MLM Coaching Program » · Register

Kewangan


Beberapa hari lepas saya menulis mengenai Wang dan kebahagiaan yang berkait rapat dengan konsep kesederhanaan ini. Untuk menjalani hidup yang sederhana, anda perlulah:

1. Mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk perbelanjaan bulanan keluarga, membayar bil-bil utiliti, dan lain-lain. Anda juga mempunyai baki pendapatan daripada segala perbelanjaan sebanyak 10-20% untuk simpanan. Yang penting anda tidak menambah hutang dan tidak meminta-minta.

2. Menguruskan hutang-hutang dengan sebaiknya. Menutup segala lubang-lubang di poket anda dengan segala supaya anda dapat menambah simpanan.

3. Anda mempunyai rumah dan kenderaan yang selesa dan bersesuaian untuk anda sekeluarga.

4. Mempunyai simpanan untuk pembelajaran anak-anak sehingga masuk universiti.

5. Mempunyai simpanan untuk persaraan selain daripada KWSP (bagi sesiapa yang mempunyai KWSP). Kepada yang tiada anda hendaklah mengumpul sendiri, dan ingat anda memerlukan wang perbelanjaan sewaktu persaraan kelak. Jangan mengharap kepada anak. Sekurang-kurangnya sewaktu anda bersara, anda mempunyai sejuta dalam akaun anda. Ingat! inflasi memainkan peranan.

6. Mempunyai simpanan kecemasan. Azizi Ali menggalakan untuk anda menyimpan sebanyak 6 bulan perbelanjaan anda. Tetapi tiada salahnya untuk anda menyimpan lebih.

7. Mempunyai pelaburan lain yang bersesuaian dengan profil anda. Pelaburan di unit amanah amat digalakkan. Sekurang-kurangnya mempunyai RM100,000 sebagai pelaburan. (more…)

Apa gunanya ada harta banyak, hidup dengan ala kadar dan sederhana cukup la. Asalkan bahagia.

Saya pasti anda sering dengar ayat di atas ini. Begitu juga dengan saya, malah waktu kecil lagi saya pernah dengar ayat ini. Tetapi, masa itu mungkin pandangan saya kabur dan mungkin berat sebelah =) Sewaktu itu saya mengatakan orang harta banyak, orang kaya, orang kaya adalah orang jahat, orang kaya banyak masalah keluarga, orang kaya tidak bahagia. Itu semua pengaruh televisyen sewaktu kanak-kanak. Semua cerita drama melayu berkisarkan kepada itu. Pandangan terpesong setelah saya sendiri mengenali orang-orang kaya sewaktu sekolah menengah (ibu bapa kawan-kawan sekolah).

Setelah beberapa lama, saya memikirkan ayat di atas, saya dapat simpulkan bahawa orang yang mengatakan ayat tersebut, kurang pasti atau tidak tahu mengenai erti konsep ala kadar dan kesederhanaan untuk mengharungi masa mendatang. Bagi golongan yang memahami konsep ini, mengapa ayat ini disebut-sebut? Mungin atas sebab-sebab yang berikut:

  • sudah putus asa dalam perniagaan.
  • tiada lagi semangat untuk maju
  • iri hati dengan kejayaan orang lain
  • malas (more…)

Oleh Mohd. Nahar Mohd. Arshad dari Utusan Online untuk renungan kita bersama …..

MARI kita fikirkan sesuatu yang pada hemat ramai mustahil berlaku. Fikirkan jawapan kepada persoalan ini; apakah gambaran anda jika harga minyak mencecah AS$200 setong? Apakah model dan polisi ekonomi kita sekarang sudah bersedia dengan kemungkinan ini?

Mungkin atau mustahil kepada persoalan di atas, kita perlu bersedia dengan strategi awal bagi menghadapi segala kemungkinan.

Bergantung dengan model dan polisi ekonomi yang dibina atas andaian harga minyak tidak mungkin mencecah AS$200 bermakna, kita sengaja mencari nahas untuk tidak bersedia!

Impak kenaikan harga minyak semakin menampakkan kesan negatifnya.

Kenaikan harga beras, jagung, gandum dan makanan-makanan ruji seluruh dunia berkait rapat dengan kenaikan harga minyak. Pengangkutan, tenaga elektrik, operasi mesin, bungkusan plastik dan banyak lagi, semuanya bergantung dengan industri gas dan petroleum.

