MLM Coaching Program » · Register

Motivasi


Kemiskinan adalah jenayah yang paling kejam. – Mahatma Ghandi

Sememangnya tepat sekali kata Mahatma Ghandi.  Beritahu saya, siapa yang berada dalam kemiskinan suka dengan cara hidup mereka? Saya yakin 100% tidak ada orang yang gembira apabila kehidupannya dibelenggu dengan masalah kemiskinan, sentiasa berada dalam kesempitan wang, tidak memiliki apa-apa, hidup sentiasa kekurangan dan pelbagai masalah lagi.

Jika anda lihat, kebanyakkan latar belakang jutawan-jutawan ini berada di tahap kemiskinan sewaktu mereka kecil. Contohnya, Oprah Winfrey, Dato’ Dr. Azman Ching, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan ramai lagi.  Namun kemiskinan tidak menghalang mereka dari mengorak langkah untuk berjaya dan ianya terbukti kini. Jadi kemiskinan bukanlah punca untuk seseorang itu gagal dalam hidup atau tidak boleh menjadi jutawan.

Peluangnya begitu banyak untuk berjaya dan menjadi jutawan. Semuanya bergantung kepada anda, mahu atau tidak. Paling menyedihkan, ramai tahu peluang-peluang ini, tetapi mereka tidak lakukannya ataupun lakukan dengan sambil lewa. Rata-rata, apabila saya menanyakan soalan kepada remaja sebaya saya: Are you want to be millionaire? Pasti jawapan mereka: Yes! Mereka tahu destinasi mereka tetapi mereka tidak melakukan apa-apa. Jalan sudah tersedia, hanya menunggu mereka untuk kecapi.

Paling penting, tukar kepercayaan dan keyakinan anda terhadap diri anda sendiri, barulah perubahan yang drastik akan membawa anda ke arah kejayaan. Tetapi, bukan senang untuk menukarkan kepercayaan dan keyakinan yang telah berada di dalam diri sejak azali sekelip mata. Kalau semudah ABC, sudah pasti ramai yang kaya berbanding miskin di dunia ini. Anda perlukan sokongan dan mentor untuk membimbing anda ke arah matlamat anda. Dan pasti, anda tidak boleh bergerak berseorangan…

dksj

Pada 17 Januari 2010, di Berjaya Hotel Kuala Lumpur di dalam Kovensyen Dari Kosong Sampai Jutawan, terdapat 6 orang jutawan yang sedia berkongsi cerita dan kepakaran mereka untuk membantu anda untuk berjaya dan menjadi seorang jutawan.

Antara rahsia-rahsia yang dibongkarkan ialah:-

  • Menghasilkan jutaan ringgit daripada jutaan idea perniagaan anda
  • Teknik menghapuskan persepsi negatif dan penghalang kepada kejayaan anda
  • Menunjukkan cara wang bekerja untuk anda dan bukan anda bekerja untuk wang
  • Rahsia cara untuk membangunkan perniagaan yang bersesuaian dan khusus untuk diri anda
  • Belajar cara mendapatkan pulangan berganda daripada pelaburan yang dilakukan
  • Teknik pengurusan kewangan yang bijak dan senang diamalkan

6 jutawan yang akan menjadi panel di kovensyen ini:

  • Dr. Irfan Khairi - Membongkar rahsia menjadi JUTAWAN INTERNET
  • Dato’ Dr. Azman Ching – Membongkar POTENSI dan kelebihan diri
  • Abang Abu – Teknik BIJAK WANG
  • Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) - Membongkar rahsia menjadi JUTAWAN SENYAP
  • Azizi Ali – Membongkar Rahsia menjadi JUTAWAN EKSTREM
  • Billi Lim – Membina KEJAYAAN disebalik KEGAGALAN

Yuran Penyertaan RM 499 seorang dan Pendaftaran awal sebelum 15 Dis 2009 RM 399 seorang. Jangan lepaskan peluang ini! Luangkan masa anda bersama-sama kami.

Berminat? Tinggalkan komen dengan alamat email yang betul supaya saya boleh menghubungi anda.

SERTAI DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN!

DKSJ

Assalamualaikum,

successinbad
SUCCESS EVEN IN BAD

Pernah tak anda jumpa orang yang gagal dalam perniagaan? Jika anda memang dalam field business dan banyak terlibat dalam melebarkan networking, anda akan kerap bertemu dengan orang yang menceritakan kisah silam mereka dalam perniagaan yang menyedihkan. Kalau yang jatuh dalam perniagaan sikit-sikit tu biasalah, ini yang jatuh melibatkan kerugian berjuta ringgit ataupun diisytiharkan muflis.

