Sun 26 Aug 2007
Diam tak diam dah seminggu saza berada di tanah air bumi yang permai ini, Malaysia. Bestnya rasa. Macam-macam ada. Bersama dengan orang yang tersayang, berkongsi cerita dan sebagainya. Ye lah lebih kurang setahun sudah ‘sibuk’ dengan urusan kerja dan pembelajaran, kadang-kadang kita tidak ada masa untuk bersembang panjang dengan orang yang tersayang di telefon. Masa ini lah mesti diambil dengan sebaik-baiknya. menghargai setiap masa yang ada.
Kadang-kadang apabila rasa berjauhan, kita sahaja membuatkan diri kita sibuk untuk melupakan sebentar orang yang kita sayangi. saya rasa itu penting, sayang tetap sayang, tetapi kerja seharian perlu dilakukan dengan effektif. Buatkan rasa sayang anda itu sebagai pembakar semangat anda untuk membuat kerja dan berjaya dalam kerja seharian. Setelah berjaya, manjakan dan upah diri anda dengan satu panggilan untuk menghubungi orang yang tersayang, menceritakan apa yang berlaku dan mendengar cerita daripada orang yang tersayang.
Walaupun sekarang berada di Malaysia dan bercuti, hakikatnya tidak bercuti. Sekarang masih lagi sibuk menguruskan perniagaan di Malaysia. Perniagaan pencetakan danĀ Jus 23 Herba. Maklumlah sekarang sudah masuk bulan Syaaban dan tidak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan, makin banyaklah tempahan kad raya dan sampul duit raya yang saya terima. Mudah-mudahan semua tempahan dapat dipenuhi dan tepat pada masanya. InsyaAllah, minggu hadapan saya dan Ain akan membuat satu ‘talk’ kesihatan bersama Jus 23 Herba di Kota Tinggi. Tengoklah macam mana sambutannya di sana. Kota Tinggi adalah kawasan baru yang belum ada pengedar. Jadi kami memerlukan pengedar di sana untuk memenuhi permintaan.