Mon 18 Jan 2010
THE PRICE OF GETTING RICH IN MULTI-LEVEL MARKETING
Posted by Dr. Ain Jamil under Blog Seharian[3] Comments
Assalamualaikum,
Apa khabar kepada para pembaca Perfect Excel? Ramai juga yang bertanya sama ada kami menjalankan lebih daripada satu jenis MLM untuk menjana kekayaan dalam MLM? Saya dengan berbesar hati menjawab bahawa kami hanya menjalankan 1 jenis sahaja MLM iaitu Lifestyles Global Networks semenjak 3 tahun lalu. Kami tidak buat ‘macam-macam’ jenis MLM. Segala tips yang dikemukakan adalah berdasarkan pengalaman kami dalam syarikat MLM yang satu ini. Nama syarikat ini mungkin tidak popular mengikut hemat anda di Malaysia, tetapi syarikat ini sudah bertahan dunia semenjak 1989 (21 tahun). Disebabkan itulah saya memilih syarikat ini untuk menjana kekayaan. Itu pilihan saya. Anda pula mungkin memilih syarikat MLM lain disebabkan oleh pelbagai jenis faktor lagi. Jadi teruskanlah perjuangan anda! Selamat berjaya.
Topik kali ini ialah harga yang perlu dibayar untuk menjadi berjaya dan kaya dalam MLM. Seringkali ramai orang salah faham tentang MLM kerana menyangka menjadi kaya dalam MLM ni mudah. Ya, memang mudah kalau anda sanggup bayar HARGA nya.
Begini analogi yang saya ingin kongsikan dengan anda:
Katakanlah anda ingin memiliki badan selangsing model di televisyen. Anda amat mengagumi model tersebut dan berangan-angan untuk mengempiskan perut dan menghilangkan lemak supaya jadi cantik dan menggiurkan macam model tersebut. Tetapi sanggupkah anda membayar HARGA untuk menjadi selangsing model tersebut?
Jawapan A: Ya, saya akan membeli pil mengempiskan perut dan produk-produk untuk melangsingkan badan. Saya sanggup mengeluarkan wang untuk menjadi langsing seperti model tersebut.
Jawapan B: Ya, saya akan berjogging dan bersenam 1 jam sehari, setiap hari. Menghindarkan makanan berlemak, mengelakkan fast foods dan menjaga kesihatan saya.
Mana satu jawapan anda? Jawapan A adalah jawapan orang yang malas, tidak sanggup bersusah payah untuk melangsingkan badan. Tetapi memilih jalan pintas untuk menjadi langsing tanpa mengambil kira faktor kesan pil pelangsing terhadap kesihatan mereka.
Jawapan B ialah long way untuk menjadi langsing iaitu perlu bekerja keras untuk menjadi hebat dan dalam masa yang sama mengekalkan kesihatan mereka!
Begitu juga dalam MLM, jikalau kita tidak sanggup membayar HARGA untuk menjadi kaya, usahlah bermimpi menjadi kaya dengan MLM. Apakah harga yang saya maksudkan ini? Lihat semula jawapan B tadi. Ya, untuk menjadi kaya dalam MLM perlulah berkorban dari segi masa dan tenaga (tetapi bukan wang kan?). Apa-apa jenis pekerjaan pun menuntut masa dan tenaga kita kan? Tetapi dalam MLM, lebih banyak masa dan tenaga diperuntukkan, lebih banyak networking dan wang dapat dijana walaupun asalnya kita bermula dengan zero RM. Lebih banyak networking yang anda bina, lebih banyak tenaga dan masa anda dapat hasilkan. Lihat sahaja, hasilnya jika anda mempunyai networking yang ramai.
Hasil (H) = Masa (m) x Tenaga (T)
Untuk berjaya dalam MLM wajarlah memperuntukkan masa menghadiri kelas-kelas dan seminar yang berkaitan. Kecantikan networking dalam MLM ialah kita akan memperolehi banyak ilmu dari ramai orang yang menjalankan perniagaan MLM yang sama. Kita boleh charge energy dan motivasi kita hanya dengan bertemu upline, sideline dan downline untuk meneruskan perniagaan MLM. Oleh kerana kita berada dalam networking yang sama, tidak timbul rasa iri hati malahan kita akan semakin bekerjasama demi perniagaan yang dijalankan.
Jadi, kepada anda yang telah menyertai mana-mana MLM dan rasa dah give up, lembab, hanyut dan tertidur, bangun dari sofa empuk tempat anda selalu terperonyok menonton Astro setiap malam, keluar dari rumah dan cari upline dan networking anda semula! Selesaikan misi anda dalam MLM iaitu menjadi KAYA RAYA dengan MLM. Bayarlah harga untuk menjadi kaya raya dalam MLM. Jikalau ada masalah, berjumpa dengan upline anda yang komited dan update perkembangan terkini syarikat MLM anda. Kemudian, mula bertindak dalam networking anda. Masih belum terlambat untuk menjadi kaya raya dalam MLM asalkan anda sanggup membayar HARGAnya.
Regards and wassalam.
January 26th, 2010 at 4:42 pm
tapi masih ramai lg org yg ambil mudah untuk join MLM… kdg2 nk ajak g kursus pun ssh… yg nk kaya dia jgk… bkn org lain. Bila MLM xjadi mula salahkan org…
February 3rd, 2010 at 12:10 am
I was very pleased to find this site.I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you post.
February 10th, 2010 at 6:19 pm
yup.. stuju dgn apa yg dituLis..
Sgt menarik utk dibaca.. penuh dgn iLmu pengetahuan dan tunju ajar yg sgt berguna dlm dunia MLM..
Truskan dgn info2 yg lebih menarik, lengkap dan padat di masa akan datang.
Gud Luck..! Love it..