MLM Coaching Program » · Register

Pelaburan


Wang merupakan medium yang tidak pernah ‘tidur’. Ia akan sentiasa bekerja bila anda pandai menggunakannya. Ia akan bekerja keras untuk anda setiap saat. 24 jam sehari. 365 hari setahun. Anda mesti pandai mencari jalan supaya wang anda bekerja keras untuk anda, bukannya anda bekerja keras untuk wang anda. Apa yang anda perlukan ialah beberapa ringgit sehari. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang genius mengenai kewangan atau ekonomi untuk menjadi kaya. Anda tidak perlu mempunyai sebuah perniagaan sendiri. Anda hanya cuma membuang tabiat buruk perbelanjaan, beli apabila perlu dan menyimpan wang tersebut kesaluran yang yang mendatangkan hasil seperti pelaburan. Nescaya anda akan mencapai kebebasan kewangan!

Sebagai contoh, anda dapat mengumpul RM200 setiap bulan hasil daripada membuang tabiat buruk pembaziran pembelanjaan anda dan ingin melaburkan ke dalam dana amanah. Anda pula mempunyai objektif kewangan anda untuk menyimpan di dalam satu dana amanah dengan modal kapital sebanyak RM1000 yang mendatangkan pulangan kira-kira 20% sebulan selama 25 tahun. RM200 setiap bulan pertumbuhan modal selama 25 tahun, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM 1,839,478.78! Anda adalah jutawan! ;) (more…)

graph.JPG

Artikel hari ini merupakan sambungan daripada hari semalam. Hanya meluahkan apa yang saya tahu dari menghadiri seminar-seminar mengenai pelaburan. Pada artikel semalam, saya ada menyebut bahawa, pelaburan akan mendatangkan lebih banyak keuntungan berbanding simpanan. Di mana saya boleh katakan, simpanan hampir tidak mempunyai sebarang risiko jika membuat simpanan berhati-hati, kalau ada pun mungkin dalam peratusan yang teramat sikit. Pelaburan pula, walaupun keuntungannya lumayan, ia akan datang sekali dengan risiko. Ingat kata-kata ini ;

“Anything that can go wrong, will go wrong”
Murphy Law

Sejauh mana kebenaran kata-kata ini, apabila segala benda yang kita rancang, gagal atas sebab-sebab yang luar daripada kawalan kita. Sebagai contoh, anda membeli saham syarikat A dengan harapan harga seunit saham akan melambung tinggi dalam masa 2 hari. Kemudian tanpa anda sedari, sesuatu telah berlaku dalam pengurusan syarikat A, membuatkan harga seunit saham jatuh menjunam melebihi dari harga belian anda. Jadi sebelum apa-apa yang terjadi anda telah menjual saham tersebut. Hasil daripada pelaburan anda ialah anda mengalami kerugian. Contoh seperti ini biasa berlaku di dalam dunia pelaburan kerana tiada suatu pun yang pasti di dalam dunia ini. Risiko tetap ada.

Risiko dan pulangan adalah perkara biasa di dalam dunia pelaburan. Jika anda mahu pulangan yang besar, jadi anda bersedia untuk menghadapi risiko yang lebih besar kerana risiko dan pulangan sering berjalan seiringan.

Jika anda seorang yang mahukan keuntungan yang banyak tetapi anda takut untuk menghadapi risiko kehilangan pelaburan anda, jadi terdapat sesuatu konflik di dalam pendekatan anda di dalam dunia pelaburan. Jika ini berlaku, kemungkinan anda tidak akan dapat tidur malam yang nyenyak dan merasa tekanan, kerana pelaburan sering turun naik hari demi hari. Bak kata orang, mandi tak basah, tidur tak lena. Sebagai contoh, seorang lelaki membawa wang sebanyak RM2000 pergi ke kasino dengan harapan untuk membuat duit atau mendapat keuntungan. Seseorang yang mempunyai sifat toleransi terhadap risiko, tidak akan berputih mata jika kehilangan wang yang dijudikannya. Berbanding dengan seseorang yang tidak boleh menghadapi risiko dan hanya pergi ke kasino sebab ajakkan kawan-kawan, akan berasa tertekan jika kehilangan wang tersebut. Jadi orang seperti ini, tidak seharusnya pergi ke kasino apabila dia belum bersiap sedia untuk menerima sebarang kerugian.

