Posted by Najib Mohamed under
Blog Seharian[21] Comments
Sekarang ni semua orang heboh tentang pendatang asing membanjiri Malaysia. Kalau naik train awam, boleh dianggarkan 70% daripada penumpangnya adalah warga asing. Itu tak termasuk bas-bas awam. Sampaikan ada sejenis bas awam ni orang tempatan takut nak naik sebab dipenuhi warga asing. Akibatnya orang tempatan mula membenci kelompok warga asing yang kononnya mengganggu dan menyesakkan negara kita.
Tetapi tahukah anda, itulah yang dinamakan globalisasi. Pertembungan budaya memang telah berlaku di seluruh dunia semenjak zaman nenek moyang hingga kini. Sebagai contoh, dalam tahun 2000, penduduk Asia telah melebihi orang kulit putih di San Francisco menjadikannya bandar raya kedua di Amerika yang majoriti penduduknya ialah penduduk Asia selain Honolulu. Sebelum tahun 2030, setiap satu daripada empat orang warga Amerika adalah Hispanic dan bakal menjadikan mereka majoriti penduduk Amerika Syarikat. Tambahan, jangan terkejut kerana Presiden Peru adalah keturunan Jepun. Kita tidak dapat mengelakkan globalisasi. Kewujudan pendatang asing akan memberi kesan yang lebih serius kerana anak-anak mereka DILAHIRKAN di Malaysia. Bayangkan apa akan berlaku apabila anak-anak warga asing MEMBESAR di bumi Malaysia? Mungkin kita boleh menyorot kembali sejarah bagaimana orang-orang cina dibawa ke Tanah Melayu untuk dijadikan buruh melombong bijih timah. Atas desakan hidup dan penderitaan menjadi buruh menjadikan orang-orang cina mendidik cucu cicit mereka agar gigih berusaha dan bekerja keras serta WAJIB menceburi perniagaan. Lihatlah, siapa yang menguasai ekonomi negara kita sekarang? Mahukah kita lebih ditindas oleh bangsa asing yang lain pula? Kedatangan mereka sukar dikawal dan globalisasi tidak boleh dielakkan, lantaran itu kita sebagai warga tempatan lah yang perlu bertindak memperkasakan ekonomi dan bangsa kita sendiri. Jangan harapkan warga asing ini dihalau balik ke negara mereka kerana hal ini tidak akan berlaku! Jangan mengaku kalah dan hanya menuding jari kepada pihak berkuasa atau warga asing ini. Bangunkanlah bangsa kita agar kita tidak merempat di negara sendiri! Wassalam…
Note: KISAH BENAR: Nenek saya berjiran dengan sebuah keluarga Indonesia dan anak-anaknya dilahirkan di Malaysia. Anak sulung keluarga ini diterima masuk ke sekolah Seri Puteri, sebuah Sekolah Berasrama Penuh perempuan yang paling terkenal di Malaysia. Hal ini pada zaman 1990-an. Di manakah anak melayu yang lain…
Artikel-artikel yang berkaitan dengan Blog Seharian:
December 2nd, 2007 at 1:42 pm
Assalamualaikum….
Pendatang Asing….
emmmmmmmmmmmmmmmm…suasah juga nie…tetapi kalau nak diikutkan ramai lagi anak Malaysia yang menjadi asing dibumi lain..cuma mungkin jumlahnya bukanlah berjuta seperti sebagaimana ramainya rakyat asing dinegara ini…Mungkinkah mereka akan mengusai negara ini…? aduhai saudara penulis…apa sebenarnya yang ditakutkan penulis…? Bukankah setiap bangsa itu diciptaka untuk saling menyanyangi…bertukar ilmu..Mengaoa harus ada sikap PREJUDIS dalam hal ini…tidak adilah bagi kita jika kita bersikap seperti menghukum…jika mereka sudi menjadi ASING di bumi ini..mengapa tidak kita menjadi ASING di bumi mereka……..?
