MLM Coaching Program » · Register

Motivasi


Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Harini ceria dan sihat ke? Harap-harap semuanya berjalan lancar. Untuk saya sendiri, jadual amat pack dalam beberapa hari ni. Kepada yang busy memanjang, baguslah, lebih baik busy daripada terkulat-kulat tak tahu nak buat apa (melainkan anda tengah bersantai di tepi pantai atau holiday). Tetapi kan kalau rasa-rasa diri tu busy sangat, cuba fikirkan berbaloi tak kita korbankan masa untuk melakukan perkara-perkara yang membuatkan kita busy tu? Tak faham? Contohnya, adakah kita melakukan perkara-perkara yang mem’busy’kan tu akhirnya akan memberikan kita faedah dan manfaat sama ada secara langsung (contohnya wang) atau secara tak langsung (contohnya melakukan amal jariah mudah-mudahan akan dibalas dengan pahala dan ada orang akan membantu kita pula apabila kita susah di kemudian hari). Jikalau ada faedah, manfaat, kebaikan, BAGUS! Tandanya kita tidak membuang masa.

time money

Apa yang saya nak sentuh ialah tentang manfaat secara langsung seperti wang. Antara sedar atau tidak sedar, ramai antara kita ni menjual masanya untuk mendapatkan wang. Tetapi adakah kita menjual masa atau diri kita dengan nilai yang murah atau mahal? OK, mari kita kira berapa nilai kita dalam sejam!

Contoh:

Gaji/ keuntungan sebulan: RM3500

Masa bekerja: 9am-5pm (8 jam)

Hari bekerja: Isnin-Jumaat (5 hari)

Jumlah jam bekerja dalam sebulan: 160 jam

Nilai diri kita sejam: RM3500/160 jam = RM21.88

OK tak nilai kita RM21.88 sejam? Ada yang kata “OK sangat lah tu daripada kerja KFC RM3.00 saje sejam”. Ada yang kata “Kurang OK tapi bolehlah nak hidup” mungkin ada yang kata “Tak OK langsung!”. Sabar-sabar, sekarang tukarkan nilai kita dalam 1 minit:

RM21.88/60 minit = 36 sen

Sekarang tukarkan nilai kita dalam sesaat:

36 sen/60 saat =  0.006 sen

Amacam, OK ke apabila nilai kita seminit 36 sen? Apatah lagi nilai kita cuma 0.006 sen sahaja bila ditukar kepada saat? Di manakah nilai diri kita tu? Mahal ke murah? Kadangkala tu kan, gaji atau pendapatan kita nampak “Fuyoo, banyak nyee gaji aku!”. Atau “Fuh, untung banyak kali ni bisnes aku!”. Tetapi sebenarnya kita kena tahu ‘banyak’ atau ‘sikit’ gaji atau keuntungan kita adalah berdasarkan masa yang telah kita habiskan untuk mendapatkan duit tersebut dalam sesaat. So, berbaloikah pekerjaan atau perniagaan yang sedang anda lakukan sekarang?

p/s: Saja muhasabah diri. Anyway, sesiapa yang nilainya sesaat RM1tu insyaallah boleh jadi jutawan! Sesiapa yang tak sampai RM1 sesaat, bolehlah hubungi saya untuk selesaikan masalah anda, itu pun IF YOU DARE TO CHANGE! Wassalam.

p/s: Majlis Makan Malam, Sambutan Ramadhan & Seminar Perniagaan Lifestyles akan diadakan pada 18hb Ogos 2009SMS atau Telefon 012-3056076:) Tempat Terhad! Hanya beberapa tempat sahaja kosong. 8.00 mlm-11.00mlm (HARI INI!) di Bangi Golf Resort, Bangi. Ini antara acara terakhir sebelum cuti puasa & raya. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, jangan melengahkan masa lagi, untuk maklumat lanjut

Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang berbahagia.

Semoga kita semua yang bermotivasi tinggi dapat menjalankan pekerjaan dengan penuh bersemangat dan banyak manfaat. Alhamdulillah. Tetapi macam mana pula yang demotivate? Yang kurang bersemangat, longlai, kabur dan stress akibat masalah-masalah dalam pekerjaan, hubungan, persekolahan dan macam-macam lagi masalah!

BAGUS! Ya, bagus jika anda sedang mengalami masalah-masalah sebagai rencah kehidupan. Bagus jika anda sedang mengalami kegagalan, stress, ketakutan, tertekan, marah, menghadapi fitnah manusia dan sebagainya! Kenapa bagus pula tu? Bukankah bagus kalau kita ni tak pernah ada masalah kan? Bukankah bagus kalau kita ni happy forever, gembira, ceria, kaya, banyak duit, berseronok-seronok, boleh melawak dan ketawa besar sepanjang masa?

