Beberapa hari lepas saya menulis mengenai Wang dan kebahagiaan yang berkait rapat dengan konsep kesederhanaan ini. Untuk menjalani hidup yang sederhana, anda perlulah:

1. Mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk perbelanjaan bulanan keluarga, membayar bil-bil utiliti, dan lain-lain. Anda juga mempunyai baki pendapatan daripada segala perbelanjaan sebanyak 10-20% untuk simpanan. Yang penting anda tidak menambah hutang dan tidak meminta-minta.

2. Menguruskan hutang-hutang dengan sebaiknya. Menutup segala lubang-lubang di poket anda dengan segala supaya anda dapat menambah simpanan.

3. Anda mempunyai rumah dan kenderaan yang selesa dan bersesuaian untuk anda sekeluarga.

4. Mempunyai simpanan untuk pembelajaran anak-anak sehingga masuk universiti.

5. Mempunyai simpanan untuk persaraan selain daripada KWSP (bagi sesiapa yang mempunyai KWSP). Kepada yang tiada anda hendaklah mengumpul sendiri, dan ingat anda memerlukan wang perbelanjaan sewaktu persaraan kelak. Jangan mengharap kepada anak. Sekurang-kurangnya sewaktu anda bersara, anda mempunyai sejuta dalam akaun anda. Ingat! inflasi memainkan peranan.

6. Mempunyai simpanan kecemasan. Azizi Ali menggalakan untuk anda menyimpan sebanyak 6 bulan perbelanjaan anda. Tetapi tiada salahnya untuk anda menyimpan lebih.

7. Mempunyai pelaburan lain yang bersesuaian dengan profil anda. Pelaburan di unit amanah amat digalakkan. Sekurang-kurangnya mempunyai RM100,000 sebagai pelaburan.

8. Mempunyai insurans hayat untuk anda sekeluarga. Insurans maksudnya perlindungan. Insurans bukan pelaburan.

9. Kewangan anda terkawal. Anda senang untuk mendapat atau membeli keperluan hidup anda sekeluarga. Keperluan dan keinginan adalah berbeza.

10. Memberikan sedekah dan berzakat setakat termampu walaupun sekadar beberapa sen.

11. Menunaikan haji secepat mungkin sewaktu muda. Boleh pergi Umrah beberapa kali.

Jadi sudahkah anda memunaikan semua ini dan mempunyai simpanan yang mencukupi mengharungi masa mendatang untuk konsep kesederhanaan ini. Jika tidak berbuatlah sesuatu untuk memperbaikinya. Jika pendapatan anda tidak mencukupi, anda boleh menjana pendapatan pasif iaitu dari pendapatan sewa dai pelaburan hartanah, pendapatan portfolio, peniagaan dan MLM.

Mungkin anda mempunyai konsep kesederhanaan lain di dalam keluarga anda. Jadi anda boleh berbincang dengan ahli keluarga anda dan catatkan matlamat kewangan bagi mencapai konsep kesederhanaan keluarga anda. Jangan memandang rendah akan kekuatan mempunyai matlamat kewangan dan hidup anda sekeluarga secara bertulis.