Sun 5 Aug 2007
Sekarang saya rasa sudah tiba masanya untuk musim perayaan. Pejam celik pejam celik dah nak dekat puasa, lepas tu raya pula, tak lama kemudian hari devapali dan disusuli dengan krismas dan tahun baru cina. Sudah tentu ada di antara yang tidak sabar-sabar untuk menyambutnya termasuklah saya juga. Yeay! pada tahun ini saya dapat beraya dengan keluarga saya setelah 3 tahun tidak merayakan bersama. Selama ini kirim salam perantauan je lah.
Bersemperna dengan musim perayaan ini, kami menerima penempahan untuk mencetak sampul duit raya atau ang pow ‘red packets’. Design boleh daripada anda sendiri atau daripada kami. Senang cerita, sampul duit raya anda adalah custom made, mengikut citra rasa anda sendiri.
Cuba anda bayangkan, kenapa banyak perniagaan sanggup memberikan sampul duit raya ini secara percuma kepada pelanggan?
Jawapannya adalah senang. Ia adalah teknik pengiklanan di musim perayaan. Nama perniagaan dan produknya disertakan sekali di sampul duit raya juga. Anda jangan tak tahu, Mawi pun buat sampul duit raya sendiri ;)
Jadi apa ditunggu lagi, sila hubungi saya, jika anda mempunyai pertanyaan di admin [at] perfectexcel.com atau tinggalkan komen dibawah ini.

