MLM Coaching Program » · Register

Blog Seharian


“It is hard to hate others but not hate yourself “ – Oprah Winfrey

Assalamualaikum,

Apa khabar rakan-rakan di tahun 2010 ni? Tahun yang menjanjikan harapan baharu dan kejayaan kepada rakan-rakan yang ada kesedaran dan sedia berubah. Insyaallah.

Sepertimana yang saya sertakan di atas tadi, adalah quote dari hos wanita berkulit hitam paling terkenal dan terkaya di dunia iaitu Oprah Winfrey yang sekarang sudah berusia 56 tahun! Simple sahaja quote tersebut tetapi maksudnya cukup berharga untuk sesiapa yang mahu berjaya. Sebenarnya ramai orang-orang yang luar biasa hebat menerapkan quote yang lebih kurang sama dengan Oprah Winfrey ni seperti Irfan Khairi (Jutawan Melayu pada usia 26 tahun) kerana beliau pernah menulis, ”So, sekiranya ada orang take advantage on you, put your chin up and smile. Sabar dan redha kerana tak lama lagi anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda”. Lihat, mereka dah biasa dengan prinsip hidup yang satu ni iaitu ”Jangan sekali-kali membenci orang lain”. Kerana orang yang asyik benci membenci ni sebenarnya dia paling bencikan dirinya sendiri tanpa dia sedar! Ha, macam mana tu?

Kebanyakan orang yang suka menerapkan perasaan benci dan tak senang dengan kesenangan/kejayaan orang lain, tanpa disedari mereka akan mensabotaj mental dan jiwa mereka sendiri. Sampai suatu tahap, mereka tak sedar yang mereka membenci diri mereka sendiri. Orang yang mereka benci tu tak terjejas apa-apa pun (kadangkala semakin hebat pula tu) tetapi orang yang menyimpan perasaan benci dan hasad dengki ni yang akhirnya semakin terseksa jiwanya dan mudah jatuh sakit. Sungguh kasihan kan? Tetapi percaya tak orang yang bersikap seperti ini tak sedar bahawa perasaan bencinya itu memakan diri. Apatah lagi kalau perasaan benci dan tidak puas hatinya dituturkan kepada orang-orang lain di sekelilingnya. Semakin pantaslah sel-sel jiwa dan mentalnya rosak. Oh, kasihan betul (sambil menggelengkan kepala).

So, mari abaikan orang-orang macam ni. Apa yang kita boleh buat, contohi orang-orang yang hebat di sekeliling kita. Orang-orang yang hebat dalam perniagaan, kerjaya dan kehidupan sebenarnya tidak ambil pusing hal orang lain tetapi sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri dan paling penting menghargai dan mengalu-alukan kejayaan orang-orang di sekelilingnya. Sikap macam ni lah yang kita nak. Percayalah, kalau kita gembira dan berlapang dada kawan-kawan kita naik pangkat, saudara mara kita jadi kaya raya, adik beradik naik gaji, jiran-jiran kita dapat durian runtuh, insyaallah kalau kena gayanya kita akan dapat benda yang sama macam orang-orang tu suatu hari nanti. Kenapa? Sebab inilah yang dinamakan Hukum Alam!

So, bersangka baik tu amat penting untuk jadi jutawan macam Oprah Winfrey dan ramai lagi jutawan dari seluruh dunia. Bukan harta dunia sahaja yang kita nak, tetapi jiwa yang bersih dan berlapang dada tu lebih penting lagi untuk kejayaan kita dunia & akhirat.

utk blog 74

Regards & wassalam.

Temui kami di Karnival Jom Heboh pada 4,5 dan 6 Disember 2009 di Stadium Bukit Jalil, 10am-10pm, Booth No. 34.
Penampilan istimewa Irfan Khairi (IK) dan Abang Abu pada 6 Disember 2009, 5pm. Jumpa anda di sana.

p/s: saya juga akan berada di sana pada hari Sabtu & Ahad!

