aidiladha.jpg

 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog perfectexcel.com – Tips Pelaburan, Perniagaan dan Motivasi. Semoga kita dapat mengambi ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang mengambarkan kemuncak keimanan, kecermelangan dan kesabaran terhadap segala suruhanNya.

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pengorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang bergolek, sebaliknya tanpa pengorbanan seperti pelajar akan gagal, pentabir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah, contohnya pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentabir, para pemimpin dan sebagainya.

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pengorbanan dan juga yang kita dapata pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayati dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

******

Ya Allah! pada hari dan bulan yang penuh makna ini kami memohan kepada-Mu agar diberkati kemerdekaan negara kami Malaysia yang tercinta. Kekalkanlah kemakmuran, keselamatan dan kedamaian bumi tumpah darah kami ini, hindarilah negara kami dari segala malapetaka dan bencana, kami memohan kepada-Mu, ya Allah supaya diberikan petunjuk agar kami sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan tidak mementingkan diri sendiri, hindarilah kami dari perasaan buruk sangka, dengki dan khianat sesama saudara kami, suburkanlah perasaan muhibbah dan semangat toleransi dengan pelbagai rumpun bangsa di tanah air kami, berikanlah kami kekuatan agar dapat mengawal nafsu dari berkata sesuatu yang bakal memecah belahkan kami dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kekuatan jihad untuk rajin berusaha membangunkan agama, bangsa dan negara. Jadikanlah kami umat yang cemerlang dimata dunia dengan kekuatan ekonomi, akhlak dan teknologi, agar kami dapat memperkukuhkan pembangunan negara dan mempertahankan maruah kemerdekaan yang Engkau anugerahkan kepada kami.

Akhirnya Ya Allah kami memohan agar dikekalkan kemerdekaan negara ini. Janganlah diulangi lagi sejarah penjajahan yang akan memenjarakan seluruh jiwa raga kami di bawah telunjuk para penjajah seperti yang pernah dideritai oleh nenek moyang kami terdahulu. AMIN-AMIN YA RABBAL ALAMIN.