Thu 11 Dec 2008
Siapakah sebenarnya orang yang berilmu?
Posted by Dr. Ain Jamil under Blog Seharian , Motivasi[5] Comments
Pagi ni saya menonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1. Seperti biasa, ada banyak segmen menarik dan berinformasi yang akan dibincangkan dalam rancangan tersebut. Salah satu segmen yang menarik pada hari ini ialah tentang graduan yang menganggur.
Salah seorang motivator iaitu Dr. Mohd. Shafie Md. Amin telah dijemput dalam segmen bertajuk SIAPAKAH SEBENARNYA ORANG YANG BERILMU. Di Malaysia, semua orang menganggap orang yang berpelajaran tinggi itu berilmu dan dipandang mulia. Semudah itu label BERILMU diletak kepada seorang manusia. Tetapi kenapa ada orang yang berpelajaran tinggi bunuh diri? Mendera anak? dan melakukan pelbagai lagi perbuatan yang layak dilakukan oleh orang yang bodoh atau gila sahaja. Di sini lah terlihatnya perbezaan antara orang hanya memiliki ilmu teknikal dengan orang yang memiliki ilmu kepimpinan dan pengurusan.
Kajian yang dilakukan oleh Harvard Business School mendapati bahawa 85% daripada kejayaan individu dan organisasi bergantung kepada ilmu peraturan alam dan sikap (pengurusan dan kepimpinan). Dan hanya 15% disumbang oleh ilmu teknikal. Di manakah ilmu kepimpinan dan pengurusan ini dapat diperolehi sedangkan di sekolah-sekolah, 85% ilmu yang disampaikan adalah ilmu teknikal? Hal ini berlarutan hinggalah ke menara gading yang menyebabkan para graduan terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara menghafal dan memuntahkannya di atas kertas peperiksaan hingga menyebabkan mereka rasa kekok untuk mencari pekerjaan sendiri di dunia sebenar atau dengan erti kata lain, hidup berdikari dan bersaing.
Menurut Dr. Mohd. Shafie, punca para graduan Malaysia menganggur adalah kerana mereka kurang kreatif untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang menyebabkan mereka mengharapkan pekerjaan itu disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Yang kedua, berpunca daripada para graduan yang kurang dilatih dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan yang datangnya daripada Al-Quran. Kekurangan penghayatan dengan kitab Al-Quran menyebabkan ramai pelajar megharapkan pendidikan sekular yang mereka perolehi membantu mereka untuk hidup senang dan kaya raya kelak.
Wakil daripada Kementerian Sumber Manusia turut dijemput untuk mengulas isu graduan menganggur dan mereka menyatakan bahawa dalam keadaan ekonomi yang agak gawat kini, tidak mustahil para graduan boleh mendapat pekerjaan yang sesuai asalkan tidak memilih. Walau apapun kerajaan tidak dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak kepada para graduan buat masa ini dan menasihatkan para graduan supaya melihat sebuah dimensi baru dalam alam kerjaya iaitu menjadi seorang usahawan.
So, macam mana kepada para graduan di luar sana, pilihan terletak di tangan anda sama anda untuk memberanikan diri mencari dan melakukan sebarang pekerjaan (asalkan halal) atau menunggu bulan jatuh ke riba iaitu dengan erti kata lain menunggu pekerjaan datang kepada anda. Pekerjaan kita sebenarnya tidak semestinya menggambarkan kelulusan kita. Ya, ijazah itu penting kerana Knowledge is Power. Tetapi ia hanya akan jadi Power jika kita kreatif menggunakannya ke jalan yang betul dan diredhai tuhan. Akhir kata Dr. Mohd. Shafie, jadilah orang yang berilmu dengan erti kata sebenar kerana ramai tokoh korporat sebenanrnya lahir daripada mereka yang kurang ilmu teknikal tetapi kaya dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan.
December 12th, 2008 at 9:59 pm
Good article as always. Keep it up and hope your readers benefits from this articles of yours and move forward!
najib: Thanks, ondastreet! Same goes to you.
December 25th, 2008 at 11:21 pm
Salam sejahtera…
Sebuah artikel yg menarik utk dibincangkn… Aku sendiri pernah merasa betapa seksanya bertitle “penganggur”. Hanya golongan yg terpilih menjadi “penganggur” yg faham apa yg dorang rasa.. Cakap memang mudah tapi bahu yang memikul lebih berat dari mata yg memandang.. Aku pernah menjadi penganggur selama 1 tahun slps graduate dari sebuah IPTA.. Akhirnya aku berputus asa cari keja, dan sambar je keja yg ada.. Dalam sebulan dapatlah aku gaji bersih sekitar RM600.. Bayar sewa, bil (elektrik, air, telefon, internet), bayar PTPTN (RM200), makan minum pun tak cukup.. Duit zaman sekarang takde nilai bukan mcm zmn dulu2.. Persoalannya di sini kita tak boleh salahkan “penganggur” semata mata.. Bukan mereka memilih kerja.. Tapi kos hidup yang terlampau tinggi zaman sekarang yang memaksa mereka memilih.. Selain daripada itu, masalah nepotisme @ kronisme jg sering berlaku sama ada dalam agensi awam dan jg swasta.. Aku sendiri pernah menjadi “hiasan” sewaktu interview sedangkan calon sudah ada.. Interview hanya sekadar satu prosedur sahaja.. Lain kalilah aku ceritakan pengalaman “hiasan”, tunggu tajuk kronisme @ nepotisme dibincangkn.. Walau apapun yg berlaku life must go on.. Jgn putus asa.. Yg penting dapat pengalaman walaupun gaji kecik.. Think positive.. Memang tak dinafikan sistem pendidikan di negara kita terlalu berorientasikan peperiksaan hinggakan nilai2 komunikasi sosial menjadi terpencil.. Keadaan ini akan menyebabkan graduate gagal bersaing di dunia yg sebenar.. Syukurlah kini aku dah ada kerjaya tetap sbg seorg pendidik stlh menamatkan DPLI/KPLI.. Sblm mengundur diri minta maaf kalo ada tersilap kata..
January 2nd, 2009 at 1:14 am
Cerita teori boleh la, nak tahu pandai ke bongok cuba la buka bisnes sendiri, kalau tak berani lawan bisnes cina tak payah nak cerita teori beb
June 3rd, 2009 at 5:08 pm
salam…
mmg bagus topik ni sbb sem dpn ak kne uat tesis bab usahawan….
wala…..
December 19th, 2009 at 6:04 pm
pendapat kuno pokcik plak…
org yg berilmu…
adalah org yg benar2 menggunakan otak dan fikiran yang telah di anugerah Allah swt