Apa khabar anda semua? LUAR BIASA HEBAT!? Saya sebenarnya baru balik dari Boot Camp PBS. Apa yang boleh saya ungkapkan; SUPERB! MARVELOUS! WUNDERBAR! Begitu banyak yang dipelajari dari camp ini. Berkenalan dengan ramai orang yang mempunyai matlamat yang sama. Jadi, jika anda ingin mengetahui apa pengisian dan apa itu PBS, sertai prebiu PERCUMA di Midvalley Cititel, Kuala Lumpur 8.00pm Khamis 12 Okt 2009.

Pada hari ini PerfectExcel.com telah melancarkan satu aplikasi terbaru di blog ini iaitu PerfectExcel.com Newsletter. Secara kasarnya, newsletter ini akan berkisar kepada 3 topik besar :-

  1. Perniagaan
  2. MLM
  3. Motivasi
  4. Perkembangan blog

Isi kandungan dan artikelnya memang BERLAINAN daripada artikel di blog ini. Jadi, artikelnya penuh dengan informasi yang menarik dan saya rasa anda tidak perlu lepaskan peluang ini. Yang paling penting, ianya adalah PERCUMA! Isikan nama & email dan sertai kumpulan newsletter kami.

Sebagai penghargaan kepada ahli-ahli newsletter PerfectExcel.com, saya akan memberikan anda satu Laporan PERCUMA! mengenai Cara Membina Perniagaan Multi Billion Ringgit di mana sahaja dalam masa 7 hari! Jadi orang yang pertama memilikinya!


ebook

namaemail
Nama:
Email:


Diam tak diam dah 5 Syawal dah. So macam mana dengan hari lebaran anda? Gembira? Seronok? Kami masih lagi di kampung tetapi semua urusan perniagaan tetap dijalankan seperti biasa. Sesiapa yang sudah habis cuti, sudah bekerja, kami ucapkan SELAMAT BEKERJA, jangan malas-malas. Sesiapa yang hendak balik ke ibu kota, jangan malas-malas juga! Biasalah, sudah makan macam-macam selama 5 hari ini, bersenang lenang tak perlu fikir pasal kerja yang memboringkan dan macam-macam lagi, membuatkan kita kurang motivasi.

Kurang motivasi walaupun anda dulu seorang yang bermoivasi? Di sini saya bagi satu tips yang mana saya selalu amalkan. Saya suka menonton klip-klip video yang memberikan motivasi kepada kita. Bukan untuk saya sahaja, tetapi saya suka untuk berkongsi klip-klip ini kepada ahli kumpulan saya agar mereka juga sentiasa bersemangat.

Baru-baru ini saya banyak menontokn klip-klip video dari filem yang berunsurkan sukan yang mana jurulatih memberikan kata-kata semangat yang ringkas, memberi impak di dalam bilik persalinan. Saya sentiasa mencatat apa yang mereka katakan, kadang-kadang meniru gaya mereka dan nada suara mereka. hehe.. macam berangan pula. Agar saya boleh praktikkan di kemudian hari. Saya rasa anda pun begitu juga.

Ambil catatan tidak memadai. Kalau boleh ikut gaya mereka. Kajian Prof. Albert Mehrabian menunjukkan 55% komunikasi bergantung kepada body language, 38% nada suara dan 7% adalah ayat.

Jika anda ingin memberikan semangat kepada rakan kongsi anda atau ahli kumpulan anda, pastikan anda tahu untuk memberikan kata-kata semangat. Jika tidak, kata-kata tidak memberikan sebarang kesan. Kebanyakan CEO mempunyai penulis professional untuk menulis syarahan mereka. Kata-kata tersebut bagus, tetapi jika tidak disampaikan dengan berkesan, seluruh syarahan menjadi hambar dan tidak berkesan.

Antara klip video yang menarik untuk dikongsi kepada anda semua!

