Pejamkan mata anda dan berangan seketika. Apa yang anda nak buat jika anda dapat RM 1 juta hari ini? Ya! RM 1 juta bersih. Bukannya nilai bersih aset anda tetapi RM 1 juta dalam bentuk tunai di bank, selepas ditolakkan cukai. Ini bukan masanya untuk memikirkan mana datangnya wang ini dan kelogikkannya. Itu tidak penting. Yang paling penting sekarang, apakah perkara yang anda akan lakukan setelah menerima RM 1 juta tunai pada hari ini?

Bagi sesetengah orang, mereka berjaya menjawab soalan ini dengan sekelip mata dan saya percaya ada di antara anda yang berhenti membaca seketika dan mulai berfikir. Jika hendak dikirakan RM 1 juta bukanlah satu jumlah yang banyak. Jangan bermimpi dengan RM 1 juta ini anda dapat memiliki jet peribadi dan pulau anda sendiri tetapi saya yakin dengan RM 1 juta ini, seseorang itu dapat mencapai kebebasan kewangan dan sedikit sebanyak mengubah cara hidup anda.

Jadi, apa yang anda nak buat jika dapat RM 1 juta hari ini?