Thu 16 Jul 2009
Best.. Best.. Best.. itu sahaja yang dapat saya dan Ain ungkapkan apabila keluar daripada Cititel Midvalley. Menghadiri Seminar yang bertajuk “Menjadi Juara” memang tidak sia-sia. FREE pulak! Hehe.. biasalah kalau boleh semua hendak free. Tetapi kena tengok juga, free itu berkualiti bagus atau tidak. Tetapi yang ini, seminar PEOPLEPRENEUR Business School (PBS) memang BEST! …. tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kata-kata aluan oleh Jefri (Trainer PBS) menerangkan sedikit sebanyak 4 quadrant, formula oleh Robert Kiyosaki, penulis bestseller Rich Dad Poor Dad dan memberi pengenalan mengenai program PBS ini. Yang paling best, Irfan Khairi pun berkesempatan memberi 1 strategi yang powerful. Sebelum ini pun saya belum pernah baca di mana-mana pun. Memang luar dari jangkaan. Strategi ini merupakan satu strategi daripada program Strategi IK2.
Strategi yang agak mudah tetapi kita tidak nampak. IK telah memberi Kedai Burger Steam sebagai contoh. Katakanlah kedai tersebut menjual sebiji burger RM7, dibungkus dengan kertas dan masa penyediaan adalah 15min. jadi kita sebagai pesaing, telah membuat beberapa strategi untuk mengalahkan pesaing kita iaitu kedai burger steam. Apa yang kita buat ialah kita turunkan harga, sebiji burger RM6.50, dibungkus dengan kotak cantik dan masa penyediaan disingkatkan sehingga 5min. Saya rasa ramai yang mengaplikasikan strategi ini. Saya pun begitu sehingga semalam. Strategi ini adalah kita lihat KELEMAHAN pesaing dan cipta kelainan. Jadi, strategi yang terbaik ialah:
Strategi perniagaan:
lihat KELEBIHAN pesaing dan cipta kelainan.
Kelebihan kedai tersebut ialah burger steamnya. Jadi kita cipta kelebihan kita, sebagai contoh buat burger BBQ roasted. Secara tidak langsung anda akan hilangkan pesaing anda dan anda telah membuat satu industri yang baru. Anda telah berada di laut biru, kalau kita masih lagi bersaing dengan kelemahan pesaing kita, kita masih lagi berada di laut merah. Penuh dengan darah. Pancung-memancung dan masih pada tahap itu, bertungkus lumus mencipta kelainan atas kelemahan. Saya pun baru separuh baca buku BLUE OCEAN STRATEGY, insyaAllah kalau sudah siap habis baca, saya buat summary.
Kemuncak bagi seminar ini adalah ceramah motivasi 20min oleh Dato’ Dr. Azman Ching. Dahsyat. Sungguh powerful. Sampai dalam kereta, siap minum dan sampai ke rumah masih lagi tergiang-giang kata-kata dan gaya-gaya yang kelakar tetapi memberikan kesan. Kali pertama berjumpa Dr. Azman Ching face to face. Bersemangat!
Seminar percuma ini merupakan pengenalan bagi program PBS yang akan datang. Program 3D2N, online community (peoplelogy) dan mcam-macam lagi. Program ini bukan sahaja untuk orang yang sudah ada perniagaan tetapi juga orang baru hendak memulakan perniagaan ataupun tiada lagi idea tentang perniagaan. Anda akan diajar step by step untuk berjaya dalam perniagaan. Banyak trainer, member peopleprenuer dan mentor yang boleh memberi tunjuk ajar.
Untuk seminar yang seterusnya, saya akan updatekan di blog ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu perniagaan dan berjumpa dengan orang yang telah berjaya di dalam perniagaan.
August 3rd, 2009 at 12:20 pm
salam..
macam mana bole join prog free ni..?
dpt invitation ke bro..?
untung btol dpt join prog yg ade penceramah hebat, tanpa kos..
August 3rd, 2009 at 3:24 pm
Salam naim,
Join program ini tak perlukan invitation pun, kalo selalu merayap kat blog sifu Irfan Khairi sure dapat tahu seminar-seminar yang dianjurkannya. Kalo hendak tahu update, sila layari:
http://www.irfankhairi.com/mentor/iknazman/
tapi, yang latest dah lepas. Tunggu je la, bila ade peluang lagi.