Semalam sementara menunggu barang-barang kabinet rumah sampai saya bersembang dengan taukeh pembuat cabinet yang tiba lebih awal di rumah saya. Owh, tentunya dia bangsa Cina kerana saya panggil dia taukeh. Saya bertanya kepada taukeh bagaimana dengan bisnes ‘sempena’ dengan kekalutan politik negara kita dan kekalutan ekonomi sedunia. Kata taukeh, memang bisnes ‘slightly’ merosot tetapi masih boleh survive kerana yang penting usaha kena lebihlah. Sebenarnya rakyat Malaysia ni telah ditakutkan dengan cadangan harga minyak naik menyebabkan kebanyakan orang mula berjimat hingga menyebabkan kegiatan ekonomi mulai lembap (tapi belum habis lembab lah). Petanda ekonomi masih ok ialah masih ada lori-lori mengangkut barang ke sana sini (ada aktiviti perniagaan) dan masih banyak kereta bersimpang siur di jalan raya (ramai orang masih keluar bekerja dan shopping mungkin). Sampai suatu tahap apabila lori-lori besar dah mulai berkurangan menyesakkan jalanraya maka itulah petanda awal ekonomi merosot. (ampun maaf kepada pakar ekonomi, saya bukan pakar seperti anda yang boleh mengeluarkan statistik dan teori sebenar. Ini andaian melalui pengamatan sahaja).

Menurut kata taukeh, mereka tak kisah pun sama ada harga minyak naik atau turun, mereka tak akan bising-bising dan buat rusuhan atau menulis blog menghentam orang lain sebaliknya akan terus bekerja keras untuk menampung kos penggunaan minyak yang semakin meningkat. Mereka akan terus bisnes dan memajukan bisnes walaupun badai melanda. Mereka tak kisah sesiapapun memerintah negara asalkan tiada pergaduhan dan peperangan yang menyebabkan mereka tak boleh bisnes lagi. Mereka tiada masa nak bergaduh atau berdebat tentang minyak kerana setiap saat sangat berharga untuk mereka menjana wang. Dan yang paling mengejutkan saya kata si taukeh – bagi mereka, harga minyak di Malaysia ini sangatlah murah berbanding dengan negara-negara lain yang keadaan sosioekonominya setaraf dengan negara kita dan kerana itu mereka BERSYUKUR yang amat sangat. Peliknya segelintir rakyat negara kita suka membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara lain yang tentunya taraf hidup rakyatnya dan keadaan geografinya jauh berbeza berbanding Malaysia… (saiz sumber lingkaran minyak, kedudukan sumber minyak dsb).

Bangsa si taukeh sebenarnya pelik dengan sikap bangsa kita. Mereka bersyukur dengan apa yang ada di negara kita dan mengambil peluang tersebut untuk mengaut keuntungan sebanyak banyaknya daripada kemakmuran negara kita tanpa banyak soal. Tetapi bagaimana dengan bangsa kita ni? Ada-ada sahaja komplen. Berkemungkinan kerana bangsa taukeh ni kebanyakannya berniaga dan banyak menguasai kegiatan ekonomi negara kita menyebabkan cara mereka berfikir berbeza dengan bangsa kita yang kebanyakannya bekerja makan gaji. Orang yang makan gaji bersama dengan gaji yang tak naik-naik mestilah takut dengan harga minyak yang kian meningkat sebab harga barang harian juga meningkat. (ha, mulalah orang yang makan gaji nak marah saya tu). Janganlah marah, saya pun bakal bekerja dengan government. Dan saya tahu ramai yang bekerja makan gaji tetapi dengan gaji yang lumayan.. Cuma orang yang berniaga sebenarnya mempunyai keupayaan yang lebih untuk mempertahankan cara hidup mereka dengan syarat sanggup untuk mempertingkatkan usaha mereka (macam yang taukeh cakap tadi lah).

Itulah hakikatnya betapa berbezanya motivasi bangsa mereka dengan bangsa kita yang mengharapkan semuanya melalui subsidi dan minyak, diesel kalau boleh nak percuma dan tak habis-habis mempertahankan ahli politik kegemaran masing-masing. Apa kata kalau kita berusaha pula untuk jadi taukeh?

p/s: bakal taukeh kopi, kambing dan ayam kampong