Idea Perniagaan


Situasi 1

Papa : Hello, mama!
Mama : Haaa.. papa.. nape lama tak call? Rindu…
Papa : Handphone takde credit la, mama die..

Situasi 2

Ahmad : Hello, Mat! Esok kuliah pukul brape?
Mat : Pukul la….. tuttttt….. (Ahmad dah abis kredit)

Situasi tersebut sudah lali kepada pengguna-pengguna pra-bayar. Lebih-lebih lagi kepada pelajar. Selalu habis kredit. Tidak mengira waktu. Malah mengikut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi & Media Malaysia, menunjukkan terdapat 21.5 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia di mana 80 peratus adalah pengguna prabayar. Banyakkan? Apa kata kita jual kad top-up. Lebih-lebih lagi kepada para pelajar yang duduk di kampus. Boleh buka ‘kedai 24jam’ lah. Kalau kita buat promosi sikit, sure lepas itu orang datang dekat kita, atau SMS kita.

Kos Start Up : RM500 – RM10 000 (Kalau lagi banyak, dapat harga murah untuk sekeping top-up RM10)
Tempat : Anda boleh melakukannya di rumah anda sendiri atau kedai anda atau bawa kad top up di mana sahaja yang anda pergi ;)
Sepenuh masa/separuh masa : Part time atau full time. Kalau hendak melakukannya secara full time, seelok-eloknya anda ada sebuah kedai telekomunikasi.
Jenis Operandi : SMS, pembayaran boleh diberi secara tunai atau melalui bank-in.

Jika anda berminat untuk membuat perniagaan ini, saya rasa ada perlu tanya orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Mungkin Dr. Azwan dapat membantu kepada sesiapa yang berminat dalam perniagaan ini.

Anda minat menulis? Anda bercita-cita menjadi editor? Anda mempunyai pengetahuan dalam bidang penulisan, fotografi atau mereka cipta grafik? Jadi anda sesuai untuk melakukan perniagaan ini. Perniagaan yang boleh dilakukan dengan modal yang kecil.

Kos Start Up : RM500 – RM2000
Tempat : Anda boleh melakukannya di rumah anda sendiri ;)
Sepenuh masa/separuh masa : Ikut masa free anda. Selalunya sebagai student, apa-apa yang kita lakukan semuanya part-time. yang paling penting ialah pelajaran dan kuliah kita.
Jenis Operandi : Boleh dilakukan online (e-majalah dalam bentuk .pdf) ataupun offline (majalah – memerlukan kos pencetakan). (more…)