Di sini lah kebanyakan orang silap. Sebenarnya bagus jika kita sekali sekala dilanda masalah kerana kita akan  ‘merasa perasaan-perasaan yang tak best’ ni. Supaya kita belajar mengawal emosi dan cabaran semasa menghadapi fitnah, kegagalan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Tetapi ingat ya, paling utama selama mana kita nak terperosok dalam keadaan-keadaan yang tak best tu? Sehari? Dua hari? Satu tahun? Sampai mati? So, selama mana kita nak berada dalam keadaan tak best ni adalah PILIHAN KITA SENDIRI. Contohnya kalau kita stress hari ini kerana pelajaran atau perniagaan merosot atau kita dapat tahu ada rakan sekerja buat fitnah besar pada kita yang bukan calang-calang punya fitnah sampai kita dipulaukan orang, adakah esok kita nak stress juga? Apa faedahnya kalau kita stress sampai 2-3 minggu? Orang yang fitnah kita bertambah happy, kawan-kawan lain makin skor dalam pelajaran dan pesaing kita dalam perniagaan akan ambil kesempatan rampas pasaran kita dan sesungguhnya iblis bertepuk tangan kerana berjaya memperdaya manusia. Nauzubillah.

So, jikalau kita merasai perasaan-perasaan yang kurang seronok ni, face it! Be strong! Minta pendapat daripada orang yang lebih berpengalaman dan adukanlah perasaan kita kepada Allah S.W.T. Cepat-cepat keluar dari kepompong stress, ketakutan dan kemarahan kita tu, cari penyelesaian, work on it dan teruskan kehidupan macam masa kita cemerlang, gemilang dan terbilang dahulu. Jangan longlai lama-lama. Rugi! Mungkin ada orang cakap, alah cakap senang le, awak pernah buat ke Ain? Jawapan saya, YA mestilah saya pernah lalui masalah yang besar sebab tu saya tulis artikel ni. Sesiapa yang mengaku hidup dia happy saje, tak pernah ada masalah langsung, semua kerja dibuat menjadi, keluarga happy, cukup semua, maknanya orang ni memang ada masalah iaitu masalah kurang muhasabah diri. Last but not least, set dalam fikiran, masalah tu rencah kehidupan tetapi bukan makanan kehidupan! Wassalam.

Kalau rasa stress atau banyak sangat la masalah, cuba tengok kat you tube lagu JUMPER by Third Eye Blind (with lyrics) then tengok Video Clip Yes Man Exclusive Clip-Jim Carrey Sings Jumper!!!(HD) (saje-saje hiburkan hati, kalau tak ketawa takpe la).

“Well everyone I know has got a reason to say, maybe today we can put the past away!”

Seminar, seminar dan seminar. Bayarannya mahal pulak itu, bukan RM100 ke, RM200 tetapi kadang-kadang mencecah ribuan ribu ringgit. Pada pendapat anda, berbaloikah untuk berbelanja sejumlah wang sedemikian? sedangkan kita boleh memperolehi informasi yang kita perlukan di internet (PERCUMA!) dan juga buku (MURAH!).

Internet telah mengubah kehidupan manusia. Kita hidup di zaman informasi. Kalau dulu, seorang penjual boleh asyik bercakap mengenai produknya dari A sampai Z tanpa ditegur, tetapi sekarang pengguna lebih tahu. Jadi, cakap sahaja tidak akan berhasil. Semuanya akan beralih ke internet. Mencari penyelesaian untuk semua.

Sudah tentu, ada yang mengatakan, buat apa pergi seminarnya, jika saya sudah membeli bukunya dan membaca blognya setiap hari. Sama juga yang dicakapnya. Sama juga diajarnya. Sebenarnya, anda silap.

sifukomputer

Bagi saya, saya pergi ke seminar adalah perkara yang penting untuk mempelajari sesuatu. Mugkin saya sudah terbiasa dengan cara pengajaran yang tradisional. Pergi ke kelas, dengar guru bercakap, tulis nota, tak paham angkat tangan, dapat jawapan yang saya inginkan. Sebenarnya ini semua, back to basic, hubungan sesama manusia. Eye contact, body gestures membuatkan pembelajaran lebih aktif dan effektif.

Kedua, sudah tentu kita akan mendapat teknik-teknik yang terkini yang belum diajar atau dikongsikan di laman web. Jadi, segala informasi yang RAHSIA, BERHARGA, STRATEGI TERBARU, sudah tentunya boleh didapati sekiranya anda pergi ke seminar.

Ketiga, tanpa anda sedari anda mempunyai mentor. Tunjuk ajarku sifu. Sudah tentunya anda pergi ke seminar idola anda. Jika anda terlibat di internet, anda pergi ke seminar IK, anda minat hartanah, anda pergi ke seminar Azizi Ali dan macam-macam lagi seminar.  Anda bertanyakan soalan, jadi anda telah mendapat nasihat daripada seseorang yang pakar dalam bidang tersebut. Nasihat ini sudah tentunya tidak akan terdapat di internet malah di buku walaupun bahan informasinya ada di sana.

Azizi Ali cakap, dia baca 500 buah buku untuk menjadi jutawan. 500 buah buku untuk mendapat segala informasi untuk jadi jutawan. Tetapi, adakah anda tahu bagaimana untuk mengaplikasi teknik-teknik di dalam buku tersebut? Bila masanya? Apa langkah seterusnya? Apa perlu anda buat? Jadi, anda perlukan mentor yang berikan nasihat!

