Hujung minggu lepas saya membantu pasangan suami isteri ini menjalankan sebuah program bisnes kami di Johor. Alhamdulillah, kehadiran tetamu sangat menggalakkan di samping jualan jus 23 herba kami juga sangat menggalakkan hingga tak cukup tangan nak melayan! Tak sangka untuk permulaan Man Jaim dan Cik Ida dapat menarik hadirin yang ramai. Saya membantu dengan memberi penerangan tentang produk kepada hadirin dan majlis berjalan dengan ceria serta berlaku komunikasi 2 hala. Saya kagum dengan kesungguhan pasangan ini menjalankan bisnes walaupun hanya sebagai aktiviti sampingan mereka sahaja. Mereka mula terlibat dalam bisnes ini setelah mendapati produk ini dengan izin Allah dapat membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan mereka dan memberi kesan yang sama juga kepada rakan-rakan mereka. Niat mereka adalah untuk menyebarkan maklumat yang berguna untuk kesihatan kepada orang ramai. Dalam bisnes ini saya sememangnya mengagumi beberapa pasangan suami isteri yang sama-sama berganding bahu menjalankan perniagaan. Antaranya Tn Hj. Aziz & Kak Aisah, Dr. Tajul & Kak Zaharah, Tn. Hj. Md. Taib & Kak Su dan ramai lagi. Salah satu ciri yang saya dapat lihat adalah mereka sangat tenang tetapi banyak strategi. Walaupun mereka tidak menjalankan bisnes ini secara sepenuh masa, tetapi mereka tetap gigih dan terbukti cemerlang. Motivasinya, persefahaman itu sememangnya dapat menjana sesuatu yang positif!

Note: Tahniah kepada Dr. Juhari yang berjaya melangkah ke satu lagi peringkat iaitu sebagai National Marketing Director Malaysia. (Beliau begitu sebak hingga tidak sempat berucap lebih panjang pada hari penghargaan). Tahniah Dr!