zakat.JPGAlhamdulillah, sudah selesai menyempurnakan tugas sebagai rakyat Malaysia dengan membayar cukai pendapatan untuk tahun perniagaan 2007 dan juga tugas sebagai seorang Islam dengan membayar zakat pendapatan. Kepada perniaga-perniaga, sudahkah anda menjelaskan cukai anda?

Berkata mengenai zakat, banyak perkara yang terlintas di fikiran saya. Kadang-kadang saya bertanya kepada isteri saya, dimanakah wang zakat ini disalurkan, sedangkan masih lagi terdapat umat Islam yang miskin, mualaf yang terbiar, sekolah agama yang tidak terurus. Sedangkan duit zakat ini yang saya fikir, kalau dihimpunkan dan dikutip di seluruh Malaysia, lebih daripada RM 700 juta – RM 800 juta. Jikalau RM 800 juta itu disalurkan di tempat yang betul, iaitu pada golongan penerima zakat yang betul, saya rasa tiada lagi keluarga Islam yang miskin, hamba sahaya. Dan jika di ambil sebahagian kecil dari wang zakat ini untuk menjaga kebajikan saudara baru malah wang zakat ini boleh diberikan kepada orang yang teringin memeluk agama Islam, saya yakin mereka akan lebih menyukai Islam, berminat untuk mendalami Islam.

Mana duit itu pergi?

Saya rasa, ramai saudara baru terasa mereka terbiar. Tidak pula kurangnya, ramai juga yang bising megenai persatuan agama lain memberikan bantuan kewangan kepada budak melayu muslim, bagi bantuan itu, bagi bantuan ini, dan ada tempat agama lain yang memberikan rawatan percuma. Kita bising. Kenapa kita tidak buat? Dengan adanya duit zakat kita kenapa tidak buat?

Saya berharap wang zakat ini diuruskan dengan amanah dan betul. Ini merupakan salah satu cabaran kepada pihak pengurusan dana-dana zakat Islam. Kita hendaklah menggunkan betul-betul duit zakat ini, agar tiada umat Islam yang merempat. Ini merupakan prioriti yang harus diberikan oleh pihak pengurusan zakat bagi setiap negeri. Dana kita ada. Wang kita ada. Kita umat yang paling kuat. Kita kutip atas nama Allah dan Rasul. Tetapi kita tidak tahu wang ini ke mana?

?Update!

Dis. 2008: Saya telah pergi ke Lembaga Zakat Selangor di Bangi dan saya dapati ada satu helaian percuma yang menerangkan agihan zakat di negeri Selangor. ‘Info Agihan’. Syabas Lembaga Zakat Selangor kerana sedikit sebanyak umat islam tahu di mana wang zakat dibelanjakan. Bukan tidak percaya dengan lembaga zakat, tetapi sedikit sebanyak kami dapat memantau kemajuan & status ekonomi orang islam.

20 Mei 2009: Terdengar di Berita Semasa TV1, Jakim dengan kerjasama JAWHAR (Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji, di Jabatan Perdana Menteri) akan mengeluarkan satu dokumentari mengenai zakat. Dokumentari Infaq dipaparkan melalui segmen-segmen wawancara, polemik ilmiah dan perbincangan serta pandangan umum mengenai isu-isu dan tinjauan kepada realiti mengenai infak. ?