Pelaburan


Punca kepada krisis sekarang adalah lebih kepada kegiatan spekulasi dalam pasaran komoditi dunia.

Dengan kemerosotan dalam pelaburan kewangan dan hartanah, tumpuan para pelabur dan spekulator beralih kepada pelaburan komoditi.

Eksploitasi spekulasi mengakibatkan kenaikan harga melonjak mendadak dan ini memberikan isyarat yang salah kepada para pengeluar dan pembeli.

Respons para pembeli yang membuat pembelian panik seterusnya menambahkan lagi kegawatan.

Tidak cukup dengan itu, kegiatan sorok barang oleh peniaga bagi mengaut keuntungan berganda terus menjadikan keadaan semakin parah.

Faktor-faktor lain seperti kenaikan permintaan makanan dunia terutama dari China dan India, kegunaan bahan seperti jagung untuk bahan api bio, dan kemarau di Australia adalah punca-punca sampingan yang sederhana impaknya bagi masa sederhana dan panjang.

Petikan dari: Utusan Online oleh Mohd. Nahar Mohd. Arshad

Betul ke orang kita hidup secara sederhana? Betul ke kita tidak mengejar kekayaan? Jika tidak, kenapa kita menjadi salah satu negara yang mempunyai pelabur internet yang tertinggi di dunia mengalahkan orang-orang di negara maju? Sanggup melaburkan sejumlah wang yang dikumpul hasil pendapatan, ada juga yang sanggup meminjam wang demi mendapat pulangan yang dijanjikan berlipat kali ganda sehingga 300% dengan masa yang singkat. Lihat sahaja pulangan yang diberi, sudah tentu risikonya setinggi langit. (Risiko berkadar terus dengan pulangan). Mungkin akan hilang kesemua wang sekelip mata sahaja. Jadi sebelum membuat pelaburan, fikir dan buat kajian mengenai pelaburan yang disertai. Lihat! Segala apa yang kita lakukan, mesti diiringi dengan ilmu. Jangan fikir hendak melabur jika hanya mahu bergoyang kaki kecuali menyertai unit amanah. Di unit amanah, anda mempunyai Perunding unit amanah dan pengurus dana amanah yang terlatih untuk memberikan keuntungan pada anda dalam jangka masa sederhana dan panjang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Jadi fikir sebelum bertindak. FIKIR!

public-mutual.jpgObjektif Dana: untuk mencapai pertumbuhan modal dan menyediakan pendapatan dengan melabur di portfolio saham yang mematuhi syariah dan menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan hasi dividen yang baik.

Pembahagian Aset: 70% – 90% nilai aset dilaburkan di dalam ekuiti dan selebihnya di dalam instrumen pendapatan tetap dan pasaran wang islam. Di dalam bahagian Ekuiti, 50% akan dilaburkan di dalam saham pertumbuhan modal syariah dan 50% di dalam pasaran saham yang menawarkan dividen yang menarik. Wahh.. bestnya..

Profil Pelabur: Aggresif (Mana-mana yang bujang dan masih belum ada anak, boleh lah melabur di dalam dana ini yek! Kalau yang sudah berkeluarga dan mempunyai pendapatan yang stabil pun dialu-alukan)

Fakta terkini keadaan ekonomi Malaysia

  • Bertahan
  • Asas yang kuat
  • prospek pertumbuhan yang cerah
  • pembelanjaan konsumer yang baik
  • harga komoditi yang tinggi
  • sektor pertumbuhan syarikat-syarikat (Teknologi, binaan bangunan, pembuatan, tenaga kerja)
  • Sektor syarikat dividen (Utiliti, konsumer, perkhidmatan)
  • gpd.JPG

    Klik digambar untuk gambaran yang lebih terang.

