Amat terkejut apabila ada seseorang yang menelefon Ain dan mengatakan kami merupakan pengiat skim pelaburan di internet. Tidak usahlah untuk kami menulis baik dan buruk pelaburan internet tersebut dan hukumnya di sisi agama. Jika masih belum pasti mengenainya, sila baca artikel di blog Ustaz Zaharuddin. Tetapi apa yang peliknya, di manakah seseorang itu mendapat sumber dan mengatakan kami membuat pelaburan internet? Puas juga saya belek-belek ke semua artikel yang saya dan Ain tuliskan, namun tiada satu pun yang menyentuh mengenai pelaburan internet. Mungkin ada sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan kami. Entahlah, kami tidak tahu dan tidak mahu salah sangka.

Buat pengetahuan sekalian, kami merupakan pengiat dalam Conventional Multi Level Marketing  dan hampir setahun kami menyertai Lifestyles International Holding Cooperation. Alhamdulillah, segala usaha dan penat lelah kami terbayar, dan kami masih lagi bergiat cergas. Sekarang ini kami sedang menumpukan untuk melebarkan sayap perniagaan di Muar dan juga di Kota Tinggi. Walaupun, Ain sedang sibuk untuk menghabiskan pelajarannya di peringkat Phd. namun itu tidak menghalangnya dari menjalakan perniagaan. Memang tiada siapa yang tahu bagaimana kami lakukan, betapa susahnya kami untuk berada di tahap ini dan mendapat pendapatan yang berganda yang belum pernah kami impikan. Oleh sebab itu, kami membuat blog ini untuk orang ramai yang ingin bergiat dalam MLM. Jika anda masih lagi mencari-cari MLM untuk sertai, kami sedia meluangkan masa untuk memberikan penjelasan mengenai syarikat kami. E-mail kami di admin[at]perfectexcel.com.

Kami juga sangat mementingkan perancangan kewangan. Oleh sebab itu, kami juga mengambil inisiatif untuk menulis mengenainya. Kami bukannya pakar dalam bidang tersebut, tetapi kami ingin berkongsi apa yang kami tahu, melalui pembacaan dan seminar-seminar kewangan yang kami hadiri untuk panduan kita bersama. Kami juga merupakan pelabur untuk Public Mutual. Boleh dikatakan kebanyakkan wang kami, dilaburkan ke Public Mutal, kerana prestasinya yang amat memberangsangkan. Oleh sebab itu, kebanyakkan artikel kami melibatkan dana amanah Public Mutual, disamping kami memantau dana-dana kami, apa salahnya kami memberitahu kepada pengguna siber yang dahagakan informasi mengenainya. Ingat! kami juga tidak bergiat cergas dalam mempromosikan kepada orang ramai. Boleh dikatakan saya adalah ajen bagi diri saya dan keluarga saya =)

Kesimpulannya, kami www.perfectexcel.com tidak terlibat sama sekali dengan mana-mana pelaburan internet!