Minggu lepas, saya telah menghadiri satu persidangan akademik di sebuah pulau yang terkenal di Malaysia. Hikmahnya bersidang di tempat yang indah dan tenang seperti itu ialah dapat bersembang pelbagai hal dengan pensyarah saya yang sebelum ini sangat sukar didekati di tempat kerja. Maklumlah masing-masing stress dengan kerja-kerja penyelidikan, mana ada masa nak beramah mesra..

Kami berbincang tentang penyelidikan yang dijalankan di universiti kami. Universiti kami adalah sebuah IPTA yang tekenal dengan kegiatan penyelidikan yang cemerlang dan bertaraf antarabangsa. Pensyarah saya tu bakal menadapat gelaran Professor sebelum berumur 40 tahun! Insyaallah. Tapi pensyarah saya ni mengeluh, katanya pelajar Malaysia terlalu manja dengan kemudahan. Dahulu, (zaman 1990-an) beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran di United Kingdom. menurut beliau, duit memang cukup-cukup makan di UK. Kalau bawa keluarga lagilah perit. Tapi beliau bersyukur sebab berada di UK agak mudah sebab ramai lagi Malaysian dan orang Islam, banyak makanan halal dan rakan-rakan. Tetapi penguat semangat beliau untuk menghabiskan PhD dalam masa 3 tahun adalah kerana wang. Kalau tak habis belajar dalam masa 3 tahun, alamatnya kebulurlah di UK!

Beliau mengakui yang kerajaan Malaysia ni sangat lah berhati mulia. Para pelajar di Malaysia ada harapan mendapat pinjaman atau biasiswa kerajaan. Para penyelidik di IPT pula mendapat elaun bulanan. Memang banyak yang kerajaan Malaysia laburkan untuk akademik dan penyelidikan di Malaysia. Syukurlah. Tetapi para pelajar tempatan sendiri yang seakan tak menghargai bantuan kerajaan. Duit yang ada digunakan ke arah yang kadang kala ‘entah apa-apa’. Memang menyedihkan. Dek kerana kemudahan inilah pelajar tempatan rasa diri mereka ‘orang senang’, manja dan tidak belajar bersungguh-sungguh. Dengan kata lain, tak ada ‘tekanan’ untuk mereka skor dalam pelajaran. Malahan pelajar yang ‘extend’ semester pun PTPTN boleh lanjutkan pinjaman mereka. Menurut beliau, hal ini tidak berlaku semasa beliau belajar di luar negara. Kalaulah para pelajar IPT mengeluh duit yang ada tu tidak cukup, hal nya lagilah teruk jika berada di luar negara (berdasarkan pengalaman beliau dan rakan-rakannya) pada zaman 1990-an.

Sekiranya keadaan pelajar IPT yang manja ini berterusan, sia-sialah pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Pensyarah ini juga sempat berseloroh “Duit projek bernilai jutaan untuk penyelidikan saya ni boleh bangunkan Perlis tau!” (ketawa). Kepada yang mempunyai kesedaran tentang hakikat bahawa pelajar IPT perlu mempunyai kesedaran tinggi tentang peranan mereka kepada negara, TAHNIAH diucapkan. Kepada yang asyik mengeluh dengan nasib diri (yang sebenarnya tidaklah seteruk mana dibandingkan dengan orang sahabat-sahabat yang ingin belajar tetapi tidak mendapat bantuan di luar sana -contohnya Indonesian), fikir-fikirkanlah semula. Kerajaan banyak membantu generasi muda (lebih spesifik untuk mahasiswa mahasiswi IPT) supaya menjadi tunggak negara pada masa akan datang. Hargailah…..