PERSEDIAAN PERSARAAN – BINA SUMBER PENDAPATAN KEDUA

Seorang pekerja berumur 25 tahun yang hendak bersara pada umur 56 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2000 seharusnya TELAH menyimpan sebanyak RM1.48 juta. Seorang pekerja yang berumur 35 tahun yang hendah bersara pada umur 56 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyaj RM3000 seharusnya TELAH menyimpan sebanyak RM1.5 juta. Seorang pekerja yang berumur 45 tahun yang hendak bersara pada umur 56 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4000 seharusnya TELAH menyimpan sebanyak RM1.35 juta. Seorang pekerja yang berumur 55 tahun yang hemdak bersara dalam masa setahun lagi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5000 seharusnya TELAH menyimpan sebanyak RM1.14 juta.

Bolehkah mereka berbuat demikian? Jawapan yang realistik adalah tidak. Apa yang lebih tragik adalah kesemua contoh di atas merangkumi hampir kesemua pekerja di negara ini. kita sebenarnya terpaksa menyimpan sendiri untuk melengkapkan sumber-sumber kewangan di masa kita tua kelak. Salah satu cara untuk melaksanakan hal ini adalah dengan membina sumber pendapatan kedua…

Namun, ya, bagi kebanyakan manusia di planet bumi ini, ia adalah satu cara yang susah untuk dibuat. Ia susah bukan sebab ia sukar, TETAPI ia susah kerana FIKIRAN ANDA. “Ahli-ahli professional tidak membuat kerja sampingan” ini merupakan satu motto yang bergema begitu kuat sekali. “Hanya kerani dan pekerja bergaji rendah sahaja yang akan membuat kerja tambahan”…merupakan motto yang seterusnya. “Orang yang bekerja sambilan akan mengabaikan tugas utamanya”..satu lagi motto yang berulang kali didengari.

Dalam fikiran anda, “Apakah yang akan rakan sekerja saya fikirkan jika mereka mengetahui yang sya membuat kerja sambilan di tempat lain? Mereka akan mengumpat di belakang saya!”

Saya ingin mengatakan kepada anda, bahawa yang semua di atas adalah tidak benar. Pemikiran yang sebegitu sepatutnya dibuang ke hujung dunia, sama seperti teori yang mengatakan bahawa bumi ini mendatar. Di manakah adanya tertulis bahawa ahli professional tidak boleh mempunyai pendapatan kedua? Di manakah undang-undang yang mengatakan kita hanya boleh mempunyai satu pendapatan sahaja?

Walaupun membina pendapatan kedua bermaksud mempunyai pekerjaan sambilan, ia tidak semestinya bermaksud sedemikian. Sebagai contoh, jika anda menyewakan hartanah dan mendapat pendapatan daripadanya, anda tidak mempunyai pekerjaan kedua, tetapi anda mempunyai sumber pendapatan kedua. Jika anda menulis untuk majalah atau surat khabar pada masa lapang, ini bermaksud anda mempunyai sumber pendapatan kedua (ketiga dan seterusnya).

Adakah salah melakukan sebegitu? Sudah tentu tidak. Sebaliknya ia boleh menolong anda serta keluarga anda. Sebenarnya ia begitu baik hingga saya sendiri melakukannya! Realitinya, orang akan sentiasa mengata di belakang anda; jika anda buat begini, mereka akan mengata anda mata duitan, tamak, haloba, harta bukan segala-galanya; jika anda buat begitu, mereka akan tetap mengata anda dengan macam-macam lagi jenis perkataan! Jika anda tidak membuat apa-apa, mereka akan mengata anda pemalas! Dengan kata lain, mereka akan terus mengata walau apa pun. Nasihat saya, biar mereka bercakap dan anda lakukan apa yang anda ingin lakukan. Selagi tidak salah dari segi undang-undang atau dari segi moral, maka teruskan dan buat apa yang sepatutnya. Anda akan menjadi lebih bahagia, sihat dan kaya.

Lagipun…sejak bilakah mereka yang mengata itu pernah menyara hidup keluarga anda?

Dipetik dari tulisan: Aziz Ali (SMP MBA ChFC) buku ‘PESARA JUTAWAN’

Pin It

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>