MLM Coaching Program » · Register

Perniagaan


95% perniagaan kovensional gagal setelah beberapa tahun beroperasi
95% syarikat MLM gagal memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengedar
95% pengiat MLM gagal untuk mencapai impian mereka

YA! sememang ini amat menakutkan kepada sesiapa yang ingin meceburi bidang perniagaan. Sebenarnya kesemua yang gagal ini mempunyai sesuatu yang sama dan banyak yang berjaya juga dalam perniagaan mempunyai persamaannya juga.

Fikirkan…

  1. Dunn & Bradstreet menyatakan bahawa 95% perniagaan yang berjaya kerana membuat pengiklanan yang effektif
  2. Buku ”E-Myth” menyatakan bahawa 95% syarikat yang berjaya kerana mempunyai sistem pemasaran yang terbaik
  3. Buku ”Cash Flow quadrant” menyatakan bahawa 95% perniagaan yang berjaya kerana menggunakan struktur petak B/I iaitu (Business and Investor)
  4. Jika anda mengaplikasikan prinsip-prinsip di dalam “Think and Grow Rich” anda mempunyai 95% untuk berjaya

Keempat-empat prinsip ini mempunyai kadar kejayaan yang sama. Jikalau saya jumlahkan, 95% x 4 prinsip = 390% kadar kejayaan. Jadinya, jika anda menggunakan keempat-empat prinsip yang disebutkan, anda mempunyai 390% kadar kejayaan yang mana perkara ini SUNGGUH MUSTAHIL! Tak kira perniagaan apa yang anda lakukan, di mana sahaja anda lakukan, bagaimana anda lakukan, anda tetap mempunyai 100% kadar kejayaan.

Robert Kiyosaki, menyatakan 9 daripada 10 perniagaan akan gagal. Dan sewaktu beliau ingin memulakan perniagaan, beliau akan merancang untuk menjalankan 10 perniagaan satu per satu yang mana, beliau tahu 1 perniagaan akan pasti berjaya.

Beliau sudah bersedia untuk menjalankan perniagaan dan menempuh kegagalan sebanyak 9 kali. Setiap kegagalan yang beliau tempuhi, pasti beliau mempelajari sesuatu yang tidak dapat belajar di mana-mana termasuk universiti sekalipun. Sewaktu beliau memulakan perniagaan yang kesepuluh, beliau sudah tahu persamaan perniagaan-perniagaan yang berjaya.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk gagal? huh.. pelik sungguh bunyinya.

p/s: rentetan daripada Preveiw Peopleprenuer Biz School semalam yang bertajuk Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan oleh Dr. Irfan Khairi, Abg Abu dan Dato’ Dr. Azman Ching. Malam yang paling seronok buat PBS2 kerana ada majlis graduasi :) good luck to all PBS member.

Apa itu facebook?

FaceBook-256x256Facebook ialah sebuah laman sosial untuk anda berhubung dan bersosial dengan individu-individu lain. Ia adalah kombinasi e-mail, blog mikro dan aplikasi lain untuk anda berhubung, bermain game dan berkongsi cerita anda dengan kawan-kawan  secara ‘live’. Anda boleh menyertai kumpulan yang mempunyai minat yang sama dan menjemput mereka menyertai anda.

Lebih 200 juta pengguna (sehingga April 2009) di seluruh dunia menggunakan facebook untuk berinteraksi, berbual-bual dan mengeratkan tali persahabatan.

Kepada sesiapa yang terlibat di dalam perniagaan, gunakanlah facebook sebagai salah satu medium untuk mempromosikan diri anda dan juga perniagaan anda.  Di sini anda dapat leveragekan masa dan tenaga anda untuk faedah perniagaan anda – meningkatkan jualan, membuka pasaran baru dan bertemu dengan rakan kongsi yang berpotensi.

Bagaimana saya boleh mulakannya?

Lawati laman web www.facebook.com dan daftarkan butir-butir diri anda. (Ianya mudah dan yang paling penting, PERCUMA!)

Tips #1: Gunakan nama sebenar anda. Jangan malu dengan nama sendiri. Penat ayah dan ibu kita cipta nama untuk kita. Itu adalah brand kita. Macam sebuah perniagaan yang mempunyai nama syarikat!

Tips #2: Muat turun gambar yang terbaik untuk profil facebook anda. Pastikan ianya jelas, besar dan anda kelihatan segak dan anggun :). Jangan letak gambar yang kecil, kualiti yang kurang dan gambar beramai-ramai, sebab orang yang hendak berkawan dengan anda, ingin mengetahui siapa anda dan bagaimana rupa anda! Macam sebuah syarikat yang mempunyai logo!

