MLM Coaching Program » · Register

Pelaburan


Petikan dari Utusan Malaysia Online 5 Februari 2008

PUTRAJAYA 5 Feb. – Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md. Zin berkata, kadar dividen itu meliputi lima peratus bagi dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang diumumkan buat pertama kali.

Menurutnya, kadar dividen tujuh peratus itu membabitkan pembayaran sebanyak RM1.05 bilion kepada pendeposit iaitu yang tertinggi sejak penubuhan Tabung Haji.

Beliau berkata, pembayaran dividen itu akan dikreditkan dalam akaun pendeposit pada 10 Februari ini.

Wahh, nampaknya Tabung Haji pun mempunyai prestasi yang baik pada tahun ini. Di samping dapat menabung kewangan untuk menunaikan haji ke Mekah, kita boleh juga menggunakan Tabung Haji sebagai salah satu altenatif pelaburan. Kalau sudah banyak wang di dalamnya, boleh lah kita pergi menunaikan haji dan umrah banyak-banyak kali. Hehe.

Petikan dari Utusan Malaysia Online 4 Februari 2008

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Alhamdulillah, segala persoalan mengenai ASB dan ASN sudah terjawab. Tetapi saya masih tertanya-tanya sebab mengapa hukumnya HARUS. Jika anda ada penerangan yang lebih terperinci, bolehlah kita berkongsi bersama dengan pelawat-pelawat yang lain.

Klik di sini >> Baca komen Ustaz Zaharuddin mengenai isu ini.

Harga Saham di Asia meneruskan aliran menurun pada hari ini berikutan kebimbangan kemungkinan gergasi ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami krisis ekonomi akan mencetuskan kemelesetan global. Indeks penanda aras Nikkei ditutup 5.7% kepada 12,573.05 mata di bursa Tokyo. Di Seoul, index komposit Korea jatuh 4.4% kepada 1,609.02 mata. Index Hang Seng turut menjunam 8.7% kepada 21,757.63 mata. Di Taiwan, harga saham di bursa saham Taiwan lenyap 6.5% kepada 7581.96 mata. Di bursa Malaysia pula, harga saham turut jatuh akibat tekanan jualan saham mewah dan murah akibat kejatuhan pasaran saham dunia. Index Komposit Kuala Lumpur pula jatuh 54.12 mata kepada 1,354.49 mata.

Berdasarkan ekonomi semasa Amerika Syarikat, Presiden Persatuan Pelabur Malaysia berkata, sehingga kini, KLCI telah menurun 11.3% dan pasaran saham tempatan dijangka akan terus menurun lagi daripada paras tertinggi pada 1,525 mata kepada paras 1,200 mata. Jangkaan pasaran tempatan akan menurun sekitar 20%. Dianggarkan KLCI akan kembali kepada 1,550 mata menjelang akhir tahun ini. KLCI akan berada pada tahap yang kukuh dan aktif dalam jangka masa yang sederhana dan panjang. Ini memberikan kesan kepada semua dana amanah lebih-lebih lagi dana yang mempunyai objektif pelaburan di Asia.

sahamjatuhpcif.JPG

Penganalis ekonomi : Kesan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia dijangka terhad. Ini berikutan sokongan perbelanjaan domestik yang dijangka semakin kukuh seperti langkah kerajaan yang membenarkan dasar pengeluran wang daripada akaun KWSP untuk pembiayaan perumahan. Kesannya dapat membantu mengurangkan impak luaran ke atas ekonomi tempatan.

p/s: Ini adalah peluang terbaik kepada para pelabur untuk membeli saham murah dan berasas kukuh baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara. Di Malaysia sahaja, kita mempunyai dana-dana besar yang sentiasa mempunyai sumber pendapatan yang tinggi. Ini adalah peluang yang amat baik, memandangkan asas kukuh bagi dana Malaysia untuk mula membeli saham kerana kebanyakan saham kini murah dan sangat menarik dari segi harga.

Walaubagaimanapun, ekonomi Malaysia masih lagi stabil.

public-mutual.jpgAnak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual Berhad mengumumkan pengagihan kasar untuk 5 daripada dana-dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Dana-dana ini mencapai pulangannya lebih baik daripada ukur rujuk prestasi indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI). Menurut Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow antara dana yang memberi pulangan yang tertinggi ialah Public Dana Savings, Public Dana Focus Select dan PB Dana Growth sebanyak 35.24%, 32.87% dan 56.10% masing-masing.

Pengagihan Kasar Dana Public Mutual bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007

1) Public Dana Savings – 10 sen seunit
2) Public Dana Focus Select – 7.5 sen seunit
3) PB Dana Growth – 9 sen seunit
4) PB Dana Balanced – 10 sen seunit
5) Public Dana Islamic Enhanced Bond – 3.5 sen seunit

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dan menguruskan sebanyak 55 dana untuk seramai 1.35 juta pemegang akaun. Pada November 2007 jumlah dana yang diuruskan adalah sebanyak RM 27.4 billion.

p/s : Mari Melabur! Sebelum terlambat..

ASNB

Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.25 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional. Kadar itu memepunyai peningkatan sebanyak o.75 sen seunit berbanding tahun lalu; sebanyak 5.55 sen seunit. Kadar hasil pengagihan pendapatan yang diperolehi oleh pemegang unit pada tahun ini adalah 7.11%. Prestasi terbaik yang dicatatkan oleh ASN adalah hasil prestasi yang memberangsangkan pasaran saham, di mana index  komposit  Kuala Lumpur  (KLCI)  telah mencatatkan paras tertinggi iaitu pada  1440.39 mata  pada 6 Disember 2007. Ini bukan sahaja dilihat melalui dividen tetapi juga NAV ( Net Assest Value) bertambah baik.Pengagihan pendapatan ini melibatkan jumlah pembayaran RM86.81 juta kepada 1.21 juta pemegang unit yang melanggan  1.389 billion unit amanah ASN. Pemodalan Nasional Berhad (PNB) juga turut mengumumkan  ia sedang mengkaji cadangan untuk menggunakan wang di dalam unit amanahnya untuk dilaburkan di luar negara pada masa depan.

Mari melabur :)

ASB 07

Pemegang Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima agihan pendapatan sebanyak 8 sen seunit dan bonus sebanyak 1 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Tahun lalu agihan pendapatan adalah  7.30 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit.  Jumlah agihan tersebut akan dapat dimanfaatkan oleh  seramai 6.35 juta pemegang unit yang telah melanggan sebanyak 55.28 billion unit ASB.

Jadi kepada sesiapa yang mempunyai pegangan terhadap Unit Amanah Saham Bumiputra (ASB) bersedialah untuk mengemas kini buku akaun anda. Saya berharap tidak membelanjakan agihan pendapatan tersebut, malah anda terus menyimpan dan memahami kuasa compounding. Selain itu anda juga boleh mempelbagaikan instrumen pelaburan anda, dengan melaburkan agihan pendapatan tersebut ke dana yang pelbagai seperti yang ditawarkan oleh Public Mutual. Sebagai contoh, dalam dana amanah Public China Ittikal Fund (PCIF) yangmembuat pelaburan di Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Singapore dan lain-lain. Dana ini mendapat sambutan yang mengalakkan sehinggakan pihak Public Mutual telah menambah saiz dananya daro 3.375 billion unit kepada 5 billion unit.

 ” ….. financial mastery is spending less what you earn & investing the difference! ”

« Previous PageNext Page »