Assalamualaikum w.b.t,

kad-raya.JPG

Apa khabar kepada semua para pembaca dan pelawat www.perfectexcel.com yang sentiasa dialu-alukan? Mudah-mudahan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang pada bulan Ramadhan yang lalu dan Alhamdulillah kerana kita diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk menyambut Syawal 1430H.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ampun dan maaf seandainya terdapat salah dan silap sepanjang yang menulis artikel dan berinteraksi dengan anda di dalam alam maya ini mahupun perkara lain. Bagi pihak kami, anda adalah pelawat dan pembaca yang amat kami hargai dan kami gembira sepanjang penulisan artikel-artikel kami. Kami doakan yang terbaik untuk anda dari segi perniagaan, kekeluargaan dan pekerjaan.

Kami panjatkan doa, agar Ramadhan ini bukan merupakan Ramadhan yang terakhir dan kita semua akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang untuk terus beribadat di bulan yang mulia ini.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H, MAAF ZAHIR BATIN. Pandu cermat, jiwa selamat. Berhati-hati di jalan raya.