Tips #3: Tuliskan profil terbaik yang anda mampu. Anda boleh menulis profil yang panjang – selagi ianya menarik untuk dibaca. Pastikan anda mempromosikan diri dan perniagaan di profil tetapi biarlah dengan cara yang bersahaja.

Bagaimana menggunakan facebook?

  • Mencari kawan seramai mungkin. Jadi kawan saya dan Ain di facebook!
  • selalu menolong dan memberi nasihat
  • kongsi pendapat dan buah fikiran
  • kogsi video-video yang kelakar dan bermanfaat
  • berinteraksi dengan kawan
  • membina kumpulan anda dan kumpulan di sekeliling topik perniagaan anda
  • anjur acara di topik anda dan promosi ia di facebook
  • Muat turun gambar acara yang anda hadiri – tandakan atau tag kawan anda
  • Kawan facebook anda boleh melihat gambar dan aktiviti anda

Tips #4: Kemas kini selalu

Tips #5: Balas komen-komen rakan anda

Jangan hanya mempromosikan perniagaan anda atau peluang yang anda ada di facebook  setiap kali. Ingat, mereka akan berminat untuk menyertai anda apabila mereka; kenal anda, suka anda dan percayakan anda! Cara yang terbaik untuk melakukan pemasaran di facebook atau media sosial yang lain ialah dengan membina perhubungan secara perlahan-lahan dan beri lebih perhatian kepada orang lain berbanding promosi anda. Sekali sekali promosilah acara dan perniagaan yang anda suka!

Assalamualaikum,

successinbad
SUCCESS EVEN IN BAD

Pernah tak anda jumpa orang yang gagal dalam perniagaan? Jika anda memang dalam field business dan banyak terlibat dalam melebarkan networking, anda akan kerap bertemu dengan orang yang menceritakan kisah silam mereka dalam perniagaan yang menyedihkan. Kalau yang jatuh dalam perniagaan sikit-sikit tu biasalah, ini yang jatuh melibatkan kerugian berjuta ringgit ataupun diisytiharkan muflis.

Di antara ramai orang yang pernah jatuh ini akan ada seorang dua sahaja yang akan bangun menjadi Brand New Businessman. Ya, bilangannya amat sedikit. Yang lain akan terus meratapi kegagalan dan asyik menyalahkan orang lain atas kegagalannya sampai mati. Tahu tak kenapa? Untuk Brand New Businessman, mereka sebenarnya ada satu sikap yang amat jarang tersemat dalam hati para usahawan (terutamanya melayu). Iaitu sifat ENTHUSIASM – iaitu kepercayaan kepada diri sendiri. Kepercayaan bahawa matlamat mereka dalam sesuatu perniagaan memang bagus (walaupun orang lain kata tak bagus) dan yakin akan dapat dicapai. Orang yang ada sifat Enthusiasm ni ada semangat yang berkobar-kobar dalam perniagaan dan apa sahaja halangan di hadapannya akan dihadapi secara profesional. Orang seperti ini misi dan visi nya dalam perniagaan sentiasa jelas. Tidak samar-samar. Berniaga bukan hanya kerana wang semata-mata tetapi kerana minat untuk mempelajari APAKAH ITU CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN mereka. Sifat Enthusiasm hanya dapat diukur apabila kita berada dalam tekanan perniagaan. Sama juga mengikut kajian psikologi, kalau nak mengetahui sifat sebenar seseorang, lihatlah sifatnya sewaktu berada dalam tekanan atau situasi buruk (bad times). Kalau masa sedang gembira, ketawa-ketawa, suka, kita tak akan dapat tahu sifat sebenar seseorang tu. Jadi, bagaimana dengan anda? Walau apa pun saya jamin kita akan berjaya dalam perniagaan jikalau kita ada ENTHUSIASM yang TINGGI! Ia wajib bermula dengan DIRI KITA SENDIRI, bukan kerajaan, bukan pakar motivasi, bukan ORANG LAIN!

YOU CAN LOSE EVERYTHING,

BUT NOT YOUR ENTHUSIASM…

Selepas makan malam dengan Ain sebentar tadi, sempat juga kami berbual mengenai perniagaan baru dan idea-idea yang boleh mendatangkan pendapatan. Bukan tak cukup dengan pendapatan atau perniagaan yang sedia ada, tetapi kalau boleh nak multiple stream of income. Ingat! Jangan harapkan pendapatan dari satu sumber sahaja.

