Wed 19 Dec 2007
Konsep Compounding @ Pengandaan merupakan satu cara untuk mengandakan wang anda dan juga menambah kesenangan anda. Konsep ini merupakan satu konsep yang terbaik, selamat, pasti dan sesiapa pun boleh melakukannya. Untuk berjaya mengaplikasikan konsep ini, anda perlu mempunyai ketabahan yang kuat untuk menyimpan wang anda secara teratur. Anda juga perlu tahu, apa yang anda sedang buat dan mengapa anda perlu menyimpan. Yang paling penting, anda juga perlu mempunyai dan memahami jadual Compounding anda sediri. (Anda boleh mendapatkannya dari Financial Planner atau Unit Trust Consultant) Ini merupakan satu pemangkin anda untuk menyimpan secara berdisplin. Dan sudah tentu, anda memerlukan masa, masa untuk kuasa Compounding bekerja untuk anda 24 jam. Ingat! Kuasa Compounding hanya bekerja jika anda memberikan masa untuknya.
Di bawah ini terdapat satu jadual membandingkan 3 kategori masa menyimpan, sewaktu kanak-kanak, baru lepas grad dan setelah bekerja. Sebagai contoh pengiraan, kami mengambil kadar faedah 10% dan dengan jumlah simpanan tahunan sebanyak RM3000. Umur pencen ialah 60 tahun. Jenis pelaburan : Dana Amanah Saham.
Jika anda menyimpan sewaktu kanak-kanak (pada umur 15 tahun, setelah mendapat hadiah kecermerlangan PMR katakanlah), dan anda terus menyimpan untuk 2 tahun seterusnya dengan jumlah yang sama, iaitu RM3,000 setahun. Kemudian anda berhenti daripada menyimpan. Jadi modal pelaburan anda cuma RM9,000 sahaja. Dan setelah anda pencen, anda akan menikmati ganjaran sebanyak RM598,184. Lebih dari setengah juta dengan bermodalkan RM9,000.
Berbanding jika anda baru mula menyimpan pada umur 25 tahun setelah anda mendapat pekerjaan. Tetapi pada umur 34 tahun anda terpaksa berhenti dari menyimpan kerana anda mempunyai banyak tangunggan; isteri, anak-anak dan pinjaman-pinjaman. Jadi anda sempat untuk mengumpul RM30,000 di dalam pelaburan tersebut. Pada hari pencen anda, anda akan memperolehi RM596,835. Jumlah hampir sama dengan menyimpan sewaktu umur 15 tahun, tetapi ingat modalnya hanya RM9,000 dan bukannya RM30,000!
Satu contoh lagi, anda baru menyimpan setelah anda berumur 35 tahun, setelah anda menjawat jawatan yang tinggi dan mempunyai duit lebih untuk menyimpan. Dan anda mengumpul selama 20 tahun tanpa gagal. Waktu yang agak lama, tetapi anda tetap berjaya. Namun pada umur pencen anda, anda hanya menikmati RM304,398 iaitu lebih kurang separuh dari kedua-dua jumlah di atas walaupun anda telah mengeluarkan RM60,000.
Lihatlah betapa besarnya pengaruh masa di dalam kuasa Compounding. Jadi jangan berlengah untuk melabur dan menyimpan.