Assalamualaikum w.b.t,

kad-raya.JPG

Apa khabar kepada semua para pembaca dan pelawat www.perfectexcel.com yang sentiasa dialu-alukan? Mudah-mudahan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan cemerlang pada bulan Ramadhan yang lalu dan Alhamdulillah kerana kita diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk menyambut Syawal 1430H.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ampun dan maaf seandainya terdapat salah dan silap sepanjang yang menulis artikel dan berinteraksi dengan anda di dalam alam maya ini mahupun perkara lain. Bagi pihak kami, anda adalah pelawat dan pembaca yang amat kami hargai dan kami gembira sepanjang penulisan artikel-artikel kami. Kami doakan yang terbaik untuk anda dari segi perniagaan, kekeluargaan dan pekerjaan.

Kami panjatkan doa, agar Ramadhan ini bukan merupakan Ramadhan yang terakhir dan kita semua akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang untuk terus beribadat di bulan yang mulia ini.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H, MAAF ZAHIR BATIN. Pandu cermat, jiwa selamat. Berhati-hati di jalan raya.

Assalamualaikum semua, Apa khabar pada hari ini? Hari isnin, Moday Blue… Hari ini, saya ingin coretkan apa yang tersimpan di lubuk mata hati saya mengenai beberapa kejadia yang berlaku sejak kebelakangan ini. Mungkin ini tidak ada kena mengena dengan perniagaan, MLM atau sebagainya, tetapi sekadar untuk membawa pembaca berfikir mengenainya.

Nasib Islam di bumi Allah…

Baru-baru ini di Malaysia, kita gempar dengan kematian Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik Selangor. Kematiannya masih menjadi tanda tanya. Tetapi kenapa tiga parti politik Cina, MCA, DAP, Gerakan serta parti pembangkang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menunding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu siasatan. Mereka semua patut bertenang, Suruhanjaya Bebas Diraja telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Kenapa seorang Cina meninggal (masih dalam siasatan punca kematian), Malaysia seolah-olah seperti mahu kiamat atau dilanda tsunami. Kenapa jika seorang Melyu Islam dengan nasib yang sama, tiada Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan, tiada siasatan lanjut dan akhirnya kes itu senyap sampai sekarang tiada orang yang memperingatinya. Mungkin anda pernah mendengar nama, Mustakizah Jaafar,seorang eksekutif wanita syarikat pengedar video, ditemui mati di hadapan rumahnya dengan beberapa liang luka kesan tetakan di tengkuk, manakala bahu kirinya ditembusi peluru.

Apakah nasib kita?

Kejadian baru-baru ini di German, seorang jururawat hospital, Marwa El-Sherbini, ditikam 18 kali dan mati di dalam mahkamah akibat seorang warga German, Alex tidak puas hati kerana beliau memakai tudung. Suaminya, Elwi yang ingin menghalang Alex pula dikatakan penyerang. Kejadian tersebut berkesudahan begitu sehingga kumpulan warga Mesir bertindak, membuat bantahan dan tuntutan keadilan terhadap kematian Marwa. Nasib Marwa lambat dibela dan mungkin tidak akan dibela serta dilupakan.

Saya ingin bertanya, adakah anda sudah mengetahui cerita atau nasib malang yang ditimpa oleh Marwa? Saya pasti ramai yang tidak tahu. Media kita telah dikuasai oleh barat. Berita mengenai kesalahan orang Islam dibesar-besarkan.

Apa nasib kita?

Tahun lepas juga, negara kita kecoh mengenai perebutan jenazah seorang saudara baru. Sewaktu itu juga, agama Islam dan juga mahkamah syariah dikecam habis-habisan.

Apa nasib kita?

Penganut Islam Cina Uighur pula perlahan-lahan di’lenyap’kan oleh kerajaan China. Mana pembelaan nasib mereka? Mana sifat berperikemanusiaan penduduk dunia? Hanya orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina tidak Islam, sudah tentu mereka naik berang dan terus melompat.

Allah berfirman di dalam Al-Quran: Jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

« Previous PageNext Page »