Baiklah, sebut saja mengenai perniagaan, mestilah ada benda yang hendak dijual. Soalan pertama yang selalu diajukan, tak lain dan tak bukan, ialah NAK JUAL APE EK? (Orang Johor la katakan.) Soalan yang susah untuk dijawab. Saya dan Ain juga berpinar kepala brainstorming, idea-idea bisnes yang menarik dan mampu dilakukan oleh kami.

Memilih untuk menjual apa-apa memang mudah. Dapatkan sahaja produk, dan jualkan sahaja. Tetapi, adakah anda pasti anda mempunyai pelanggan? Itulah sebabnya kenapa kami brainstroming. Soalan yang mesti kami jawab:

  1. Produk?
  2. Tempat? Target Negara? Antarabangsa?
  3. Harga?
  4. Target Pelanggan?

Jangan sesekali membuat satu anggapan. ‘InsyaAllah, nanti adalah yang beli produk aku itu. Maklumlah, aku je yang jual produk itu kat internet ini‘. Tidak semestinya, anda menjadi pelopor atau orang yang pertama menjual produk yang dianggap pelik itu, anda boleh berjaya.

Jadi, sebelum anda hendak jual apa-apa produk, di mana sahaja, pada harga yang  ditetapkan dan mempunyai pelanggan; anda mesti membuat kaji selidik mengenai pasaran anda. Perkara ini memang membosankan sebabnya anda cuma menghabiskan masa membuat kajian tanpa wang masuk, malah wang keluar lagi anda. Tetapi, ingatlah hasilnya akan anda dapat kemudian hari.

*Apakah tips dan trik menyelidik pasaran dan memastikan perniagaan anda sedia mempunyai permintaan yang tinggi? Sertai IK dan Dr Azman Ching di seminar “NAK JUAL APA?” pada hari Khamis 6hb Ogos ini, di Cititel, Midvalley jam 8.00mlm. MASUK: RM10.00. Klik di sini untuk mendapat info selanjutnya –> SEMINAR KEUSAHAWANAN: Nak Jual Apa, Mengapa & Bagaimana?!

Dalam bisnes banyak dugaannya
Ingat senang ke
Boleh buat kita menangis, marah dan geram
Kadang-kadang kena buli
Aku dah laluinya
Hujan, ribut, salji, musim luruh, panas menyengat
Ada indah, ada pahit, ada manis
Aku serahkan segalanya pada Allah
Itupun setelah aku berusaha
Memperbaiki apa yang salah kepada yang benar
Paling perit adalah nak menegakkan kebenaran
Yang benar itu pahit untuk dinyatakan
Yang benar itu selalunya sukar mendapat sokongan
Yang benar itu banyak dihambur caci maki
Yang benar itu selalunya dipinggirkan
Yang benar tak semestinya orang boleh terima
Yang benar itu selalunya orang bodoh cuba terbalikkan
Maka jadilah yang benar itu nampak salah
Yang salah pula nampak macam benar
Eh biar betul
Gila ke dunia ni
Yang salah selalunya dapat sokongan
Dapat sanjungan
Dapat perlindungan
Dapat pujian
Memang tak adil
Itulah perbuatan orang munafik
Egois dan perasan bagus
Mungkin betul kata Najib
Orang macam tu akan sentiasa berada di takuk lama
Tak akan maju
Apatah lagi nak jadi jutawan
Kerana tak faham fakta
Bodoh sombong
Aku kesal kerana gagal mentarbiahkan orang-orang kategori purba ni
Aku nak screw up mereka tapi kesian
Kesian tengok apabila hal yang mereka cuba ceritakan dan terangkan berdegar-degar macam nak bergaduh tu sangat salah
Auta semata-mata
Auta! Auta!
Ummi pernah nasihat aku
Tak guna bercakap dengan orang sombong
Bodoh pulak tu
Yang berduit tak semestinya banyak ilmu
Yang banyak cakap tak semestinya banyak ilmu
Tong kosong

Sedangkan Qarun yang bancuh emas pun ditelan bumi
Jadi jangan rasa diri tu hebat sangat
Sampai tak nak dengar pendapat dan nasihat orang
Auta je lebih
Ya, kebenaran itu perit dinyatakan
Tetapi hasilnya pasti indah macam yang Dr. HM Tuah tulis dalam bukunya
Ya aku percaya
Aku maafkan orang-orang bodoh sombong macam Israel ni
Supaya aku tak dibebani dengan perasaan dendam dah geram pada manusia purba ni
Inilah nasihat Irfan Khairi dalam buku dia
Inilah resepi nak jadi jutawan
Ya aku yakin
Buat perkara yang betul walaupun pahit
Boleh lah aku tidur sambil tersenyum lepas ni

1:38 am; Tuesday
A.I.N

Dah baca artikel H.U.T.A.N.G Part 1? Itu sebenarnya mukadimah. Kali ni saya nak cerita tentang hutang dalam bisnes.