Walau sebesar mana halangan yang kita hadapi, kita harus fokus dalam setiap tindak tanduk kita ambil. Kita harus fokus cara untuk menyelesaikan masalah dan bukannya memikirkan bagaimana masalah itu timbul dan dari siapa ianya datang. Walaupun kini kita menghadapi masalah kewangan, tetapi kita harus fokus bagaimana untuk mencari pendapatan lebih. Jangan hanya fikirkan kegawatan tanpa berbuat apa-apa, sebaliknya teruskan usaha untuk mencari peluang yang ada. Usaha dan terus usaha sehingga kita mendapat sesuatu yang benar-benar kita hajati. Bukan senang hendak senang, oleh sebab itulah kita perlu fokus dalam melakukan setiap perkara.

blue mount2

Jika terdapat SATU perkara yang mampu anda lakukan, ubah dan perbaiki pada hari ini yang boleh memberika impak atau transformasi terhadap kehidupan, kerjaya dan kewangan anda secara drastik, apakah SATU PERKARA tersebut?

FIKIR……

SATU PERKARA IALAH : __________________________

LAKUKANNYA SEKARANG!

Ada 2 buku yang sangat meruntun perasaan saya apabila membacanya. Iaitu buku Menggapai Bintang oleh Sheikh Mustapha Shukor (kisah angkasawan Negara) dan Catatan Hati Nik Nur Madihah (Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008). Boleh tangkap leleh bila baca 2 buku ni kerana saya terlalu kagum dengan semangat tuan punya badan. Meluap-luap. Semangat yang boleh saya pinjam supaya saya terus bermotivasi dan terus berusaha.Tetapi kali ni yang saya nak ulas ialah buku tentang Nik Nur Madihah.

nik-nur-madihah-family.jpg

Pertama, keluarganya sangat susah, bapanya nelayan, ibunya suri rumah dan sesiapa akan terkedu melihat teratak usang keluarganya yang sangat uzur. Bayangkan kalau waktu rehat di sekolah, kawan-kawan akan bertanya ‘Kenapa Nik tak makan?’, Nik Madihah akan jawap dengan senyuman sahaja. Masa rehat, dia memerap di perpustakaan dan membaca buku. Duit belanja Nik Madihah 50 sen sehari dan itupun akan disimpan dalam tabung 10 sen sehari hinggalah dia dapat membeli buku rujukan menggunakan wang tabungnya sendiri. Dia banyak berpuasa demi menjimatkan wang. Menurut Nik Madihah, walaupun dia kurang makan, tetapi hidupnya tak pernah lapar kerana mengenangkan pengorbanan dan kasih sayang ummi dan ayahnya yang amat berlebihan. Tengok tu, makan pun tak cukup, apatah lagi nak beli barang-barang lain. Baginya, kasih sayang ibu dan ayahnya yang menjadi zat untuk menjernihkan nurani dan mencerahkan otaknya. Ha, macam mana tu, betapa Nik Madihah menghargai jasa ummi dan ayahnya walaupun mereka tidak dapat menyediakan keperluan Nik Madihah dengan sempurna. Betapa.

Kedua, Nik Madihah amat menghargai nilai wang semenjak dia dipukul oleh umminya kerana menggunakan wang RM1untuk membeli kuih etok. Masa tu umurnya baharu 6 tahun. Kata ibunya, ‘Mengapa Kak Long beli etok banyak sangat. Tahukah ini sangat membazir, kita tak selalu ada duit sayang’. Ha, macam mana tu, bagi kita RM1 tu biasa saja, tetapi bagi keluarga dia, RM1 amat-amat berharga. Oleh kerana tak mampu nak beli buku rujukan & kamus, Nik Madihah menyalin satu persatu isi kamus yang dipinjam dari rakan. Betapa!

Ketiga, Nik Madihah adalah gadis yang sangat pintar yang penuh keyakinan diri dan tidak akan mengungkit kesusahan keluarganya. Senang kata, kita lihat dia susah, tetapi hatinya sentiasa senang dan tenang kerana dia selalu bersyukur dengan apa yang ada. Inilah contoh motivasi terbaik kita selaku umat Islam. Macam saya tulis dalam blog lepas, tak kiralah kita ni miskin atau kaya, cantik atau tak, cukup makan atau tak TETAPI kalau ada kemahuan, di situ ada jalan nak berjaya! Kata Najib, hanya orang-orang yang pernah susah sahaja akan berjaya! Ya, teori yang amat sukar untuk saya sangkal.

p/s: Bacalah buku tu untuk menambahkan keinsafan kita tentang 1001 hakikat kehidupan. Banyak pengajaran tersirat ada dalam buku tersebut (untuk orang yang mahu berfikir). Saya dah masukkan Nik Nur Madihah yang berusia 19 tahun dalam senarai IDOLA saya!

« Previous PageNext Page »