cari peluang perniagaan. Saya amat mengalu-alukan rakan-rakan yang mempunyai semangat seperti ini!

Jangan sampai kita merempat di negara sendiri. Tingkatkanlah kemahiran diri untuk lebih bersaing dengan bangsa lain (kemahiran boleh menghasilkan wang) dan carilah peluang bisnes kerana bisnes berupaya memberikan peluang lumayan kepada anda jika sesuai caranya (jangan masuk skim pelaburan piramid ok! Itu BUKAN BISNES – kalau tak percaya tanya Donald Trump atau Azizi Ali!).

Sehubungan itu, saya dan Najib juga sudah meminda beberapa perancangan (yang tentunya melibatkan pengeluaran wang) dan menangguhkannya hingga keadaan politik negara stabil. Banyakkan menyimpan demi masa depan. Saya juga dah berjanji dalam diri sendiri 3 pasang baju kurung pahang yang saya beli minggu lepas adalah baju terakhir yang saya beli hingga keadaan mengizinkan (nasib baik baju kurung pahang tu ‘baju mutipurpose’). Najib pula tak jadi membeli baju idamannya selama lebih setahun (kasihan betul suami saya). Tetapi kami tidak terkilan kerana kami lakukan ini untuk menghadapi masa hadapan. Anda juga pasti sudah merancang kewangan anda kan?

Wassalam, sekian!

p/s: Ummi saya berpesan: Jangan sampai orang Melayu jadi kuli, macam jadi tukang lap kasut dan tukang putar kipas orang Inggeris zaman dulu-dulu. Kalau kasut tak kilat dan tertidur masa putar kipas, habis kena terajang di tanah kelahiran kita sendiri…