Di antara ramai orang yang pernah jatuh ini akan ada seorang dua sahaja yang akan bangun menjadi Brand New Businessman. Ya, bilangannya amat sedikit. Yang lain akan terus meratapi kegagalan dan asyik menyalahkan orang lain atas kegagalannya sampai mati. Tahu tak kenapa? Untuk Brand New Businessman, mereka sebenarnya ada satu sikap yang amat jarang tersemat dalam hati para usahawan (terutamanya melayu). Iaitu sifat ENTHUSIASM – iaitu kepercayaan kepada diri sendiri. Kepercayaan bahawa matlamat mereka dalam sesuatu perniagaan memang bagus (walaupun orang lain kata tak bagus) dan yakin akan dapat dicapai. Orang yang ada sifat Enthusiasm ni ada semangat yang berkobar-kobar dalam perniagaan dan apa sahaja halangan di hadapannya akan dihadapi secara profesional. Orang seperti ini misi dan visi nya dalam perniagaan sentiasa jelas. Tidak samar-samar. Berniaga bukan hanya kerana wang semata-mata tetapi kerana minat untuk mempelajari APAKAH ITU CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN mereka. Sifat Enthusiasm hanya dapat diukur apabila kita berada dalam tekanan perniagaan. Sama juga mengikut kajian psikologi, kalau nak mengetahui sifat sebenar seseorang, lihatlah sifatnya sewaktu berada dalam tekanan atau situasi buruk (bad times). Kalau masa sedang gembira, ketawa-ketawa, suka, kita tak akan dapat tahu sifat sebenar seseorang tu. Jadi, bagaimana dengan anda? Walau apa pun saya jamin kita akan berjaya dalam perniagaan jikalau kita ada ENTHUSIASM yang TINGGI! Ia wajib bermula dengan DIRI KITA SENDIRI, bukan kerajaan, bukan pakar motivasi, bukan ORANG LAIN!

YOU CAN LOSE EVERYTHING,

BUT NOT YOUR ENTHUSIASM…

Buat kerja rumah anda sekarang, jika anda hendak menjadi kaya! Buat kerja rumah seumpama anda hendak menghadapi peperiksaan sewaktu sekolah dahulu. Jadi, luangkan masa untuk anda membuat kerja rumah!

Kebanyakan orang yang kaya ataupun orang yang telah mencapai kebebasan kewangan yang pernah saya jumpa mengatakan semua kejayaan yang mereka kecapi adalah setelah melakukan kerja rumah!

Jangan silap ye! Kerja rumah itu bukan bermaksud memasak, mengemas rumah dan sebagainya.

Orang kaya bekerja keras untuk membina aset yang akan meningkat nilainya samada perniagaan atau pelaburan. Ingat! Ada di antara mereka pada permulaan perniagaan, merekalah yang mendapat bayaran gaji yang terakhir, malah lebih sedikit dari pekerjanya. Mereka secara berterusan membina beberapa perniagaan tanpa penat lelah dan kemudian menjual perniagaan mereka berjuta-juta ringgit atau mengambil seorang presiden untuk mengawasi perniagaan mereka. Jadi apa mereka buat, terus membuat kerja rumah, membina perniagaan lain.

Terus terang saya katakan, anda tidak akan kaya jika anda terus bekerja makan gaji, pergi kerja setiap hari 8  hingga 5. Anda akan menjadi kaya jika anda buat kerja rumah dan membuat keputusan apa yang harus anda lakukan dengan wang anda. Ini perlu anda lakukan setelah anda memperolehi wang dan ini juga membezakan anda antara kaya ataupun tidak.

Contoh 1: Membeli hartanah adalah kerja rumah orang kaya. Mereka memperolehi pendapatan melalui sewaan dan menggunakan wang tersebut untuk membeli hartanah lain atau membina perniagaan lain.

Contoh 2: Perniagaan internet, Perniagaan MLM, bekerja di rumah akan mendapat pendapatan yang lebih dari anda jangkakan jika anda lakukan mengikut caranya dan anda akan memperolehi pengecualian/ pelepasan cukai yang banyak.

Assalamualaikum,

Mekah

Dah lama tak update blog ni. Dah 2 minggu! Actually selama 2 minggu ni kami mengerjakan umrah. Alhamdulillah, semalam kami selamat kembali ke Malaysia. Tetapi hati masih merindui dan sedih teramat sangat meninggalkan tempat paling suci di dunia iaitu Tanah Haram Mekah. Sebenarnya dah lama kami nak ke sana, tetapi kami dahulukan menghantar ibu bapa dan mertua dahulu ke sana secara berperingkat bermula tahun lepas kerana kami berpendapat orang tua wajib didahulukan. Firstly hantar ibu dan bapa mertua dahulu mengerjakan umrah, semasa tu Najib masih di Germany, so saya sendiri struggle kumpul wang untuk menghantar ibu dan ayah mertua ke Mekah. Alhamdulillah, bila tahu mereka gembira beribadat dan selamat, hati ni cukup terubat dan tenang walaupun kena bekerja keras. Bulan 3 lepas pula saya hantar ibu dan bapa sendiri untuk menunaikan umrah. Thanks Allah, masa tu Najib dah ada di Malaysia, jadi tugas mengumpul wang jadi lebih ringan. Alhamdulillah ibu bapa saya juga selamat dan ada keinginan untuk ke Mekah lagi. So, hati lega dan seronok kerana dah menghantar ibu bapa dan mertua dahulu ke Tanah Haram Mekah.

