Masalah kenaikan harga barang seharusnya menyebabkan otak kita lebih kreatif atau lebih bijak ketika berbelanja. Kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak sedunia dan tekanan inflasi harus kita tangani terlebih dahulu dengan bertindak sendiri!

Bagaimana?

Salah satunya, iaitu dengan menyenaraikan barang-barang keperluan yang perlu digunakan dan berbelanjalah di pasar raya hiper (tawaran harganya lebih murah berbanding kedai-kedai biasa). Adalah lebih baik jika berbelanja secara pukal pada pertengahan bulan. Ini adalah bagi menjimatkan masa anda (yang tentunya amat berharga) daripada beratur panjang di pasar raya hiper pada akhir dan awal bulan di mana semua pekerja baru mendapat gaji. Tambahan, membeli secara pukal membolehkan supaya anda tidak membazirkan minyak petrol untuk ke kedai berulang kali.

Masalah di negara kita ialah orang miskin berbelanja lebih banyak berbanding orang kaya. Ini adalah kerana orang kaya mampu pergi ke pasar raya hiper sedangkan golongan berpendapatan rendah pergi ke kedai runcit berdekatan rumah yang harganya antara 30-40% lebih mahal berbanding pasar raya hiper! Pekedai runcit tidak salah kerana mereka terpaksa menaikkan harga barangan akibat terhimpit dengan pertumbuhan pasar raya hiper yang semakin banyak.

Sementara itu, marilah kita berdoa supaya harga minyak tidak naik lagi (bukankah negara kita ni negara pengeluar minyak?) Begitu juga air dan elektrik. Tolonglah….