December 2nd, 2007 at 2:39 pm
Waalaikumsalam seri, sebelum apa-apa pun, saya ada satu pertanyaan, adakah saudari sudah baca keseluruhan artikel tersebut?
Sebenarnya saya tidak takut apa-apa dengan pendatang. Malahan saya juga pendatang di sebuah negara eropah. Saya melihat dari segi positif kedatangan pendatang tersebut. Bukan membenci atau prejudis bak saudari seri katakan. Agar kita sentiasa berusaha untuk berjaya dan bukan duduk bersenang lenang, menunggu usaha orang lain.
December 3rd, 2007 at 12:32 am
Salaam,
Memang tiada apa-apa yang perlu ditakutkan dengan kedatangan pendatang asing ke negara kita. Malah, dengan kedatangan pendatang asing, mereka dapat membantu lagi membangunkan ekonomi negara kita.
Tetapi saya rasa betullah kata penulis, kita tidak boleh duduk diam bersenang lenang sahaja. Kita sendiri, terutamanya orang-orang Melayu, perlu sedar dan bekerja keras dan bukannya menunggu bantuan dari kerajaan atau mana mana pihak semata mata.
December 3rd, 2007 at 4:45 am
saudari seri yang budiman…
terima kasih kerana memberi respon kepada tulisan saya…saya berharap agar saudari membaca keseluruhan artikel saya dengan teliti…saya tidak menyalahkan pendatang asing tetapi saya menyeru kita semua membangunkan diri agar TIDAK KALAH dengan pendatang asing DI BUMI SENDIRI.saya menyokong globalisasi…
December 4th, 2007 at 3:18 pm
yup…tapi saudari masih bersikap prejudis
December 9th, 2007 at 12:42 pm
salam.
saudara najib, saya trtarik tuk memberi komen,..bapa saya dr indonesia dan shingga skrg masih brstatus penduduk tetap mnkala ibu sy adlh pnduduk asal ngra msia.Alhamdulillah, kami adik beradik berjaya mnjejaki menara gading dan saya sndiri sdg melanjutkan masters di UK ketika ini…
Saya x pasti family jiran nenek saudara mengalami apa yg prnah saya alami,ttp apa yg ingin sy kongsikn ialah saya sendiri mnhadapi sikap prejudis guru2 sekolah rendah dan sek men (hnya seorg dua yg baik ati) trhadap saya hnya kerana bapa saya org indonesia!Biasa dgr sindiran2 guru2 ttg asal usul bapa saya tp saya kuatkn juga diri tuk pergi ke sekolah krn saya suka belajar dan atas dorongan ingin mengubah nasib keluarga…
even org kmpung sayapun mmberi layanan seperti itu..tp mujur mak sy seorg yg sabar, maka kerenah org kmpung tidak dia hiraukn mnjadikn kami sekeluarga juga turut brsabar…
terus terang saya katakn, membesar dlm suasana sprti itu membangkitkn lagi smngat kami adik beradik tuk belajar brsungguh2 sbb kami sedar tnpa ilmu, kami akn terus dikata2, saya sndiri hmpir putus asa sbnrnya ketika di sekolh men kerana sy disogokkan dgn ‘kata2 perangsang’ yg saya xkn dpt masuk ke mana2 mrsm, SBP atau univ krn status bapa saya ttp mujur ada seorg guru (betapa saya berterima kasih pd dia utk seumur hidup saya!) yg sntiasa mmberikn dorongan kpd saya.Kata2 dia yg masih saya ingt shingga kini ‘Kamu lahir di Malaysia, kamu da jadi org Malaysia, warganegara Msia, maka hak kamu ada disini’.
Ya, hak saya ada disini, saya dilahirkn disini dan saya cintakn negara saya jd tiada sbb utk pihak lain berprejudis trhadap insan2 sprti kami….