Unfortunately, biasalah langit tak selalu cerah, ada beberapa masalah timbul yang menggoncang dan merenyuk jiwa dan raga. Tetapi saya dan Najib cried silently dan hanya mampu bersabar atas segala fitnah, dugaan dan persepsi buruk yang bukan-bukan dilemparkan kepada kami. Nak tak nak, we were standing up against all odds (sebab tu saya tulis artikel bertajuk ‘Masalah Itu Bagus’). And finally benarlah bahawa Allah Maha Pengasih lagi Penyayang, tanpa disangka, tiba giliran saya dan Najib ke Tanah Haram Mekah, kami bukan pergi berdua tetapi bertiga! Syukur yang tidak terhingga kepada Allah. Mungkin berkat worked hard demi menghantar orang tua dahulu ke Tanah Suci dan kesabaran tahap optimum menghadapi dugaan kami diberikan rezeki ini.

Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W., maksudnya:

“Ikutilah antara haji dengan umrah kerana keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa daripada kamu sebagaimana api menghilangkan sisa-sisa yang tidak diperlukan daripada besi dan emas dan perak”

Hadis ini menunjukkan bahawa kepentingan ibadah haji dan umrah untuk menjana keberkatan dan pertambahan rezeki. So, jangan ragu-ragu lagi kepada sesiapa yang berkemampuan tunaikanlah umrah dan haji. Fakta ni saya baca dalam buku karangan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Semoga ada rezeki lagi menjadi tetamu Allah, amin.

p/s: The magic is there. Experience it yourself!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Harini ceria dan sihat ke? Harap-harap semuanya berjalan lancar. Untuk saya sendiri, jadual amat pack dalam beberapa hari ni. Kepada yang busy memanjang, baguslah, lebih baik busy daripada terkulat-kulat tak tahu nak buat apa (melainkan anda tengah bersantai di tepi pantai atau holiday). Tetapi kan kalau rasa-rasa diri tu busy sangat, cuba fikirkan berbaloi tak kita korbankan masa untuk melakukan perkara-perkara yang membuatkan kita busy tu? Tak faham? Contohnya, adakah kita melakukan perkara-perkara yang mem’busy’kan tu akhirnya akan memberikan kita faedah dan manfaat sama ada secara langsung (contohnya wang) atau secara tak langsung (contohnya melakukan amal jariah mudah-mudahan akan dibalas dengan pahala dan ada orang akan membantu kita pula apabila kita susah di kemudian hari). Jikalau ada faedah, manfaat, kebaikan, BAGUS! Tandanya kita tidak membuang masa.

time money

Apa yang saya nak sentuh ialah tentang manfaat secara langsung seperti wang. Antara sedar atau tidak sedar, ramai antara kita ni menjual masanya untuk mendapatkan wang. Tetapi adakah kita menjual masa atau diri kita dengan nilai yang murah atau mahal? OK, mari kita kira berapa nilai kita dalam sejam!

Contoh:

Gaji/ keuntungan sebulan: RM3500

Masa bekerja: 9am-5pm (8 jam)

Hari bekerja: Isnin-Jumaat (5 hari)

Jumlah jam bekerja dalam sebulan: 160 jam

Nilai diri kita sejam: RM3500/160 jam = RM21.88

OK tak nilai kita RM21.88 sejam? Ada yang kata “OK sangat lah tu daripada kerja KFC RM3.00 saje sejam”. Ada yang kata “Kurang OK tapi bolehlah nak hidup” mungkin ada yang kata “Tak OK langsung!”. Sabar-sabar, sekarang tukarkan nilai kita dalam 1 minit:

RM21.88/60 minit = 36 sen

Sekarang tukarkan nilai kita dalam sesaat:

36 sen/60 saat =  0.006 sen

Amacam, OK ke apabila nilai kita seminit 36 sen? Apatah lagi nilai kita cuma 0.006 sen sahaja bila ditukar kepada saat? Di manakah nilai diri kita tu? Mahal ke murah? Kadangkala tu kan, gaji atau pendapatan kita nampak “Fuyoo, banyak nyee gaji aku!”. Atau “Fuh, untung banyak kali ni bisnes aku!”. Tetapi sebenarnya kita kena tahu ‘banyak’ atau ‘sikit’ gaji atau keuntungan kita adalah berdasarkan masa yang telah kita habiskan untuk mendapatkan duit tersebut dalam sesaat. So, berbaloikah pekerjaan atau perniagaan yang sedang anda lakukan sekarang?

