Sun 11 May 2008
Hot Tips: Bagaimana memanfaatkan Subsidi Kerajaan?
Posted by Dr. Ain Jamil under Kewangan[5] Comments
Subsidi diberikan kepada diesel dan petrol tetapi tidak ada penghargaan kepada subsidi tersebut. Mengapa? Kerana cara hidup kita sebenarnya yang menyebabkan kita dikatakan tidak menghargai subsidi tersebut contohnya kita tidak fikir tanpa menekan minyak akan menjimatkan petrol yang mendapat subsidi. Kita hanya mahu mengikut cara hidup kita, akhirnya subsidi tidak terlalu tepat kepada sasaran. Mereka yang kaya (menggunakan kereta mewah) mendapat lebih subsidi berbanding Kancil. Apatah lagi minyak diseludup, dibeli di sempadan. Dan dibeli pemandu kereta warga asing seperti warga Singapura yang berpusu-pusu membeli minyak petrol di Johor Bahru. Ini menimbulkan pembaziran kepada wang rakyat yang digunakan untuk subsidi. Kerajaaan sedang melaksanakan pengubahsuaian dalam pengurusan subsidi agar subsidi itu sampai kepada sasaran sahaja, tidak dibazirkan dan tidak menjadi bahan perniagaan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sementara itu, kita sebagai individu dan ketua keluarga perlu menjalankan tanggungjawab dengan mengelakkan pembaziran bahan tenaga (yang menjurus kepada pembaziran wang) untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.
May 12th, 2008 at 3:12 pm
Askum kak ain..Emmm..cadangan kajian semula subsidi itu telah dimulakan oleh Naib Presiden UMNO Khairi Jamaluddin…Saya secara dasarnya bersetuju jika sistem ini dilaksanakan tetapi perlaksanaan ini perlulah adil kepada semua pihak samaada mereka yang perpendapatan rendah atau tinggi..Mereka yang berpendapatan tinggi perlulah menerima pengurangan cukai yang lebih rendah berbanding sekarang..Mereka ini adalah antara penyumbang kepada negara dengan pendapatan yang tinggi dan tidak adillah jika kerajaan HARI INI tidak memberi subsidi kepada golongan ini dan pada masa yang sama,cukai yang harus mereka keluarkan adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang berpebdapatan rendah..Pendek kata,laksanakan sistem pemilihan subsidi dan kurangkan cukai kepada mereka yang berpendapatan tinggi..Barulah adil dan saksama..”Membangun Bersama Ummah”..Wallahualam..
May 13th, 2008 at 12:58 am
wow,pengurangan kadar cukai! Saya setuju. Alangkah indahnya jika org spt adik fairuz jadi menteri kewangan. Ya,brkenaan kajian subsidi maseh on going.lum ada penyelesaian…
May 14th, 2008 at 12:15 am
Menteri Kewangan…InsyAllah..Tetapi menteri ini datang daripada Pakatan Rakyat yer..bukan Barisan Nasional@Barang Naik
May 15th, 2008 at 11:29 am
BN = Barang Naik ?
May 18th, 2008 at 5:42 pm
Sesuatu perkara yang menjadi tanda tanya saya adalah perkara yang berlaku sebelum pilihanraya kita..Ramai menteri kita berkata dan bersungguh-sungguh mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mampu untuk menanggung subsidi minyak berikutan kenaikan minyak di pasaran global..Tetapi setelah BN kalah dibeberapa negara dan hanya mendapat majoriti mudah di Parlimen, serta merta pengumuman dibuat bahawa kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi minyak..Tidak akan menaikkan tarif elektrik, dan air..Malah menambah lagi jumlah subsidi sedia ada…Apa makna semua ini..Mengapa setelah kalah baru nak cakap tentang penambahan subsidi..Bayangkanlah kalau menang besar tempoh hari…? Wallahualam