Apa lagi kesan negatif yang dijangka menyusul selepas ini? Ramalan, dengan kenaikan harga barangan secara berterusan, tekanan inflasi akan menyebabkan institusi-institusi kewangan bertindak meningkatkan kadar riba (haram dari pandangan Islam). (more…)

Hahaha… Bukan negara sahaja yang perlu ada belajawan, dalam institusi kekeluargaan juga memerlukan belanjawan, malah ia sama pentingnya ataupun lebih penting dari belanjawan negara. Dengan adanya belanjawan, anda dapat mengetahui hala tuju keluarga anda dan bagaimana untuk mencapai kebebasan kewangan keluarga anda. Dengan keadaan ekonomi yang tidak serba menentu, tibalah masanya kita bersiap sedia serta berdisplin agar sumber kewangan anda di dalam kawalan dan juga mematuhi belanjawan anda.

Kenapa belanjawan perlu untuk keluarga anda dan dapat membantu anda mencapai angan-angan yang anda telah impikan untuk keluarga anda?

  • Belanjawan dapat memastikan ada sebahagian wang diasingkan untuk tujuan simpanan, pelaburan. Bukan menunggu duit lebihan dari perbelanjaan bulanan anda di akhir bulan. Seharusnya untuk tujuan simpanan dan pelaburan anda lakukan di awal bulan, ketika anda mendapat pendapatan anda.
  • Belajawan dapat melakar haluan kewangan anda dan tujuan hidup anda. Suatu ketika dahulu, kredit kad belum terkenal dan ramai masih lagi berbelanja menggunakan wang tunai. Apabila tiada wang, mereka akan tidak beberbelanja. Perkara yang berlaku ketika ini, ramai yang berbelanja berlebihan melebihi kemampuan menggunakan khidmat kredit bank.  Oleh itu, tanpa senarai belanjawan yang kukuh, mungkin anda akan tersungkur di lembah masalah kewangan.
  • Kawal wang anda sebelum wang anda kawal anda!
  • Mempunyai cukup kewangan di dalam keadaan kecemasan. Saya pernah menulis artikel mengenai Reserved Fund. Tanpa sebarang belanjawan, banyak perkara kecemasan yang tidak disangka-sangka membuatkan anda kecundang dengan hidup berhutang. (more…)

Salam sejahtera semua! Sudah lama kiranya tidak menulis artikel di blog ini. Lebih kurang sebulan juga lah. Diam punya diam, sudah tiga bulan dalam 2008 meninggalkan kita. Melangkah ke dalam bulan baru, maknanya lebih banyak agenda yang seharusnya dilakukan kita. Dan perkara yang selalunya dilakukan oleh rakyat malaysia sekitar bulan April dan Jun adalah mengira cukai pendapatan. Macam-macam gelagat. Masa inilah juga, kita sibuk mencari-cari bil-bil petrol dan segala jenis bil dikumpulkan dengan harapan boleh mengurangkan cukai pendapatan. Illustrasi yang menarik di dalam Komik Ujang untuk keluaran Bulan membayar cukai!

Saya dan Ain sudah tersentak dengan amaun yang terpaksa kami bayar untuk cukai 2007. Tetapi Alhamdulillah, kejadian seperti ini menyedarkan kami bahawa ada ilmu yang masih kekurangan di dalam dada kami. Mudah-mudahan ia boleh menjadi pengajaran kepada kami untuk tahun-tahun pencukaian yang akan datang. Lagipun kami berbangga dapat menunaikan kewajipan kepada negara =)

Ada cara-cara untuk lari dari cukai? TIADA. Laporkan pelarian cukai
Apa yang seharusnya dilakukan? 1. Bayar 2. Perancangan Cukai (more…)

passive-income.jpg“Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas, kapal layar dan sebagainya)….BEGITULAH yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan beberapa tahun lepas. Secara peribadi saya terfikir bagaimanakah dia nak menggunakan 2000 buah kereta tu? Maknanya setiap hari beliau menaiki kereta yang berlainan selama lebih kurang 5 tahun? Atau pagi naik kereta jenis lain, tengahari naik kereta jenis lain dan malam kereta jenis lain pula. Wah, kereta tu bagaikan barang permainan!

Ada dua jenis orang yang kaya di dunia, pertama, yang kaya hasil titik peluh sendiri. Kedua, kaya hasil harta pusaka keluarga yang banyak. Golongan pertama sangat menghargai setiap sen yang dihasilkan kerana mereka telah berusaha keras untuknya. Kebanyakan golongan kedua (walaupun bukan semua) sangat ghairah membelanjakan setiap sen yang diwariskan. Ungkapan Cina lama ada mengatakan ‘kekayaan sesebuah keluarga jarang bertahan lebih dari 3 generasi’. Hal ini berlaku kerana:

1. Generasi Pertama; Si ayah bekerja keras untuk membina kekayaan. Anak-anak melihat kesusahan si ayah dan turut membantu membina hidup mereka sekeluarga. Secara tidak langsung si anak mempelajari banyak seni dan selok belok perniagaan dan menghadapi dunia sebenar kehidupan. (more…)

« Previous PageNext Page »