    Seperti semua sedia maklum, jangkamasa pelaburan terbahagi kepada 2 iaitu ; panjang (melebihi 5 tahun) dan pendek (kurang daripada 3 tahun). Dan ada juga orang membuat lebih spesifik lagi, pelaburan jangkamasa sederhana (3 – 5 tahun). Setiap satu jangkamasa pelaburan mempunyai pendekatan dan strategi yang berbeza. Untuk mana-mana saham sekalipun ada hendaklah memiliki dua komponen utama dalam pelaburan iaitu : WANG dan MASA. Jika anda ada wang, tetapi anda tidak mempunyai masa untuk membiarkan wang tersebut berkerja untuk anda, anda tidak akan memiliki keuntungan malah anda juga mungkin ditimpa kerugian kerana memilih instrument pelaburan yang salah. Berikan sedikit masa untuk ianya mendatangkan hasil, sesuai dengan objektif pelaburan anda.

    =) Selamat Melabur! Dana amanah baru Public Mutual: Public Islaic Optimal Growth Fund 

    (New Fund/Unit Trust by Public Mutual: PISTF – Public Islamic Select Treasures Fund)

    public-mutual.jpgBerita baik kepada semua para pelabur yang sedang menunggu-nunggu peluang untuk melabur =) Hari Selasa lepas Public Mutual telah melancarkan satu dana amanah (unit trust) yang baru iaitu PISTF. Dana ini akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat kecil dan pertengahan yang tersenarai di papan kedua BSKL. Boleh juga saya katakan, dana ini adalah menyerupai dana PIOF yang juga di laburkan di dalam syarikat kecil dan pertengahan di papan kedua BSKL. Mengikut prestasi PIOF selama 2 tahun, PIOF telah mendapat keuntungan sebanyak lebih kurang 80%. Oleh itu sesiapa yang ingin mencari khazanah yang terpendam di dalam syarikat kecil dan pertengahan ini, boleh la menghubungi Unit Trust Consultant masing-masing. Anda boleh melabur sekali gus ataupun mengeluarkan wang KWSP anda. Ingat! bukan lagi dengan syarat pengeluaran KWSP yang dulu.

    Jenis Dana = Ekuiti berlandaskan syariah
    Jenis pelabur = Aggresif
    Jangka masa pelaburan = sederhana atau jangkamasa panjang ~3-5 tahun
    NAV = RM 0.25 sewaktu promosi dari 26 Febuari 2008 sehingga 17 Mac 2008

    Saya juga akan membeli dana amanah ini, jika tidak kehabisan sewaktu saya ingin membelinya di dalam tempoh promosi tersebut. Nanti boleh lah saya updatekan prestasi dana kepada pelawat blog ini.

    Kenapa anda patut melabur di dalam PUBLIC MUTUAL? (wahh.. macam ayat promosi pula)

    lipper.jpg Klik di jadual di sebelah untuk paparan yang lebih besar dan jelas. Perbandingan yang di buat di antara syarikat yang mengendalikan unit amanah (unit trust) swasta di Malaysia yang di buat oleh The Edge.

    Setiap orang di Malaysia ini mengimpikan dan berusaha mengecapi taraf kehidupan yang selesa. Mungkin kebanyakkan golongan muda sekarang ini, berfikir-fikir untuk membeli kediaman impian, kereta idaman yang bakal berada di hadapan rumah anda, dan jenama baju yang anda pakai seharian, suami yang kacak, isteri yang cantik. Mengimpikan sesuatu tidak salah, malah ia membuatkan kita lebih berusaha untuk mengecapinya. Malang sekali semua yang kita impikan memerlukan wang dan bagi golongan yang sederhana, anda akan sentiasa membuat kira-kira bagi membolehkan anda merasai taraf kehidupan sebegitu.

    Langkah pertama bagi anda untuk mengecapi kehidupan yang anda impikan ialah dengan menyediakan portfolio pelaburan anda sekeluarga. Komponen yang penting dalam portfolio tersebut ialah pelan pesaraaan, dana kecemasan (reserved fund) dan juga pelaburan yang pelbagai. Saya pernah menulis artikel mengenai dana kecemasan ini tahun lepas. Bagi sesiapa yang belum lagi membaca, klik di sini. Untuk dana kecemasan, kita mempunyai wang tunai di dalam bank sekurang-kurangnya 6 bulan jumlah perbelanjaan kita. Jika anda memerlukan RM3,000 untuk membayar semua utiliti, pinjaman dan perbelanjaan lain, maka anda memerlukan RM18,000 di dalam dana kecemasan. (more…)

    Next Page »