Terpanggil pula hari ini untuk membandingkan kedua-dua unit amanah yang terkenal di Malaysia. Saya menulis ini atas pendapat dan pandangan saya terhadap kedua-dua dana ini. Jika terdapat kesalahan atau kemusykilan, boleh kita bincang bersama. Lagipun saja saya hendak memberitahu orang ramai, terdapat alternatif lain untuk melabur di dalam unit amanah selain daripada ASB. Bagi saya unit amanah yang dikeluarkan Public Mutual memberi pulangan yang hebat jika dibandingkan dengan unit amanah yang lain. Ini bukan hendak memberi iklan yang free kepada Public Mutual, tetapi memang ternyata prestasi setiap dananya amat memberangsangkan. Berikut adalah perbandingan secara mudah antara kedua-dua unit amanah.

Amanah Saham Bumiputra
Public Mutual Berhad

Harga

Harga tetap

Harga berubah-ubah mengikut pasaran semasa.

Jenis Pulangan

Dividend income

Dividend income dan Capital Gain

Jenis Pelaburan

Pelaburan Konvensional. Ada yang mengatakan ianya bukan satu pelaburan syariah. Sila ikuti artikel di www.zaharuddin.net

Terdapat dana yang dilaburkan 100% mengikut kehendak syariah dan terdapat juga dana yang dilaburkan mengikut kaedah kovensional.

Pengiraan Pulangan

(Cth. Jumlah pelaburan RM10,000)

Harga Seunit: RM 1

RM 10,000/ RM 1
= 10,000 unit

Dividen dan bonus 9%

10,000 x 0.09= RM 900

Capital gain = RM 0

Jumlah Pulangan = RM 900

Pulangan %

= 900/10000
= 9%

Harga Seunit : RM 0.85

RM 10,000/ RM 0.85
= 11,764 unit

Dividen 0.07 sen

11,764 x 0.07 = RM 823.53

Jika capital gain = 0.03 sen

Pulangan

= 11,764 unit x 0.03 sen
= RM 352.92

Jumlah Pulangan

= RM 823.53 + RM 352.92
= RM 1,176.45

Pulangan %

= 1,176.45/10000
= 11.76%

public-mutual.jpgSetelah menunggu beberapa bulan, Alhamdulillah keluar juga satu fund baru oleh Public Mutual Berhad. Eh, bukan satu tetapi dua dalam bulan ini ;) Kalau tengok prestasi kedua-dua dana, nampak memberangsangkan. Tapi itu prestasi lalu dan hanya boleh menjadi kayu pengukur. Dua fund tersebut ialah :

  1. Public Islamic Select Sector Fund
  2. Public China Ittikal Fund

Jadi, terbahagi la reserved fund saya kepada kedua-dua fund ini. Reserved fund untuk pelaburan tambahan. Reserved fund untuk kecemasan, jangan sesekali guna untuk tujuan ini.  Oleh kerana fund ini tergolong dalam kategori dana ekuiti (Syariah), jadi saya melabur 57% di dalam PISSF dan 43% di dalam PCIF melihat kepada prestasi fund masa lalu. Sudah lama menyimpan, menunggu masa yang sesuai untuk membeli dana amanah syariah yang terbaru. Kalau diikutkan sumber dari Kementerian Kewangan, PISSF telah mencapai pertumbuhan secara meningkat sebanyak 105.87% dalam masa 5 tahun. PCIF pula, sebanyak min. 70% aset fund akan dilaburkan di tanah besar China, Hong Kong, Taiwan dan dana imbangan di dalam pasaran tempatan. InsyaAllah, dapat mengaut keuntungan dari hasil pembangunan tanah besar China.

