Fri 25 Apr 2008
Tiada Modal perniagaan?
Carilah duit untuk dijadikan modal perniagaan. Banyak alternatif untuk mendapatkan modal; pinjaman bank, ah long, PAMA (mak bapa), cari harta karun, minta orang dan banyak lagi. Jadi jika anda sudah cuba bermacam cara untuk mencari modal, tetapi gagal. Tidak mengapa, cuba berfikir sejenak, apa kekurangan anda. Tetapi ingat, anda boleh mendapat ‚modal’ perniagaan yang lebih penting dan dengan kos yang murah. Modal yang saya katakan ialah modal ilmu pengetahuan. Dalami kemahiran yang anda akan gunakan untuk perniagaan anda.
Di mana hendak perolehi kemahiran tersebut?
Jawapannya senang sahaja, baca buku atau majalah berkaitan dengannya. Baca satu hari satu buah buku. Menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pakar. Atau sambung pelajaran anda ke pringkat yang lebih tinggi.
Hendak beli buku dan majalah, kena duit juga!?
Ilmu terdapat di mana-mana, anda boleh membacanya di perpustakaan dengan percuma! Mengapa perlu membelinya. Sewaktu membaca catatkan perkara penting. Lagipun saya rasa membeli sebuah buku yang berharga RM 39.90 boleh menyelamatkan anda beribu-ribu ringgit. Penuhkan ilmu di dada. Pakar pengurusan kewangan, Azizi Ali berkata, beliau membaca beribu-ribu buku sebelum menjadi jutawan. Anda bagaimana? Ingat anda mempunyai pelepasan cukai sebanyak RM1000 untuk pembelian buku. (more…)
Bagi saya, untuk mengetahui bila masa yang tepat untuk membeli unit amanah dan unit amanah yang mana satu, boleh dikatakan lebih mudah berbanding mencari jawapan, apabila seseorang menanyakan waktu yang sesuai untuk menjual unit amanah yang meraka ada. Kadang-kadang ada di antara meraka yang silap memilih waktu untuk menjual dan sepatutnya unit amanah tersebut di simpan dalam tempoh yang lebih lama atau tertentu. Berikut adalah beberapa tempoh masa yang patut anda fikirkan untuk menjual unit amanah tersebut: