Bagi golongan menengah dan berpendapatan tinggi, anda boleh membuat pilihan. Berbanding membeli barangan berjenama, anda boleh membeli barangan yang murah sedikit tetapi kualitinya hampir sama untuk menjimatkan wang.Dalam keadaan inflasi dan kenaikan harga barang, konsep pengguna bijak mesti dipertingkatkan iaitu membuat pilihan berdasarkan kualiti dan bukan jenama. Mereka yang duduk di kawasan bandar dan pergi ke pasar raya hiper mempunyai pilihan ini. Beli barang yang tiada jenama tetapi kualiti hampir sama dengan kerana tidak diiklan menyebabkan harganya lebih murah. Di sebuah pasar raya hiper yang dikenalpasti, pihak pengurusan memberitahu bahawa barang jenama pasar raya itu suatu ketika hanya 10 peratus dari jualan, tetapi sekarang meningkat kepada 30 peratus. Ini menunjukkan sudah ada kesediaan pelanggan untuk tidak melihat jenama tetapi melihat kepada kemampuan dan kualiti. Jadilah pengguna yang bijak dan didiklah anak-anak kita dengan cara yang sama..