Sat 22 Dec 2007
“Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas, kapal layar dan sebagainya)….BEGITULAH yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan beberapa tahun lepas. Secara peribadi saya terfikir bagaimanakah dia nak menggunakan 2000 buah kereta tu? Maknanya setiap hari beliau menaiki kereta yang berlainan selama lebih kurang 5 tahun? Atau pagi naik kereta jenis lain, tengahari naik kereta jenis lain dan malam kereta jenis lain pula. Wah, kereta tu bagaikan barang permainan!
Ada dua jenis orang yang kaya di dunia, pertama, yang kaya hasil titik peluh sendiri. Kedua, kaya hasil harta pusaka keluarga yang banyak. Golongan pertama sangat menghargai setiap sen yang dihasilkan kerana mereka telah berusaha keras untuknya. Kebanyakan golongan kedua (walaupun bukan semua) sangat ghairah membelanjakan setiap sen yang diwariskan. Ungkapan Cina lama ada mengatakan ‘kekayaan sesebuah keluarga jarang bertahan lebih dari 3 generasi’. Hal ini berlaku kerana:
1. Generasi Pertama; Si ayah bekerja keras untuk membina kekayaan. Anak-anak melihat kesusahan si ayah dan turut membantu membina hidup mereka sekeluarga. Secara tidak langsung si anak mempelajari banyak seni dan selok belok perniagaan dan menghadapi dunia sebenar kehidupan.
2. Generasi ke-2; harta kekayaan telah melimpah ruah. Anak-anak melihat ibu bapa mereka menghimpun harta dengan meneruskan perniagaan datuk mereka. Anak-anak tidak menyaksikan kepayahan si ayah mencari wang, maka anak tidak berminat untuk membantu atau mendalami ilmu bisnes si ayah. Si ayah pula, menggalakkan anak belajar dan mengulangkaji pelajaran di rumah apabila ada masa terluang. Si ayah tidak mahu anak bersusah payah bekerja seperti yang si ayah alami semasa kecil. Ayah akan memberi apa sahaja yang diingini oleh anak.
3. Generasi ke-3; harta kekayaan telah sampai ke kemuncaknya, si anak tadi telah terbiasa hidup mewah dan banyak berbelanja. Aset atau harta yang dipusakai tidak digunakan untuk meneruskan perniagaan malahan digunakan sehingga habis. Sesungguhnya generasi ini tidak bersalah kerana mereka memang tidak pernah diajar tentang selok belok perniagaan.
4. Generasi ke-4; apa yang tinggal? Kerana harta dan aset telah habis dibelanjakan/ dijual oleh bapa atau ibu mereka!
Wang diperolehi tanpa diusahakan sangat merbahaya! Anda boleh menjadi orang kaya, anda boleh menjadi pewaris harta yang banyak, anda boleh mengumpul harta untuk dianugerahkan kepada anak cucu, tetapi jangan lupa lengkapkan diri kita dan anak-anak kita dengan FQ (Financial Quotient) kerana tidak mustahil apa yang kita usahakan itu lenyap begitu sahaja dan tidak tercapailah hasrat kita untuk melihat anak cucu kita hidup senang. FQ bukan menjadikan anak-anak kita ‘mata duitan’ tetapi menjadikan mereka lebih bijak mengurus kewangan agar bersedia menghadapi masa hadapan!
“Wang BUKAN SEGALANYA, tetapi pada abad ini, SEGALANYA memerlukan wang”.
December 23rd, 2007 at 2:46 pm
Haha. Saya pernah baca satu artikel di dalam majalah bisnes di Australia yang lebih kurang macam ni isinya tapi berbeza sedikit:
“The first generation builds the business. The second generation expands the business. The third generation loses it all.”
December 23rd, 2007 at 7:57 pm
Boleh jadi juga mcm tuh. Byk jugak drama-drama yang melakonkan situasi ni jugak. mmm.. Jadi apa lagi, kepada generasi ketiga, takkan hendak abiskan begitu saja harta yang anda miliki.. Kembangkan.. Ingat, harta bukannya wang, hartanah, perniagaan semata-mata, harta yang bernilai ialah ilmu. Jadi kembangkanlah ilmu-ilmu yang ada pelajari oleh setiap generasi.