Tue 18 Nov 2008
Assalamualaikum!
Semalam kami baru ziarah beberapa rakan-rakan yang tak sempat kami ziarah masa bulan raya. Semasa bulan raya tu memang tak sempat nak beraya kerana sibuk berpindah ke rumah di Bandar Teknologi Kajang. (ada sesiapa penghuni tempat yang sama?). Tempat saya tinggal di Seksyen 6 (fuh, macam tulis karangan sekolah rendah pulak) iaitu seksyen terakhir di Bandar Tek (nama pendek Bandar Teknologi Kajang) sebab itulah ada short cut daripada Bangi nak ke rumah saya. So, kiranya rumah ni dekat dengan Bangi (10 min from UKM to my place) dan dekat juga dengan Kajang, Semenyih dan dekat dengan Putrajaya (kawasan hartanah favourite kami!). Anyway, asalnya kami pilih tempat tu pun sebab dekat dengan UKM tempat saya kerja. Jiran kanan kami pun professor yang mengajar di UKM. Dan jiran yang rumahnya berbandung dengan rumah kami (sebab rumah semi-D) rupa-rupanya anak taukeh developer rumah kami ni (so, dia renovate rumah dia habis-habisan plus dah tukar warna cat rumah dia 3 kali sebab bakal isteri dia tak berkenan etc. Bertuahnya jadi anak dan menantu developer yek. Wang tak jadi hal kot bagi dia. Tapi yang bagusnya tembok sebelah rumah kami pekerja dia tolong cat. Jimat jugak kami. He-he).
Jiran belakang rumah kami namnya Mr Chong. Sejak akhir-akhir ni kalau dia balik kerja (sekitar 11 malam gitu) mesti bau durian. So, kami saja buat spekulasi agaknya dia ni taukeh durian kot (spekulasi rambang je. Jangan percaya). Jiran belakang yang lagi satu ni orang Norway dan isterinya orang melayu. Si suami ni chef di restoran Perancis. Jiran lagi satu ada syarikat Home Decor di bangi (jadi, rumah dia memang cantik sangat dia buat deco. Kiterang nak tiru sikit-sikit rumah dia nanti. He-he). Itulah 5 orang jiran yang paling dekat dengan kami dan pernah kami berbual. Dalam Islam jiran kita ialah 40 buah rumah ke kanan, 40 buah rumah ke kiri, 40 buah rumah ke depan dan 40 buah rumah ke belakang. Tapi belum sempat nak berkenalan dengan semua sebab masing-masing kerja dan sebagainya.
Yang bestnya rumah kami ni terletak atas bukit dan nampak semua pemandangan indah di bawah sana dan boleh nampak Genting nun jauh di sana. Tempat ni berangin. So, harap-harap semuanya bagus. Dan tips untuk anda yang nak beli rumah dan serius untuk menghias dan mengisi rumah anda (termasuk lanskap, kabinet etc) : sediakan wang dengan nilai separuh daripada nilai rumah anda untuk tujuan ini. Sebab semakin mahal rumah anda, maka semakin besarlah rumah anda dan semakin banyaklah wang diperlukan untuk mengisi dan menghias rumah anda. Wassalam.