Apa tunggu lagi, anda mempunyai simpanan? dan anda merupakan pelabur agresif? Jadi beraturlah di depan kaunter Public Bank pada 13 November 2007 (untuk membeli PISSF) dan 20 November (untuk membeli PCIF). Saya rasa PISSF akan terjual dalam masa satu hari. Siapa cepat dia dapat ;) (more…)

729164_investing_2.jpgSaya secara peribadi sangat menyukai kedua-dua cara ini untuk mencapai kebebasan kewangan. Jadi pada masa sekarang, saya banyak menghabiskan masa membaca buku-buku mengenai kedua-dua jenis pelaburan. Biasalah, sebelum kita melabur dan memperolehi dengan banyak, kita juga perlu belajar dan membaca banyak juga. Azizi Ali, sebelum dia menjadi jutawan telah membaca lebih 500 buah buku mengenai pelaburan. Saya dah .tut. buah buku. Anda berapa pula?

Kepada remaja-remaja, saya berharap anda dapat sedar dan mengorak langkah untuk maju kehadapan. Tinggalkan angan-angan, dan jadikannya satu realiti. Jika anda meminati perniagaan, mulakan secara kecil-kecilan. Jika anda minat melabur, berjinak-jinak dengan unit amanah sebelum anda membeli saham di BSKL, FOREX, Komoditi dan lain-lain. Ingat, anda mulakan secara kecil-kecilan, perlahan-lahan tetapi TETAP dan BERTERUSAN! Bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal langsung, laburkan dalam ilmu dan pengetahuan. Ilmu dan pengetahuan merupakan asas yang penting dan merupakan kuasa potensi. Tanpa ilmu, walaupun anda mempunyai wang, semuanya tidak akan menjadi.

Setalah anda mempunyai ilmu di dada dalam bidang pelaburan saham dan hartanah. Berjinak-jinaklah diri anda dengan kedua-dua pelaburan dengan bermain secara kecil-kecilan. Mempunyai ilmu tetapi tiada sebarang tindakan, sesuatu tidak akan berhasil. Tindakan adalah kuasa sebenar! Tidak kira betapa kecilnya langkah pada peringkat permulaan, bertindaklah lebih baik daripada berdiam diri. Lebih banyak anda melakukan tindakan, anda akan lebih berjaya. InsyaAllah.

Pelaburan yang sesuai untuk membuat pinjaman adalah apabila anda boleh membuat banyak wang berbanding daripada jumlah pinjaman wang itu sendiri. Terdapat hanya beberapa situasi yang sesuai untuk meminjam daripada pihak bank untuk membuat pelaburan peribadi anda seperti pembelian hartanah atau untuk membesarkan perniagaan anda atau untuk melanjutkan pelajaran (Ilmu amat penting. Bila ada ilmu, anda akan dapat membuat wang yang banyak ;) )

Apabila anda membuat pinjaman, anda terikat dengan bank. Anda terpaksa untuk membayar interest terhadap pinjaman anda. Sebagai contoh, interest pada sesuatu tahun ialah 5% dan return daripada pelaburan anda ialah 7.5% (ataupun lebih tinggi. Kadang-kadang return bagi sesetengah tahun, bukanlah indah seperti yang disangkakan. Sudah tentu, apabila jurang interest dan return adalah rapat, sebagai contoh 5% dan 6%, secara logiknya anda masih lagi mendapat keuntungan daripada pelaburan anda. Tetapi terlalu besar risikonya. Adakah anda pasti return yang anda perolehi akan kekal atau meningkat? Apakah yang akan terjadi apabila return anda sama atau kurang dengan kadar interest? Jikalau ianya terjadi, anda akan kehilangan wang pelaburan anda, malah anda akan kerugian akibat anda terpaksa membayar interest kepada pihak bank.

Sebagai pendekatan saya mengambil contoh Pinjaman Pelaburan ASB. Buat masa sekarang ini, anda masih lagi membuat wang jika return ASB lebih tinggi daripada interest yang anda bayar kepada bank. Pada waktu yang sama, jurang antara return ASB dan interest Bank makin hari makin rapat. Pada satu hari nanti, return ASB akan berkemungkinan jatuh di bawah interst bank. Saya berharap situasi ini tidak akan berlaku.

Kenapa anda tidak melabur terus wang anda ke ASB setiap bulan? Melalui ini anda dapat mengelak daripada membayar interest kepada bank dan mengelak daripada situasi kerugian di atas. Semua dividen dan bonus adalah 100% milik anda untuk anda bersuka ria :)

Artikel lepas : Pinjaman Pelaburan ASB

« Previous PageNext Page »