Sun 6 Apr 2008
Salam sejahtera semua! Sudah lama kiranya tidak menulis artikel di blog ini. Lebih kurang sebulan juga lah. Diam punya diam, sudah tiga bulan dalam 2008 meninggalkan kita. Melangkah ke dalam bulan baru, maknanya lebih banyak agenda yang seharusnya dilakukan kita. Dan perkara yang selalunya dilakukan oleh rakyat malaysia sekitar bulan April dan Jun adalah mengira cukai pendapatan. Macam-macam gelagat. Masa inilah juga, kita sibuk mencari-cari bil-bil petrol dan segala jenis bil dikumpulkan dengan harapan boleh mengurangkan cukai pendapatan. Illustrasi yang menarik di dalam Komik Ujang untuk keluaran Bulan membayar cukai!
Saya dan Ain sudah tersentak dengan amaun yang terpaksa kami bayar untuk cukai 2007. Tetapi Alhamdulillah, kejadian seperti ini menyedarkan kami bahawa ada ilmu yang masih kekurangan di dalam dada kami. Mudah-mudahan ia boleh menjadi pengajaran kepada kami untuk tahun-tahun pencukaian yang akan datang. Lagipun kami berbangga dapat menunaikan kewajipan kepada negara =)
Ada cara-cara untuk lari dari cukai? TIADA. Laporkan pelarian cukai
Apa yang seharusnya dilakukan? 1. Bayar 2. Perancangan Cukai
Mungkin ada sesetengah orang yang terlepas pandang mengenai perancangan percukaian ini. Perancangan Cukai ini adalah sama pentingnya dengan perancangan kewangan. Perancangan cukai juga melibatkan kewangan. Kita mengeluarkan sebahagian pendapatan kita untuk membayar cukai. Kadang-kadang hampir 2 bulan pendapatan kita adalah untuk cukai. Uh.. banyaknya..
Oleh itu kita hendaklah membuat perancangan yang teliti mengenai cukai ini, agar keadaan kewangan anda setiasa di dalam keadaan yang paling optimum untuk diri anda sekeluarga. LHDN telah membuat pelepasan cukai untuk beberapa perkara, jadi ambillah peluang dan kesempatan ini untuk mengunakan kemudahan ini. Sebagai contoh :
- Kos pembelian buku, majalah, penerbitan, jurnal boleh ditolak cukai pendapatan sehingga RM1000 – menggalakan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Cuba bayangkan RM1000 setahun untuk membeli buku, dalam masa 3 atau 5 tahun, anda telah mempunyai perpustakaan mini di rumah anda sendiri =)
- Kos pembelian komputer boleh ditolak sehingga RM3000 setiap tiga tahun – merealisasi wawasan negara, setiap rumah satu komputer, malah menjadikan rakyat malaysia celik IT.
Banyak kemuadah yang disediakan oleh LHDN, seperti sistem e-filing dan sistem taksir sendiri. Jika anda masih ragu-ragu untuk membuat penyata cukai sendiri, anda boleh mendapatkan nasihat pakar percukaian atau pakar kewangan berkanun. Selamat membayar cukai!
April 7th, 2008 at 7:36 am
hi… thanks for the link..
if u had any problem in calculating ur tax, pls email me.. I’m here to help u!.