p/s: Saja muhasabah diri. Anyway, sesiapa yang nilainya sesaat RM1tu insyaallah boleh jadi jutawan! Sesiapa yang tak sampai RM1 sesaat, bolehlah hubungi saya untuk selesaikan masalah anda, itu pun IF YOU DARE TO CHANGE! Wassalam.

p/s: Majlis Makan Malam, Sambutan Ramadhan & Seminar Perniagaan Lifestyles akan diadakan pada 18hb Ogos 2009SMS atau Telefon 012-3056076:) Tempat Terhad! Hanya beberapa tempat sahaja kosong. 8.00 mlm-11.00mlm (HARI INI!) di Bangi Golf Resort, Bangi. Ini antara acara terakhir sebelum cuti puasa & raya. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, jangan melengahkan masa lagi, untuk maklumat lanjut

Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang berbahagia.

Semoga kita semua yang bermotivasi tinggi dapat menjalankan pekerjaan dengan penuh bersemangat dan banyak manfaat. Alhamdulillah. Tetapi macam mana pula yang demotivate? Yang kurang bersemangat, longlai, kabur dan stress akibat masalah-masalah dalam pekerjaan, hubungan, persekolahan dan macam-macam lagi masalah!

BAGUS! Ya, bagus jika anda sedang mengalami masalah-masalah sebagai rencah kehidupan. Bagus jika anda sedang mengalami kegagalan, stress, ketakutan, tertekan, marah, menghadapi fitnah manusia dan sebagainya! Kenapa bagus pula tu? Bukankah bagus kalau kita ni tak pernah ada masalah kan? Bukankah bagus kalau kita ni happy forever, gembira, ceria, kaya, banyak duit, berseronok-seronok, boleh melawak dan ketawa besar sepanjang masa?

Di sini lah kebanyakan orang silap. Sebenarnya bagus jika kita sekali sekala dilanda masalah kerana kita akan  ‘merasa perasaan-perasaan yang tak best’ ni. Supaya kita belajar mengawal emosi dan cabaran semasa menghadapi fitnah, kegagalan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Tetapi ingat ya, paling utama selama mana kita nak terperosok dalam keadaan-keadaan yang tak best tu? Sehari? Dua hari? Satu tahun? Sampai mati? So, selama mana kita nak berada dalam keadaan tak best ni adalah PILIHAN KITA SENDIRI. Contohnya kalau kita stress hari ini kerana pelajaran atau perniagaan merosot atau kita dapat tahu ada rakan sekerja buat fitnah besar pada kita yang bukan calang-calang punya fitnah sampai kita dipulaukan orang, adakah esok kita nak stress juga? Apa faedahnya kalau kita stress sampai 2-3 minggu? Orang yang fitnah kita bertambah happy, kawan-kawan lain makin skor dalam pelajaran dan pesaing kita dalam perniagaan akan ambil kesempatan rampas pasaran kita dan sesungguhnya iblis bertepuk tangan kerana berjaya memperdaya manusia. Nauzubillah.

So, jikalau kita merasai perasaan-perasaan yang kurang seronok ni, face it! Be strong! Minta pendapat daripada orang yang lebih berpengalaman dan adukanlah perasaan kita kepada Allah S.W.T. Cepat-cepat keluar dari kepompong stress, ketakutan dan kemarahan kita tu, cari penyelesaian, work on it dan teruskan kehidupan macam masa kita cemerlang, gemilang dan terbilang dahulu. Jangan longlai lama-lama. Rugi! Mungkin ada orang cakap, alah cakap senang le, awak pernah buat ke Ain? Jawapan saya, YA mestilah saya pernah lalui masalah yang besar sebab tu saya tulis artikel ni. Sesiapa yang mengaku hidup dia happy saje, tak pernah ada masalah langsung, semua kerja dibuat menjadi, keluarga happy, cukup semua, maknanya orang ni memang ada masalah iaitu masalah kurang muhasabah diri. Last but not least, set dalam fikiran, masalah tu rencah kehidupan tetapi bukan makanan kehidupan! Wassalam.

Kalau rasa stress atau banyak sangat la masalah, cuba tengok kat you tube lagu JUMPER by Third Eye Blind (with lyrics) then tengok Video Clip Yes Man Exclusive Clip-Jim Carrey Sings Jumper!!!(HD) (saje-saje hiburkan hati, kalau tak ketawa takpe la).

“Well everyone I know has got a reason to say, maybe today we can put the past away!”

« Previous PageNext Page »