Wed 6 Aug 2008
Banyak betul isu-isu tentang ‘penyelewengan wang’ dilaporkan dalam berita saban hari.
Pada hari ini sahaja ada laporan berkenaan seorang anak (bertugas sebagai juruwang di pusat membeli belah) yang bersubahat melepaskan ibunya melalui kaunter tanpa membayar barang yang diambil. Dan nilai barang tersebut adalah RM176.55. Barang-barang yang ‘dicuri’ itu pula adalah Maggi, Ribena, tuala wanita, Perencah Nasi Goreng, perapi rambut dan serbuk kopi! Mereka ‘terpaksa’ mencuri untuk mengisi perut? Kasihannya..
Itu tak termasuk lagi kes penolong pengurus KFC yang bersubahat dengan kawannya (seorang penganggur) untuk merompak wang KFC bernilai RM42,000. (Mengapalah terdesak sangat budak umur 24 tahun tu mahukan wang sampai sanggup bersubahat)
Pengarah sebuah jabatan kerajaan di negeri X pula telah ditangkap atas tuduhan rasuah membabitkan projek oleh kerajaan pusat (saya tak hairan..)
Peninglah majikan dan kerajaan kalau begini….
Itu adalah kes-kes besar yang ‘tertangkap’ pekerja = penjenayah. Bagaimana pula dengan perniagaan-perniagaan atau institusi lain yang mungkin berlaku banyak lagi penyelewengan semacam ini.
Seorang businessman di sini menceritakan pelbagai skandal rasuah untuk membuka perniagaan di sebuah institusi yang terkenal. Mesti ada paling kurang RM20,000 untuk mendapat hak perniagaan selama sekian-sekian tahun (bukan selama-lamanya). Saya kurang pasti hal ini benar atau sebaliknya. Yang pastinya kata beliau nasib baik lah pihak yang ‘berkuasa’ masih mementingkan kaum bumiputera jikalau tidak, alamatnya orang Cina sajalah yang dapat hak perniagaan di situ kerana mestilah wang sogokannya lebih besar.
Terdiam saya mendengar cerita businessman tu. Tak tergamak nak mendengar panjang lebar lagi sebab bagi saya kisah-kisah ni sangat memualkan kerana membabitkan orang Muslim.
Patutlah Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah memberitahu punca anak-anak zaman sekarang semakin liar (berikutan isu kanak-kanak sekolah rendah membuat aksi seks sepertimana dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia) adalah akibat punca rezeki ibu bapa mungkin tidak bersih. Apatah lagi digunakan untuk memberi makan anak-anak yang akhirnya menjadi darah daging. Tambahan lagi jikalau punca rezeki tidak ‘dibersihkan’ dengan membayar zakat.
Ya, saya akui wang bukan segala-galanya tetapi lihatlah tanpa wang, macam-macam boleh berlaku. Wang itu tidak salah atau jahat (maklumlah kalau kita suka cakap pasal wang orang kata kita mata duitan pula ya). Ya, apa salahnya jika kita ‘mata duitan’ tetapi kita tetap membayar zakat, menderma, berkongsi kesenangan kita dengan ibu bapa yang membesarkan kita. Membantu anak-anak yatim, menunaikan haji dan umrah beberapa kali dan yang pastinya rezeki kita daripada yang halal belaka. Bukankah bahagianya jikalau kita dapat melakukan semua ini. Tak mengapalah jika orang-orang di luar sana mempersoalkan wang kita kerana Tuhan Maha Mengetahui. Dan paling penting kita tidak termasuk dalam golongan orang yang menyelewengkan wang seperti yang saya ceritakan tadi-demi kerana wang yang akhirnya menyusahkan masyarakat.
Semoga terbuka minda kita untuk menjadi Muslim yang kaya raya dan penuh keberkatan…
August 8th, 2008 at 1:10 am
ye benar…. wang tidak salah krn wang tiada akal dan mulut utk berbicara….. statement diatas mmg ada benarnye dan sy setuju.. kita diseru utk memantapkan segala ilmu utk menjadi umat yg bersih dan berekonomi….. yg salah adalah penyalahgunaan kuasa dan wang tanpa memikirkan hal2 lain yg tidak sepatutnye berlaku….. dgn keadaan yg berlaku skrg ni bnyk membuatkan ianya sbg satu pengajaran…… ketidakadilan mmg tidak ptt bermaharajalela dan berleluasa skrg ni…. satu penambahbaikan perlu dilakukan segera…..
Najib: Saya setuju dengan jejaka. Sememangnya perlu ada tindakan bagi mengubah keadaan ini. Yang paling penting, lengkapkanlah diri kita dengan iman, makan dan mencari rezeki yang halal, kerana semua yang berlaku berpunca dari diri kita sendiri.