Pelajari bagaimana untuk membelanjakan setiap ringgit yang anda perolehi sepanjang kehidupan anda. Tahukah anda, anda boleh mencapai kebebasan kewangan cuma RM 1 sehari! Biar betul?!! Ya, ini memang betul. Dan ini adalah kebenaran jika anda fahami nilai wang anda.

Jika anda belum memahami nilai sebenar wang anda, anda mungkin terus mencapai mesin kira ‘financial calculator anda dan terus mengira seperti berikut :

Umur anda sekarang : 24 tahun
Umur sewaktu anda menyimpan : 7 tahun
Jadi, (24-7) tahun x 365 hari x RM 1 = RM 6205

Huh! Macam mana hendak mencapai kebebasan kewangan dengan hanya RM6205. Tolak itu, tolak ini, bayar downpayment kereta habis terus jumlah wang tersebut.

moneytree.gifTetapi jika di dalam minda anda tahu RM 1 ≠ RM 1 , maka anda boleh mencapai kebebasan kewangan dengan RM 1 sehari. RM 1 sebenarnya benih. Benih yang boleh kita semai, yang boleh tumbuh dan berbuah matang malah boleh menghasilkan tumbuhan yang baru di kemudian hari. Ini bergantung kepada bagaimana penjagaan anda dengan benih ini, dan tempoh tumbesaran benih ini. RM 1 bukannya banyak, tetapi ianya akan banyak jika anda sedar akan konsep ini. Cuba bayangkan, anda menyimpan RM 1 ini di dalam bank, berapa tahunkah yang diperlukan untuk menjadi RM 1,000,000? Ini bergantung kepada faedah yang diberikan oleh pihak bank. Jika pihak bank memberikan faedah dan bonus sekitar 3.5% – 7.5%, maka ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan sejuta, tetapi ia tetap menghasilkan pendapatan yang berkali ganda.

Pada kadar faedar 3.5%, anda memerlukan sekurang-kurangnya 402 tahun untuk biarkan RM 1 menjadi RM 1,000,000. Dan ini tidak mungkin dan tidak akan sekali-kali menjadi kenyataan. Tetapi sekarang terdapat pelaburan (unit amanah dengan matlamat pelaburan jangka panjang) menjanjikan kadar pulangan sekitar 15% – 20%. Dengan kadar pulangan 20% setahun, anda akan menjadi jutawan setelah 76 tahun anda menyimpan RM 1 tersebut.

i = Kadar pulangan = 20%
n = Tempoh simpanan = ?
FV = (Future Value) Jumlah yang diingini untuk masa hadapan = RM 1,000,000
PV = (Present Value) Jumlah pelaburan sekarang = RM 1

FV = PV (1+i) n

RM 1,000,000 = RM 1 (1 + 0.20)n
lg 1,000,000 = lg 1.2n
n = 75.78 tahun ≈ 76 tahun

Menarik bukan ;) . Dengan hanya seriggit, boleh menghasilkan sejuta. Ia boleh menjadi cepat jika anda mempunyai banyak benih. Setiap hari menyimpan dan laburkan RM 1. Itulah nilai wang anda!

Artikel Kuasa Compounding!