December 9th, 2007 at 2:23 pm
Salam Nur! Tahniah buat kejayaan saudari! Bagi saya, kamu adalah rakyat malaysia yang terbaik! Sikap yang tonjolkan oleh saudari sejak lagi kecil perlu diikuti oleh rakyat malaysia yang dikatakan 100% rakyat malaysia. Sudah tentu, tiada sebab pihak lain untuk berprejudis dengan masyarakat seperti saudari, kerana saudari juga adalah rakyat malaysia. Jangan termakan dengan hasutan yang kami bersikap prejudis dengan masyarakat seperti saudari. Kami ingin menjadikan masyarakat seperti saudari sebagai model untuk anak-anak melayu yang lain. Proud to be Malaysia! Diharap generasi sekarang patut mengorak langkah bersama-sama untuk pembangunan negara.
December 24th, 2007 at 6:22 pm
salam nur and najib,
saya tertarik berkongsi cerita setelah dengar cerita saudari nur, saya warga Indonesia yang beristrikan warga Malaysia dan dua anak yang juga lahir di malaysia. saya belum pun decide kewarganegaraan anak2 saya, karena merujuk undang undang Indonesia anak2 saya boleh mendapatkan warga negara indonesia karena ayah mereka warga Indonesia. tapi istri saya nak anak2 kami menjadi warga Malaysia, setelah baca komen saudari saya jadi berfikir, mungkin nanti anak2 saya akan mendapatkan layanan seperti yang anda alami, dalam fikiran saya jika seorang sudah menjadi warga suatu negara, bukankah orang itu mempunyai hak yang sama dengan yang lain? (correct me if I’m wrong)
December 24th, 2007 at 8:23 pm
Salam Fadhly,
Saya rasa terletak kepada keputusan anda untuk menentukan hak kewarganegaraan anak-anak anda. Jika anak anda warga Indonesia, di tetap mempunyai darah malaysia, walaupun dianggap pendatang asing di Malaysia namun mereka bukan makhluk asing. Begitu jugalah jika mereka adalah warga Malaysia.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Apa saja warganegara kita,di mana saja kita berada, yang penting semangat untuk berjaya dan maju mesti tetap ada di dalam sanubari kita.
Saya rasa tiada layanan yang buruk diberikan untuk orang asing yang berwarganegara Malaysia. Semuanya dilayan dengan setimpal kerana mereka juga mempunyai hak yang sama rata dengan rakyat yang lain. Jadi, Fadhly jangan risau jika isteri anda ingin anak-anak anda berwarganegara Malaysia ;)
December 26th, 2007 at 5:10 am
Salam saudara fadhly n najib,
maaf skali lagi mencelah…izinkn saya memberi komen berkenaan perkara yg bermain di fikiran saudara fadhly ketika ini…
pertama tama skali, saya berasa agak bersalah kerana di sebabkn coretan saya sblum ini mnyebabkn saudara fadhly ragu2 dlm mmbuat keputusan berkenaan kewarganegaraan ank2 saudara Fadhly…
Mungkin saya boleh perincikn sbb apa yg berlaku pd saya sblum ini. Pertama, mungkin disebabkn mind setting penduduk2 kampung saya yg agak membenci org luar (Indon, Bangla dlln) serta ditambah dgn PhD(perasaan hasad dengki) apabila melihat ank pendatang ini agak berjaya berbanding dgn ank mereka sndiri. Sebab logik yg lain ialah kerana ayah saya hanyalah org biasa,ank perantau sehelai sepinggang, tidak berpangkat dan tiada harta (pangkat dan kekayaan masih dipandang mulia oleh sstgah golongan manusia….)
