Sun 17 Feb 2008
Rasanya memang sudah lama saya tidak menulis artikel kesihatan. Bukan tidak ada idea untuk menulis, idea itu memang banyak, tetapi untuk menukarkan idea kepada penulisan itu memakan masa sedikit, sebab terpaksa mendahulukan kerja-kerja yang penting sejak kebelakangan ini. Ok, kembali kepada artikel kesihatan pada pagi ahad ini, bagaimana untuk memanjangkan umur dan mengekalkan kesihatan pasangan anda. Tidak kira anda pasangan muda yang baru berkahwin, mahupun sudah lama berkahwin, dan cara ini patut dipraktikan oleh semua orang =)
Kebanyakan orang menyangka dengan memberikan hadiah kepada pasangan anda, boleh membawa keceriaan kepada mereka. Itu memang betul dan itu adalah salah satu cara untuk menceriakan hubungan anda. Tetapi adakah anda sanggup membeli hadiah setiap hari kepada pasangan anda? Mengapa tidak, anda memberikan mereka hadiah yang tidak terdapat di mana-mana dan anda boleh memberikan kepada mereka setiap hari.
Satu kajian telah dijalankan terhadap pasangan yang sudah berkahwin; selain perut-perut suami mereka jauh ke depan (Maklumlah hati senang), mereka juga didapati lebih sihat berbanding dengan orang yang keseorangan, bercerai, tidak pernah berkahwin dan lain-lain. Alasan yang kukuh tidak diberikan di dalam kajian ini tetapi ramai saintis sedang mengkaji kenapa pasangan mempengaruhi kesihatan anda.
Senyuman mampu memanjangkan umur dan ceriakan pasangan anda. Mana ada orang tidak suka jika pasangannya senyum dan mudah beramah mesra. Jika anda adalah seorang pasangan yang serius, cubalah untuk melakarkan senyuman terhadap pasangan anda.
Tidak terlalu beremosi dalam perbincangan. Jangan terus bertelagah dan bergaduh. Boleh dapat sakit jantung dan darah tinggi jikalau berterusan =) Wujudkan kemesraan.
Ada lagi satu kajian yang menerangkan, jika salah satu pasangan menghidap obesiti, maka peratusan pasangannya untuk mengikut jejak langkah obesitinya adalah 37% [1]. Dan peratusan itu adalah banyak. Jadi, jika anda inginkan pasangan yang nampak cantik dan tampan, cuba tunjukkan model yang terbaik. Sebelum mengatakan isteri anda gemuk, cermin dulu diri anda, amalkan aktiviti yang sihat seperti berjogging dan bersukan, bukan anda sahaja yang sihat malah keluarga anda pun sihat.
[1]Â New England Journal of Medicine
