Thu 7 Feb 2008
Rakyat Malaysia kurang rancang kewangan peribadi
Posted by Najib Mohamed under Blog SeharianNo Comments
Mmm.. topik yang menarik untuk diperbincangkan. Susulan daripada petikan Utusan Online 6 Februari 2008.
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan, demikian menurut satu kaji selidik CitiBank Bhd. Kaji selidik itu, Citi Financial Quotient (FIN-Q) mendapati, berdasarkan kepada keputusan keseluruhan ditunjukkan dalam 11 bidang topik kewangan utama, keputusan dari Malaysia menunjukkan purata skor Citi FIN-Q ialah 49 daripada 100. Selebihnya 59 peratus rakyat Malaysia yang dikaji selidik itu mencatatkan 49 mata dan ke bawah. Kaji selidik FIN-Q itu yang terdiri daripada 400 temuramah dalam talian mempunyai 30 soalan setiap satu di seluruh Malaysia, dilaksanakan untuk menentukan tahap pemahaman di kalangan rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan mereka.
Emm.. nampaknya masih ramai yang tidak ada kesederan mengenai perancagan kewangan peribadi. Mungkin ada sesetengah yang tahu, tetapi tidak mengaplikasikannya dan mengamalkan cara hidup yang senang dan membazir. Jikalai hendak diikutkan, perancangan kewangan menjadi perkara yang lumrah bagi mereka. Lihat kawan saya sahaja (dia ialah seorang rakyat german), setiap sen yang dikeluarkan walaupun sesen, tetap dicatat di dalam buku peribadinya. Jika kita lihat sememangnya cerewet, tetapi ini isu yang melibatkan kewangan. Bak kata sesetengah orang tidak cukup sesen, tidak sampai angka sejuta. Saya berharap agar satu hari nanti, rakyat Malaysia akan sedar mengenai kepentingan perancangan kewangan. Banyak aktiviti yang diusahakan oleh badan kerajaan dan swasta untuk menyedarkan orang ramai mengenai kewangan. Seperti program Duit Saku untuk mengajar erti kewangan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Satu laman web yang berguna untuk perancangan kewangan ialah www.bankinginfo.com.my . Rakyat Malaysia harus bermula sekarang untuk mula berfikir, belajar dan merancang masa depan kewangan mereka.
Dikesempatan ini kami di perfectexcel.com ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada seluruh warga siber dan rakyat Malaysia.