Tetapi, kesusahan yg saya lalui, mengajar saya tuk jadi lebih matang dan berusaha gigih tuk tdk dipndang hina dgn cara mengejar ilmu krn hanya itu sahaja senjata yg saya ada utk mmbantu keluarga dan mnjadi role model kpd adik2 saya…
Pd pndpt saya yg jahil ini, mnjadi warganegara Malaysia adalah satu rahmat…jika Allah berikn kesusahn pd kita, DIA akn mmberikan jln keluar yg lain, jln keluar itu bukan satu, malah dibukakn pd kita 2,3,4 pintu, pilihlah yg mana terbaik utk kita..saudara Fadhly jgn khuatir,apa yg berlaku pd saya, tdk semestinya akn berlaku pd anak2 saudara…
Ketika saya di MRSM, saya kira,saya seorg shj ank pndatang ttp kemudian itu, saya dapati lebih dr 20 pelajar yg mak atau ayah mereka adlh pndtang…sbnrnya mentaliti masy kite sahaja yg agak memandang -ve kpd pndatang dr Indon yg miskin ttp jika kaya, tentu sahaja layanan itu brbeza..Dan jika saudara Fadhly punya kelayakan yg bagus dan kerja yg elok, saya kira ank2 saudara tdk akn dilayan seperti saya, InsyaAllah…
Apa2pun, terpulang pd saudara Fadhly,solat istikharah, mudah2an Allah memberikn petunjuk yg terbaik….Amiiiin
January 19th, 2008 at 5:30 pm
Globalisasi ada d mana2 di muka bumi ini. selagi border negara di buka selagi itu akan ada kemasukan pendatang asing illegal atau legal.Lainlah kalau malaysia mengamalkan dasar tutup pintu macam israel dan korea utara dulu.Jati diri warga tempatan harus ada untuk bersaing dengan warga asing dalam segala hal.Masalahnya warga Malaysia berasa amat selesa dgn keadaan kita yang aman so diorang rasa terganggu kalau2 keamanan ini dikongsi dengan outsiders.Tiada larangan undang2 persekutuan yang melarang foreigner masuk dalam ekonomi Msia.So kena sedarlah kalau foreigner dah mula mendahului dalam perniagaan kecil dan sederhana kerana usaha gigih mereka di negera orang.Melayu khususnya yg telah lama merasai kenikmatan di Msia sejak Suruhanjaya Reid dah masuk 50 thn lebih Melayu selesa dan di harap Melayu tidak mudah lupa sebab Allah akan tarik balik keamanan ini jika kita tidak bersyukur dan khayal dengan janji keistimewaan bumiputera.Kalau dulu 15thn lepas merdeka law untuk keistimewaan org melayu akan dibahaskan balik tapi Tungku beria-iya mempertahankan melayu. So melayu jangan malas!!! Bangkit!!! Walaupun tak semua malas tapi…sendiri mau ingat laa!!
-POLITICAL SAINS STUDENT-
USM PENANG
February 19th, 2009 at 1:22 pm
bila menyebut tentang kebanjiran warga asing di negara malaysia semestinya ramai masyarakat akan berasa phobia tetapi saya rasa masyarakat sewajarnya harus bersemangat untuk berusaha keras lagi untuk meningkatkan mutu kerja kita…cuba kita lihat buruh warga asing dengan warga tempatan bukan nak kata.masakkan pokok akan bergoyang kalau angin atau benda mengusiknya kan..buruh tempatan ni lebih cerewet memilih kerja dan lakukan kerja sambil lewa sahaja.saya ada bukti apabila warga tempatan yang berkerja dengan ayah saya ni suka buat kerja sambil lewa tapi bila minta gaji tak sambil lewa pula.buruh asing ni bagus.buat kerja cepat dan bersungguh-sungguh.gaji pun tak cerewet pun.jadi kita kna bijak sekarang.buka mata buka minda memang betul warga asing bukannya makhluk asing
April 8th, 2009 at 4:42 pm
Hi. I read a few of your other posts and wanted to know if you would be interested in exchanging blogroll links?
Najib: hi.. why not.. just give me your full URL… http://www.perfectexcel.com
April 21st, 2009 at 1:06 pm
salah kite gak..terlalu memilih kerja..so terpaksa la kena ambk pekerja asing..nak salahkan orang,kena tengok kite dulu..ye tak..???
