Sat 17 May 2008
Download E-Book Percuma! The Science of getting Rich by Wallace D. Wattles – 1910
Ingin menyelesaikan masalah kewangan? Bukan wang, sebenarnya Financial Intelligence (FI) atau kecilikan mengenai kewangan yang akan menyelesaikannya. Antara keluhan yang selalu kita dengar ialah:
- Saya tak cukup duit
- Saya sudah banyak berhutang
- Saya tidak mampu untuk membeli rumah
- Kereta saya rosak. Macam mana nak dapat duit nak repair kereta tu?
- Anak nak pergi universiti.Tak dapat biasiswa mahupun pinjaman. Macam mana nih?
- Saya tak suka kerja saya. Tapi saya tak boleh berhenti. Nanti nak makan apa plak.
- Bila saya bersara nanti, saya tak duit. Saya tiada simpanan persaraan
- dan lain-lain (anda sendiri boleh senaraikan)
Financial Intelligence dapat menyelesaikan masalah di atas dan juga masalah-masalah lain. Tetapi malangnya, kita kurang mendapat pendedahan mengenai ilmu ini, dan masalah yang kita hadapi akan berada pada takuk yang sama. Tidak berganjak tetapi mungkin lebih bertambah. Sebagai contoh, ramai yang tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menghadapi hari persaraan. Jikalau mereka tidak mencuba untuk mengubah keadaan, maka masalah itu tetap ada dan menjadi lebih besar apabila hari makin dekat dengan hari persaraan dan anda memerlukan banyak wang untuk rawatan kesihatan. (Syukur, baru-baru ini kerajaan telah melanjutkan umur persaraan hingga 58 tahun, jadi anda ada beberapa tahun untuk membetulkan keadaan.) Masa belum lagi terlambat. Sebenarnya tiada yang terlambat, jika anda mula daripada sekarang. Suka atau tidak, wang tetap mempengaruhi cara hidup dan kualiti hidup.
Download E-Book Percuma! The Science of getting Rich by Wallace D. Wattles – 1910