Hutang sangat merbahaya dalam perniagaan. Ya, peraturan atau tips ini semua orang yang bisnes secara serius akan faham dan mengakuinya. Hutang dalam bisnes boleh membuatkan kita kerugian besar dan paling parah bankrap! Berikut adalah 2 kisah berkenaan HUTANG!

1) Ayah saya adalah seorang peniaga suatu ketika dahulu kerana mewarisi kedai tersebut daripada arwah datuk saya yang bekerja keras membina syarikat Sdn. Bhd. Perniagaan arwah datuk (yang terus diwarisi oleh ayah) meliputi kedai runcit, syarikat padi dan kelapa kering dan getah (sekitar tahun 1950 hingga 1980-an bisnes padi, getah dan kelapa paling menguntungkan). Namun, akibat terlalu banyak orang yang berhutang di kedai runcit, perniagaan bapa saya terpaksa ditutup akibat kekurangan modal pusingan. Kejatuhan ini berlaku sekitar tahun 1998 dan sehingga kini saya masih merasai betapa peritnya kehidupan pada waktu itu. Dan sampai sekarang buku-buku hutang masih lagi ayah simpan di rumah. Banyak dan besar-besar saiznya! Yang kesiannya orang-orang yang berhutang tu kebanyakannya dah arwah pun. Akibat daripada angkara HUTANG itulah ayah saya hilang bisnes dan kena bekerja di kilang perabot dan stesen pam minyak. (Tapi sekarang keluarga kami dah okay, alhamdulillah).

2) Anda ada rumah sewa? Sekiranya penyewa kerap sangat tangguh membayar sewa, anda perlu berjaga-jaga. Macam seorang ibu kawan saya ni, dia ada sebuah apartment yang strategik tempatnya di Kajang dan menawarkan untuk menjual apartmen tersebut kepada saya dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Saya tanya kenapa tak ikut harga pasaran (yelah, saja tanya sebab mana ada orang yang nak jual rumah dengan harga rendah berbanding harga pasaran kan. Mana tahu rumah tu ada misteri apa-apa ke). Rupa-rupanya apartmen tersebut sedang diduduki oleh sebuah keluarga yang dah setahun tak bayar sewa dan ibu kawan saya ni dah tak sanggup nak tanggung bayar loan rumah setiap bulan buta-buta gitu je! (yelah, siapa tahan kan). Malahan sebelum berlaku kes tak bayar langsung sewa ni, si penyewa ni kalau bayar sewa pun ikut suka-suka hati dia nak bayar berapa-berapa aje dia suka. Wah ni kira dah kes aniaya ni. Ibu kawan saya ni dah beberapa kali cuba berunding dengan si penyewa supaya tinggalkan rumah tersebut dan tetap bertimbang rasa dengan bagi banyak kali peluang untuk cari rumah baru. Tapi lama kelamaan si penyewa suami isteri ini semakin ganas dengan pandai mengeluarkan kata-kata tak elok kepada ibu kawan saya. Eh, dah terbalik ni. Patutnya tuan rumah yang marah dia sebab duduk free hampir setahun!. Ini tuan rumah pulak yang kena herdik. Tak patut kan. So, macam mana saya nak beli apartmen kalau masih ada orang duduk. Takut pulak kalau saya beli nanti penyewa tu tetap tak nak keluar juga. Saya pulak kena tanggung masalah yang sama. So, sampai sekarang urusan jual beli ni pending. Kesian ibu kawan saya ni. Kerugian yang teruk ada penyewa dari neraka yang berhutang beribu-ribu ringgit (istilah penyewa dari neraka ni Azizi Ali yang bagi bukan saya ye).

Begitulah 2 kisah sahaja yang boleh saya kongsikan. So, dalam bisnes jangan amalkan bagi hutang tak bertempat terutamanya kalau orang yang berhutang tu suka berhutang banyak kali. Bagi hutang kena bertempat dan kepada yang layak. Bukan kedekut. Cuma tak mahu terjadi macam dua kisah yang saya ceritakan tadi.

Wassalam.

« Previous PageNext Page »