Thu 9 Apr 2009
Assalamualaikum,Anda apa khabar? Semoga semuanya sangat bagus dan ceria.
Kali ni saya taipkan tentang kisah yang bagus juga jika saya share dengan anda. Maksud saya rakan-rakan sebangsa saya lah ni. Ha, nak kata saya perkauman lah tu. Saya peduli apa (quote dari Ally Iskandar kat TV3). Tajuk artikel ni maksudnya ialah seseorang yang nak jual barangnya tetapi pilih kasih gitu.
Beberapa minggu lepas, ada seorang hamba Allah ni survey lah kedai-kedai komersil di sekitar Ban** dan Kaj***. Dua kawasan ni sangat strategik dengan tempat hamba Allah ni berniaga. Rancangannya nak sewa atau beli la kedai-kedai kosong di sekitar kawasan ni. Hamba Allah ni berlegar-legar lah di sekitar dua bandar ni sambil mendail nombor-nombor telefon yang ditayang bagi urusan sewa/jual. Hamba Allah ni minat sangat nak beli beberapa buah kedai kerana status kedai-kedai ni hak milik kekal. Boleh lah diwariskan kepada anak cucu cicit dan jadi aset kelak.
Hamba Allah ni dengan penuh harapan pun mendail lah satu demi satu nombor yang dah dikumpul. Yang menjawabnya pun semuanya bangsa ****** (ha ni saya buat dot dot dot supaya anda fikir sendiri bangsa apa tu agaknya). Ha, nak tahu apabila manusia-manusia bangsa ****** ni dengar aje suara Hamba Allah ni dan tahu hamba Allah ni bangsa MELAYU, nak tahu apa respon bangsa ****** ni? Hamba Allah ni dah siap senaraikan:
1) Segera membatalkan call.
2) Cepat-cepat membatalkan call.
3) Tanpa berlengah membatalkan call.
4) Menjawab soalan-soalan hamba Allah mengenai harga sewa kedai tu. Kata manusia bangsa **** ni lagi, hamba Allah ni tak boleh beli. Kalau nak beli harganya sekian-sekian juta. (ala, cakap aje tak nak kasi beli, tak payah bagi figure yang tak logik, macam lah hamba Allah ni tak tahu harga semasa kedai-kedai di kawasan ni).
5) Sumpah seranah hamba Allah dengan bahasa bangsa dia. Sabar-sabar.
6) Cakap yang bukan-bukan mengutuk hamba Allah ni dengan bahasa omputih. sabar, sabar dan sabar.
Begitulah nasib hamba Allah ni. Sampailah akhirnya hamba Allah ni ‘ter’ telefon seseorang yang berbangsa Melayu. Lelaki Melayu ni sangat gembira mendapat panggilan hamba Allah ni dan offer untuk sewakan kedainya dengan diskaun RM500 pulak tu kerana katanya, hamba Allah ni sama bangsa dan dia niat nak saling membantu. Habis cerita. Untuk pengetahuan anda, lelaki Melayu ni orang Kelantan.
Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda peduli dengan nasib manusia sebangsa dan seagama anda?
Kata hamba Allah mengakhiri kisahnya : Apa lah nak jadi dengan nasib bangsa Melayu di tanah nenek moyang kita ni. Macam duduk kat oversea je kita ni kan kerana dilayan sebegitu teruk macam kisah di atas. Hal ni dah macam kanser tau, berlaku senyap-senyap, tidak kelihatan tetapi menyebabkan bangsa Melayu boleh MAUT dengan tragis. Jadi, adakah bangsa Melayu masih nak aniaya bangsa sendiri melalui agenda politik, dengki mendengki dan fitnah. Bangsa lain tengok aje dan bersorak di belakang tabir. Kita buang masa bergaduh. Ya Allah adakah bangsaku ni hanya layak jadi badut sahaja kat Malaysia ni kelak. Jangan sampai hak kita sebagai pemilik tanah Melayu dinafikan kelak. Macam Israel dengan Palestin. Nauzubillah.
Takkan Melayu hilang di dunia (quote orang-orang tua).
Memang tak hilang dari dunia, tapi takut hilang negara (Nurul Ain).
Sekian.
April 12th, 2009 at 2:21 pm
Begitulah adat dunia sekarang…
Namun, antara kita masih lena, atau selesa ditempat sendiri dan meminjam kata-kata anda “aku peduli apa”…
Agaknya, di fikiran, aku tidak perlu orang lain kut…