Semua orang di dalam dunia ini ingin menjadi jutawan. Menjadi jutawan bermakna anda mempunyai RM1,000,000 dalam simpanan anda. Bunyi macam senang, tapi mampukah kita memilikinya. Semuanya tidak mustahil. Ada bermacam-macam cara untuk menjadi jutawan. Dengan cara meminta RM1 seorang sehingga ke orang yang ke sejuta, anda akan menjadi jutawan juga. Ataupun anda memenangi loteri berjumlah RM1,000,000 dengan sekelip mata. Ataupun mewarisi harta pusaka keluarga yang berkoyan-koyan dan berjuta-juta.

Ingin menjadi jutawan tetapi anda tidak berpeluang untuk menjadi jutawan melalui cara di atas? Mudah sahaja. Ada 4 petua asas yang telah di tulis oleh Milan Doshi, seorang penceramah kewangan bebas, untuk mendapatkan lebih wang dan menjadi jutawan dengan cepat :

  1. CARI WANG SEBANYAK YANG MUNGKIN ; Kerja dengan sekuatnya, dapat kenaikan pangkat dan gaji. Jalankan perniagaan sampingan seperti MLM, Network Marketing, francais, menulis buku dan sebagainya.
  2. SIMPAN ; Simpan sebanyak mana yang anda boleh pada awal bulan. Sekurang-kurangnya lebih daripada 10% pendapatan sebulan anda. Susah tak?
  3. MEMINJAM UNTUK MELABUR ; Pastikan Pulangan melebihi kos Pinjaman (kadar faedah untuk dibayar kepada bank). Jikalau sudah dipastikan, pinjamlah sebanyak mana yang anda boleh, lebih-lebih lagi dalam pelaburan hartanah.
  4. MELABUR DENGAN BIJAK ; Pelbagaikan pelaburan anda. Sebaik-baik pelaburan pada permulaan adalah dengan melabur kepada diri anda sendiri dengan penuhkan ilmu di dada dengan menghadiri seminar kewangan, membaca buku dan sebagainya.

Empat petua asas yang tidak kelihatan susah, tetapi susah untuk melakukannya. Robert Kiyosaki menerangkan dalam bukunya bertajuk Cashflow Quadrant ; terdapat 4 golongan (2 di sebelah kiri iaitu pekerja dan bekerja sendiri dan 2 di sebelah kanan iaitu peniaga dan pelabur). Selalunya kita bermula pada golongan disebelah kiri. Apa kata kita berusaha pada diri kita untuk menyertai golongan di sebelah kanan.

p/s : Kami juga baru berjinak-jinak dalam dunia perlaburan. Sedang belajar dan melakukan perlaburan di dalam unit amanah dan juga hartanah. Doakan kami berjaya ;)