July 1st, 2009 at 2:58 pm
slm,,… pd pendapat syE,phak yg bersalah ialah kerajaan sendiri…dyeOrg membiarkn pendatang asing berterUrUsan mmasUki ngare nie,,visa2 Untk msUk ke ngare ini mUdah sngt nk dperolehi,,mmg ssetengah pndatang dpt mmbntU dlm ngare,,tp x dnafikan jge ramai yg mrempat tdk berkrja,,dn malahan ad yg mncari mkn dgn mlakUkn jenayah..sape yg sUsah??kte jUgak,,pelacUr2 yg kne tgkap..ramai dr cina,,msUk scare halal,,tp bUat krja haram…ape ni??jd pkir2 la sndri…wslm
September 2nd, 2009 at 10:53 pm
ko tnye mane dak melayu..?yg kat jail sungai buloh tu sume ank melayu lah tu…
January 16th, 2010 at 10:11 pm
Assalamualaikum. Saya adalah seorang guru DG41, seorang warganegara malaysia, berkelulusan universiti dan pernah memasuki sek asrama penuh!
Dan ibu bapa saya KEDUA-DUAnya berasal dari Indonesia. Sudah 5 tahun saya mengajar anak melayu tanpa rasa prejudis, malah saya membesar di kalangan anak2 melayu.
Sejak saya memasuki sekolah untuk berkhidmat sebagai guru, saya telah didiskriminasi dengan begitu teruk. Oleh siapa, bukan oleh orang India dan Cina, tetapi oleh gugu-guru melayu!
Apakah layanan yang saya terima sejak saya mendidik anak2 bangsa ini. Rakan2 sekerja saya mengutuk-ngutuk serta menghina saya dengan perkataan yang saya benar2 tidak suka, iaitu INDON.
Bukan setakat itu, saya pernah dihalau untuk balik ke Indonesia oleh guru yang lebih senior. Surat beranak saya yang disimpan di dalam fail peribadi telah disebarkan dikalangan guru, bertujuan supaya saya diserang dan didiskriminasi!
Anda fikirkan, jika anda berada di tempat saya, dilahirkan di Malaysia, membesar dengan adat budaya Malaysia, hanyalah ibu dan bapa berasal dari seberang, saya dihina dan di anti oleh kalangan guru, terutamanya yang mempunyai pendidikan yang lebih rendah dari saya.
Saya diberikan kerja yang cukup banyak, sedangkan guru2 lain ada yang mampu bersenang, kerana tugas mereka telah dipindahkan kepada saya…dan life saya cukup miserable sejak menjadi seorang guru..
Mereka sepatutnya menghormati, saya yang hadir dengan niat yang baik untuk mendidik anak bangsa, memberikan ilmu…tetapi apa yang mereka anggapkan selama ini ialah, saya hadir untuk mengambil HAK mereka. Kerana bagi mereka, hanya orang melayu/India/CINA saja yang selayaknya meggalas tugas mulia ini.
Tidak semua rakan saya begitu, namun golongan-golongan melayu yang ekstrem inilah sedikit sebanyak mengganggu tugas2 saya sebagai pendidik anak bangsa. Apakah Ilmu yang saya berikan selama ini Haram? Apakah gaji saya selama ini Haram? Saya sedih…saya telah dianggap sebagai pencuri hak..walaupun saya telah kembali menjadi warga yang berguna kepada Malaysia, negara saya sendiri.
Siapalah yang mampu memahami? jika anda berada dalam keadaan saya…I dont have the option to chose where my parents came from..(do you?) and anda disalahkan kerana ibu bapa anda pendatang.
Banyak istilah yang menyakitkan saya diulang2 dan diulang2 demi menyakitkan hati…Melayu jenis apa mereka ni? di mana Budi bahasa budaya kita yang ditonjolkan?
Saya kecewa, kerana saya sudah mengajar anak-anak melayu selama 5 tahun.
Apa anda rasa jika anda warganegara malaysia, tetapi anda dihina, dihalau balik ke negara asal ibu bapa? sedangkan anda telah melakukan apa yang terbaik untuk diri anda dan anak bangsa, juga Agama.
