Mon 1 Sep 2008
Kejam celik.. Kejam celik.. kita sudah berada di bulan Ramadhan yang mulia. Bersyukur pada yang Esa kerana diberikan nyawa untuk bertemu pada ramadhan kali ini, memberikan peluang kepada kita untuk beramal ibadah dan mengalami nikmat puasa. Jadi jangan pula pagi ini kita buat-buat lupa nak pergi sarapan pagi di kedai mamak. Bagi yang berpuasa, jangan sahaja menahan lapar dan dahaga, tunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baik mungkin.
Ramadhan kali ini, saya berkesempatan untuk berpuasa 12 hari di bumi Jerman ini. Jauh dari isteri yang tersayang dan keluarga. Tetapi InsyaAllah kita akan bertemu dan menyambut separuh Ramadhan bersama dan juga Aidilfitri yang mulia.
Walaupun berpuasa, banyak juga agenda yang telah saya rancangkan setibanya saya di Malaysia nanti. Saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Bulan Ramadhan bukan menjadi penghalang untuk kita melakukan apa jua kerja, malah sepatutnya memberikan kita banyak masa untuk memajukan diri kita, agama dan bangsa. Maklumlah kita ada banyak masa yang terluang, kita tidak perlu untuk bersarapan, kita tidak perlu makan tengahari. Tetapi yang pelik, masa tersebut di kumpul di petang hari untuk keluar awal dari tempat kerja semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa di pasar Ramadhan. Jadi ini tiada bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Berusahalah untuk berubah, tingkatkan produktiviti kita pada bulan yang mulia ini.
Selamat mengimarahkan bulan yang mulia, Bulan RAMDHAN Al-Mubarak. Salam Ceria dari bumi Jerman