Fri 24 Jul 2009
Anda pasti kenal dengan Allahyarham Tan Sri S.M. Nasimuddin A.M. Amin kan? Ya beliau adalah orang Melayu yang paling menonjol dalam industri automotif Malaysia. Beliau memulakan ‘kerjaya’ pada tahun 1975 dalam usia 21 tahun! Cukup muda bukan? Pada masa itu Allahyarham menubuhkan Syarukat Kumpulan NAZA bagi memulakan perniagaan menjual kereta terpakai secara kecil kecilan di Taman Maluri Cheras. Modal beliau pada masa itu hanya RM80,000 dan digunakan bagi membeli 20 permit import kereta untuk bumiputera (AP) dan berjaya mendapatkan 20 buah kereta import terpakai untuk dipasarkan di Malaysia. Dalam masa 3 bulan, kesemua kereta tersebut berjaya dijual dan anak muda ini memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda pada masa itu. Seterusnya beliau meneruskan usaha dengan membuka cawangan di Kampung Baru, KL pada tahun 1979 dan dalam tempoh sebulan, 60 buah kereta import berjaya dijual!
Paling menarik, bekas Perdana Menteri Malaysia memuji jasa dan pencapaian Allahyarham Tan Sri Nasimuddin dengan menyifatkan beliau sebagai contoh usahawan bumiputera tulen yang berjaya membangunkan empayar perniagaannya tanpa banyak bergantung kepada kerajaan. Allahyarham turut menubuhkan Akademi Kia bagi melatih kumpulan anak muda tempatan agar mahir dalam bidang automotif terutama teknologi Kia.
Allahyarham kembali ke rahmatullah pada 2 Mei 2008 dalam usia 53 tahun akibat kanser paru-paru. Namun demikian, beliau tetap diingati kerana sumbangannya dalam industri automotif negara sesungguhnya tiada tandingan. Semoga menjadi inspirasi dan iktibar kepada kita semua terutamnaya anak-anak Melayu!
Great people talk about ideas
Average people talk about themselves
But small people talk about others
(John C. Maxwell-The 360 Leaders)
Wassalam!
p/s: so, kurangkanlah ‘talk about others’. It won’t benefit you in any way!
Kata-kata aluan oleh Jefri (Trainer PBS) menerangkan sedikit sebanyak 4 quadrant, formula oleh Robert Kiyosaki, penulis bestseller Rich Dad Poor Dad dan memberi pengenalan mengenai program PBS ini. Yang paling best, Irfan Khairi pun berkesempatan memberi 1 strategi yang powerful. Sebelum ini pun saya belum pernah baca di mana-mana pun. Memang luar dari jangkaan. Strategi ini merupakan satu strategi daripada program Strategi IK2.
Seminar percuma ini merupakan pengenalan bagi program PBS yang akan datang. Program 3D2N, online community (peoplelogy) dan mcam-macam lagi. Program ini bukan sahaja untuk orang yang sudah ada perniagaan tetapi juga orang baru hendak memulakan perniagaan ataupun tiada lagi idea tentang perniagaan. Anda akan diajar step by step untuk berjaya dalam perniagaan. Banyak trainer, member peopleprenuer dan mentor yang boleh memberi tunjuk ajar.