Pada anak-anak Melayu, selagi saya beragama Islam, kita ini bersaudara. Tidak perlu risau, selagi Melayu sendiri rajin berusaha, Melayu tidak akan jatuh.
Apa yang saya kesalkan sendiri, di dalam sekolah (SEK KEB) yang mana guru-guru Melayu ini diberi kepercayaan mengajar anak bangsa. Ada yang tidak melaksanakannya dngan baik. BUKAlah mata, lihatlah sekolah cina, guru-gurunya hebat, PIBG nya hebat, mereka betul2 ingin membangunkan anak bangsa mereka.
Saya sayangkan Melayu, kerana mereka adalah saudara mara, rakan2, malah saya mengganggap diri saya Melayu.
Apa yang lebih hiba, anak-anak murid melayu, yang saya didik mula2 memerli saya dengan perkataan INDON..Ini semua gara-gara ada cikgu yang memberitahu murid-murid ini. dengan niat yang..entahlah hanya tuhan yang tahu..
Saya cukup teraniaya…kemanusiaan saya cukup tercabar. Saya tahu ada indon yang datang ke sini buat jenayah..tapi lihatlah pada mereka yang rajin, berusaha mencari nafkah seperti ibu dan ayah saya yang berjaya memasukkan KESEMUA adik beradik sehingga ke menara gading.
Ikutkan hati, mahu saja saya saman mereka ini. Kerana menafikan hak saya sebgai warganegara malaysia, hak saya sebagai seorang muslim yang sudah berusaha, hak saya sebagai seorang manusia..Tapi bila difikirkan kembali, saya tidak seperti mereka…hati mereka busuk. mereka jadi cikgu untuk gaji tetap bulan2..saya mengajar demi ilmu yang bermanfaat..yang akan terud HIDUP walaupun sesudah saya mati nanti…saya biarkan saja
Namun sekarang saya terlalu depressi…rasa begitu asing di Malaysia. bumiku sendiri.
May 18th, 2010 at 8:52 pm
ermmm… saudara najib tidak sedarkah anda, anda telah menunjukkan sikap prejudis trhadap pendatang asing, kalau hendak dikajikan cuba saudara najib lihat asal-usul saudara najib, adakah saudara berasal dari melayu tulen? datuk nenek saya berasal dari tanah jawa, saya bangga menjadi keturunan jawa, sepatutnya saudara tidak harus bersikap sedemikian. tidak kisah lah mereka dtg kesini, lihat bagaimana mereka bekerja keras untuk mencari sumber halal untuk keluarga mereka disana, tapi kita lihat anak2 melayu disini, berpeleseran xtntu hala, sosial lebey, buang anak, mat rempit dan lain2 lgi, tp cuba lihat adakah pendatang asing berbuat sedemikian? mungkin segelintir sahaja, anak melayu sekarang semakin hancur, memilih kerja, cmni ke malaysia nk maju, bangsa nk maju!!!!
najib: salam Sedara Ikhwan! Saya rasa awak tak faham artikel saya ini. cube fahamkan betul2.. saya tidak menyalahkan pendatang asing tetapi rakyat kita sendiri ;) jangan terlalu beremosi, faham betul-betul.
