Pemikiran Kreatif

62-ways.JPGHari ini saya sudah dapat buku yang saya beli di amazon.de dua hari lalu. :) hehe. Hendak membeli di amazon.de pun senang. Dengan hanya klik sekali (1-Click Centre), anda sudah membeli buku idaman anda. Seronoknya. Ini adalah hadiah buat diri saya sebab sudah menyiapkan work report kali ini. Bolehlah saya luangkan masa untuk membaca dan berfikir. Tajuk pilihan saya kali ini ialah How to Have Stunning Ideas. 62 Ways to Creativity: 62 Exercises to Develop the Mind (Ebury Press) . Ini merupakan koleksi pertama saya dari Edward de Bono. Edward de Bono telah banyak menulis tentang pemikiran kreatif sejak 1970-an.

Sinopsis :
Semua orang hendak untuk berfikiran kreatif. Kreativiti membuatkan andaa lebih mencapai keriangan hidup, lebih menarik dan lebih penuh dengan kecemerlangan, tetapi terlalu ramai orang mempercayai bahawa daya cipta atau kreatif adalah sesuatu yang telah ditakdirkan atau telah dilahirkan bersama anda dan tidak boleh dipelajari. Dalam “How to Have Creative Ideas” Edward de Bono – kuasa utama untuk pemikiran kreatif boleh dididik melalui 62 pemainan dan latihan-latihan membawa minda untuk berfungsi secara kreatif, menumpukan pada pemilihan perkataan-perkataan yang rambang terpilih daripada satu senarai, untuk membantu menggalakkan daya cipta, kreativiti dan berfikiran lateral. Semua latihan-latihan dan permainana di dalam buku ini adalah mudah, praktikal dan menyeronokkan, dan boleh dibuat oleh sesiapa.

Comments (1)
  1. miSs^lem0n January 6, 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *