Tiga golongan manusia mengikut pendapatan;

  1. Golongan miskin – mengharapkan bantuan kerajaan dengan mendapat wang kebajikan. Mempunyai kewangan yang tidak mencukupi untuk menyara kehidupan seharian.
  2. Golongan sederhana – mempunyai pendapatan yang sekadar mencukupi untuk sederhana. Kadang kala kehidupan atau keinginan terbatas, tidak boleh berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Mempunyai tahap pelajaran yang tinggi, gaji tetap oleh syarikat, mendapat faedah-faedah lain dari syarikat, membeli rumah dan kereta sendiri, menyimpan duit di dalam bank, cuba mengeluarkan diri dari belenggu hutang, bergantung kepada wang simpanan pekerja apabila bersara, adakalanya melabur di amanah saham untuk pelan pembelajaran anak-anak dan persaraan tambahan.
  3. Golongan kaya – Mempunyai pendapatan yang melebihi dari jumlah perbelanjaan. Selalunya mereka ini mempunyai perniagaan ataupun melabur di ketiga-tiga kelas aset, aset kertas (saham), hartanah dan perniagaan. Mempunyai pengalaman dan kepandaian dalam menguruskan kewangan. Kebanyakannya memperolehi pendapatan dari ketiga-tiga jenis pendapatan; iaitu pasif, porfolio dan gaji.

Saya rasa ramai di antara kita berada di golongan yang sederhana. Tidak ada salahnya untuk menjadi golongan yang kaya tetapi dengan rezeki yang halal. Jadi apa yang saya ingin bawakan di entri di sini ialah, bagaimana orang kaya menguruskan kewangan, apa yang perlu ada menjadi kaya. Dengan kekayaan kita boleh membantu golongan yang memerlukan. Kita berada di mana?