September 2nd, 2010 at 6:16 am
sy sendiri mrupakan keturunan anak minang asli dr kepulauan sumatra barat.adakah sy boleh dikatakan melayu.sy warganegara malaysia .. tetapi IC ibu bapa sy berwarna merah dan cukup sinis membeza kan kami..dr segi pergaulan di sekolah , pendidikan, perniagaan, kota dan hak2 yg sepatut nya menjadi milik semua di batas kan..memang x salah klu anak melayu nak berjuang utk negara mereka.. tapi bagaimana dengan kami? adakah kami melayu .bukan kah kami juga warga malaysia?.sedangkan jelas dlm ic kami warganegara.. tp dlm cip ic kami berketurunan indonesia..sy berjuang membela keluarga atas diskriminasi yg terbentuk sejak awal kedatangan kami shingga kami menjadi warga malaysia yg..perniagaan memang benar di dominasi oleh org cina .. tapi org2 seperti kami lah yg mengimbangi monopoli mereka..adakah adil jika kami dikata kan melayu tapi hak kami tidak di endah kan..apakah melayu asli yg disebut mungkin ujud itu benar2 mengutamakan kelebihan mereka..memang benar kami pendatang.tapi adakah kamu sedar sebenarnya kamu sendiri juga pendatang??? kajian menunjukkan 60 peratus dpd melayu yg asli di katakan sebenar nya adalah pendatang selepas hari kemerdekaan .. jgn katakan kami sahja pendatang.. mahu dikemanakan 60 peratus melayu yg lain yg mengklarikasikan dr mereka melayu?? kami di sini mengecam diskriminasi yg dilakukan krn hanya melayu asli sahaja yg di beri peluang membuka perniagaan secara bebas, kota pendidikan yg membebankan kami dan hak undang2 yg hanya di utamakan kepada golongan tertenu..jika anda mahu tahu, kerajaan telah membuka semula permohonan kewarganegaraan secara besar2an utk org warganegara malaysia beragama islam..utk mengimbangi politik dan sosioekonomi ..sekarang pendatang seperti kami lah secara senyap membantu kerajaan utk melindungi org2 melayu yg di katakan melayu asli..utk melindungi hak2 mereka di malysia..sy tidak bersetuju jikalau hanya org melayu yg kononnya asli sahaja melayu diberi perlindungan dan kelebihan.. dgn akhta yg ditetapkan dlm kementerian dlm negeri sy menyatakan bahawa pendatang juga memiliki hak dalam perniagaan, politik, ekonomi dan undang2..jd berhati hati dengan perkataan “pendatang”. ujud kan 1 keadilan dimana semua bangsa yg lahir di malaysia memiliki hak dalam ekonomi , politik , pendidikan, dan undang2..buka mata jgn terlalu fokus kpd melayu shj utk berjaya dlm perniagaan..cina dan india juga adalah warga malaysia.. tujuan negara bangsa di wujud kan utk sama membangun bangsa.jika masih berkaum dan membezakan cina dan india maka tak jauh lah melayu asli zaman ini akan melangkah.bukan nya stakat memandang org mlayu shj patut maju..sy pendatang yg memiliki hak mengundi..suara kami didengar..dan diskriminasi soal perniagaan dan ekonami xpatut ujud..bahkan utk cina dan india skali pon..kaji smula istilah melayu dan pendatang..mlayu merangkumi kepulauan melayu raya..dr hujung aceh ,tanah melayu hingga utara philifina..not all pendatang will stand and do nothing with this discrimination.. beware of us ..we help this country grows ..ask our prime minister why this happen to us? do you want us to help or not????
January 14th, 2011 at 12:06 am
Bila ya pemikiran rakyat Malaysia ni nak maju pemikirannya. Sorry to say, Melayu…hanya sibuk nak pertahankan hak..hak dan hak…kadang2 tengok seolah2 kita ni berkiblatkan melayu pula…bukan Islam.
Dalam Islam cakap, kita ni perlu sayang dan kasih dengan sesiapapun. Ini tidak..lain pula yang berlaku…
Saya sebenarnya risau…one day takut 13 mei tu berulang semula…masa 13 mei dulu..melayu masih kuat agamanya..masih kuat adatnya..sekarang? anak-anak melayu dah banyak yg rosak.akidah pun tak kuat
mana taknya, di malaysia ni..ikutkan lokality, sini kawasan melayu…sana india..situ pulak cina…
dahla sekolah pun asing2..
March 4th, 2011 at 12:09 am
jikalau kedua ibu bapa orang indon, tetapi anaknya lahir malaysia, mempunyai surat beranak, boleh membuat kad pengenalan??